Thursday, June 17, 2010

E waste


Apa sebenarnya yang dikatakan sebagai e-waste nie. Kalau diikutkan kepada term dia, e bermaksud electronics dan waste seperti mana yang kita tahu, buangan. Jadi bila kita gabungkan, e-waste boleh didefinisikan sebagai bahan buangan yang terhasil daripada penggunaan barangan electronics.

Dengan kepesatan dunia teknologi sekarang, kita perlu juga menyedari mengenai e-waste nie. Sesetengah daripada e-waste adalah berbahaya jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, komputer yang telah dibuang mempunyai besi, plumbum dan mungkin bagi komputer yang menggunakan CRT (cathode ray tube), bahan ini adalah sangat mahal untuk dilupuskan dengan betul dan untuk diguna pakai. Bahan ini amat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar nie.

Setiap tahun jika kita tengok, negara kita akan mengeluarkan bertan-tan bahan buangan elektronik ini. Bahan seperti komputer lama, tv dan telefon bimbit. Bahan buangan seperti ini sepatutnya dilupuskan dengan baik kerana ia masih mempunyai bahan-bahan yang boleh diguna pakai. Sebagai contoh, plastik dan besi dalam telefon bimbit jika diekstrak dengan baik masih mampu diguna dalam bidang lain.Namun begitu, di negara kita dilihat masih kurang kesedaran mengenai pelupusan e-waste nie. Sepatutnya diwujudkan satu tempat pengumpulan e-waste yang bersepadu dalam membantu masyarakat menangani masalah e-waste. Bateri telefon bimbit sebagai contoh jika dilupuskan dengan cara konversional mampu mendatangkan bencana kerana ianya boleh meletup jika terkena bahan api. Kaca dari  komputer dan tv juga sukar dilupuskan dengan cara lama.

Sebagai pengakhirannya, masyarakat kita perlu diberi pendedahan yang lebih tentang impak dan cara-cara mengurangkan serta menangani ewaste ini dengan bijak.

p/s--kat rumah nie ada 3 mouse yang tak terguna/rosak, 2 keyboard yang dah tak berfungsi, satu printer yang dah tak boleh pakai, berkotak disket sejak tahun 90-an dan wayar-wayar yang sudah tidak dapat dikenal pasti lagi


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share