Thursday, June 10, 2010

Esok bermula lah

Kejohanan terbesar sukan kembali lagi.Kali nie di Afrika Selatan pula. Malam esok bermula la temasya bola sepak yang dinanti oleh peminat seluruh dunia. Temasya yang pertama kali diadakan di benua Afrika ini digambarkan akan memberi suasana dan rasa baru. Tapi aku rasakan piala dunia di Jerman lebih kuat publisiti dia.Dah berapa piala dunia aku tempuhi? jap kita kira. Tahun 90, masa tue aku 6 tahun so tak tau apa-apa. 94, darjah 4, aku ingat lagi piala dunia kat Amerika. Kat LA. Final, Italy lawan Brazil. Roberto Baggio miss penalti dan Brazil jadi juara. Masa tue game pagi. Ramai orang lewat pergi kerja. Kat sekolah pun cikgu duk tengok tv kat kantin.

Tahun 98, aku F2.Tahun ini tahun gila. Brazil yang memang gempak gila boleh kalah. Perancis menang bergaya dengan Zidane. Malangnya aku tak bangun final tue. sempat tengok beberapa game je. Yang len baca surat khabar je. F2 kan, mana boleh tengok tv lewat-lewat, nanti kena marah ke senior.

Tahun 2002, lepas SPM, mula-mula duk kat Perak. Tahun nie semangat je beli baju. Siap beli baju argentina lagi tapi last-last keluar awal. Geram gila. Tengok-tengok final, Brazil lawan Jerman. Masa nie ronaldo buat gaya rambut memang lawak nak mampus. Last sekali Brazil menang, Ronaldo jadi penjaring terbanyak Piala Dunia, berhijrah dari Inter ke Real Madrid. bab tue memang nak marah sangat.

Tahun 2006, mula-mula masuk Terengganu. Tak senang duduk je tengok match sbb duk fikir pasal Ganu. Tengok Final pun lepas seminggu berkampung dalam orientasi. Sampai awal pagi melekat kat kedai tengok final Perancis dan Itali.Penalti pulak tue. Tapi berbaloi sebab Itali menang.Tahun tue, aku tak ingat beli jersey apa tapi rasanya Spain.Spain pun kalah awal jugak.

Tahun nie, selepas setahun kat Serdang. Tapi tahun nie berbaloi sebab dapat tengok semua (harapnya) kat rumah walaupun takde hd tapi tetap menarik.ahaha.nak lagi rancak tengok piala dunia kat luar.memang sangat best la nanti. lagi menarik lagi sebab dalam mood happy (inter menang treble.hahahah).Tahun nie awal-awal ingat nak angkat jersey Argentina. Tapi duk tunggu punya tunggu, duit pun dah takde alamatnya kena tunggu lagi. Sekarang nie penjual jersey tengah gila la, cuti sekolah lagi. Memang sakan la harga naik. Tunggu reda dulu baru harga jatuh balik boleh beli.

So, esok bermula la Piala Dunia. Sama-sama lah kita melekat kat Astro.

p/s..syukur..walaupun tak rasmi lagi tapi selalunya lebih kurang je keputusan yang keluar tue. Usaha aku macam tue maka balasan yang diterima pun macam tue la kan. Apa-apa pun tetap gembira dan syukur. Tumpang gembira jugak kat kawan-kawan yang meningkat semua keputusan. Sem depan masih ada lagi. Asal dapat maintain sudah.
**Bahasa Jerman sangat liat.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share