Saturday, June 19, 2010

i'm not afraid

Bosan waktu tengah hari nie. Jom layan lagu jap.


Eminem sekali lagi buat lagu yang betul-betul bawa lirik mendalam. Lagu nie diputarkan semasa perlawanan akhir NBA, Lakers semalam.

Hayatilah..memang best

Betul dah apa yang dia kata. Kita tak perlu takut hadapi hidup. Memang benar banyak cabaran, dugaan, kegagalan yang kita kena tempuhi. Nangisi, meraung untuk seketika tapi bila penghujung hari, kita kena bangun dan hadapi juga. Hadapi satu persatu dengan sentiasa berharap sesuatu akan datang mengubah menjadi lebih baik. Orang sekeliling kita boleh cakap macam-macam. Yang baik, yang buruk. Kita boleh ikut, ambil iktibar, atau buat tak peduli. Tidak penting apa yang orang lain rasa tentang hidup. Setiap manusia hidup berbeza. Yang penting kita perlu terus mencuba apa yang kehidupan lemparkan kepada kita. Dengan cara itu baru kita boleh menjadi matang dan menikmati betapa manisnya kehidupan ini. Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh untuk mencari penyelesaian bagi sesuatu, kadang-kadang apa yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita, lebih dekat daripada yang kita ingatkan.Kita cuma perlu kuatkan hati, buka minda, lapangkan dada dan yang paling utama, berdoa. Kerana tiada satu pun ubat yang paling mujarab di dunia ini selain daripada doa yang ikhlas datang dari hati yang kudus kepada Yang Maha Esa.

3 comments:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share