Saturday, June 5, 2010

Gula oo Gula

Dah selamat sampai kat kb awal malam semalam. Hari ini pergi kenduri kahwin rumah kawan-kawan.Tahniah dan selamat pengantin baru kepada yang menjadi raja sehari hari ini.Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Kepada yang tak sempat nak pergi tue harap maaf banyak-banyak.


Sekarang nie krisis gula terjadi kat mana-mana. Kat KB, KT, malah kat KL pun gula takde. Yang peliknya, kerajaan cakap stok gula tak berkurangan pun malah ditingkatkan. Jadi apa masalahnya gula nie sampai takde? Aku pergi juga kat Carrefour Wangsa Maju semalam, pun takde gula.Habis. Sebesar-besar pasar raya macam tue boleh habis, bayangkan la. Terpaksa la kawan aku dan aku cari kedai lain. Kami berenti di bentong cari gula. Berenti pula di Raub cari gula. Nasib baik ada. Ingat nak berenti lagi kat Merapoh tapi macam dah cukup je. Yang peliknye, kedai kat pekan Raub dan Bentong boleh pulak ada gula. Banyak pula tue. Siap member aku beli 3 kg lagi.Aku beli 1 kg je.Kenapa kat KL boleh takde? Setengah tempat ada pulak. Contoh, tunang kawan aku cakap dia beli dekat 11 kg gula dekat area Bangi. Jadi macam mana krisis gula nie? Nak kata takde , setengah tempat ada. Kat Terengganu lagi teruk, aku baca dalam Utusan, siapa nak gula untuk kenduri kahwin kena tunjuk kad jemputan kahwin.Sampai macam tue.

Aku rasa nie semua punca pemborong dan peruncit. Diorang tunggu kerajaan naikkan harga gula sebab tue diorang sorok gula. Nak kaut untung lebih nanti.Tapi masalahnya kerajaan tak naikkan (lagi?) harga gula. Harga tetap sama je. Patutnya pengawai KDNHEP dan Polis kerjasama siasat tempat gula habis tue. Orang macam nie banyak susahkan orang ramai. Sampai kan ada pemborong yang tamak buat tawaran, siapa yang beli barangan lebih RM100 baru dapat beli gula 2 kg. Cekik darah gile. Kalau krisis nie berterusan, bila dah masuk bulan puasa dan nak raya memang naya la kat orang ramai.

Ada jugak yang bangang bagi alasan, gula patut naik harga, baru orang ramai kurangkan pengambilan gula tue. baru kurang kes kencing manis. Suka hati nenek moyang dia je cakap macam tue. Cuba la buat statistik dulu. Berapa je kes kencing manis kat malaysia nie? Gula nie guna kat banyak benda. Bukan dalam minuman je. Dalam makanan pun nak gula jugak. Kalau sesiapa yang dah nak kena kencing manis tue, pandai la diorang aturkan gula dalam makanan mereka.Kenapa pula orang lain yang kena tanggung. Cakap main pakai lutut je.

Dah la, nak pergi makan. Aku orang Kelantan makan banyak gula tak kena jugak kencing manis. Makan, makan jugak kan. Kesihatan tetap jaga. Senaman tue penting. Bukan nya nak salahkan kepada gula. Macam peribahasa, mati semut kerana gula. Semut tue la bodo sebenarnya sebab amek gula banyak sangat. Pandai-pandai la amek gula. Jangan amek tak ingat dunia pulak.

Sekian. Selamat Malam.

5 comments:

  1. huhu...bagus2..post blog pasal effort kito mencari gulo...:)

    ReplyDelete
  2. huhu...bagus2..post blog pasal effort kito mencari gulo...:)

    ReplyDelete
  3. huhu...bagus2..post blog pasal effort kito mencari gulo...:)

    ReplyDelete
  4. huhu...bagus2..post blog pasal effort kito mencari gulo...:)

    ReplyDelete
  5. doh bakpo mu judin sampai 5 comment terus nie

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share