Tuesday, June 8, 2010

Judi Nasib

Surat khabar hari ini, PM kita cakap, kerajaan tak buat keputusan muktamad lagi pasal lesen judi. Aik, macam pelik pulak, sebab sebelum nie dia jugak yang kata dah lulus lesen tue. Alasan untuk hari ini dia cakap nak tengok reaksi rakyat macam mana. Boleh pulak macam tue.Nak tengok apa lagi? Dah memang semua orang tak nak. Bukan orang Melayu, Cina dan India pun tahu judi tue banyak keburukan. Maybe langkah dia ambik hari tue dah termakan sebab dah banyak negeri pakatan pembangkang haramkan judi di negeri mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang walaupun ramai Cina di negeri tue. Mungkin selepas nie ditarik balik la lesen judin kat berjaya milik Vincent Tan tue.Lagi mengamuk Vincent Tan.


Ok, cukup tue pasal judi negera kita. Piala Dunia dah tinggal 3 hari lagi nak bermula. Bermula Sabtu nie, ramai la peminat bola sepak melekat kat depan tv masing-masing. 32 pasukan dari 5 buah benua akan memperjudikan nasib dan bakat mereka dalam pentas sukan terbesar di dunia. 64 perlawanan akan berlangsung untuk menentukan siapa yang paling layak bergelar juara dunia. Pemain ternama, jurulatih semuanya akan mengambil risiko merancang taktik yang sesuai untuk mengalahkan pasukan lain dan perkara yang sama kepada peminat yang memperjudikan sokongan mereka keatas pasukan yang mereka sokong.

Judi,,sebenarnya hidup kita nie pun semacam satu perjudian. Setiap hari setiap saat kita mengambil risiko. Tak kira dalam kerja apa sekali pun. Kita memperjudikan masa kita kecik untuk belajar dengan harapan kita dapat memenangi perkerjaan atau kehidupan yang senang. Kita berjudi masa dan wang ringgit mempersiapkan diri dengan ilmu dengan matlamat dapat kerja yang baik. Kita berjudi masa dan wang juga memilih isteri yang dapat menjadi peneman hidup kita. Kadang kala kita kalah dalam perjudian tersebut, kadang kala kita menang. Tapi hidup memang perlu begitu.

Sometimes you win, sometimes you lose, other time you just hope for the best.

ok lah, sekian dulu untuk petang ini. Malam nanti nak mula buat kerja.Kerja yang baru dapat. Dapat juga isi masa terluang nie sementara menanti hari-hari sebelum piala dunia bermula.

p/s..Preview Piala Dunia belum siap lagi. Ada satu kumpulan lagi aku tak buat.Esok aku janji aku hbskan preview Piala Dunia tue.

Apple baru lancarkan iphone 4 yang terbaru.Iphone yang paling baru nie memang lagi menggiurkan.Nak cari mana duit nak beli nie? Ada sapa-sapa nak sponsor bagi duit aku judi piala dunia ? Boleh aku guna buat beli iphone baru nie.hahaha.tapi maybe lambat lagi kot iphone yang baru nie sampai malaysia. Nak tahu lebih lanjut pasal iphone nie baca sini.

5 comments:

  1. iphone mmg mnjd pujaan...namun bile dh kje nnt msti ade lg yg lbey besh...so...tggu je la....*penyedap hati sbb mmg xde duit...hahahahhahahaah*

    ReplyDelete
  2. Kalo kita je ada iphone, org lain pkai 3310,nak watpe...wat tayang jela..keh3..

    ReplyDelete
  3. zu - betul doh tue.tunggu ada income tetap dulu la baru angkat satu

    ReplyDelete
  4. ainul - paka dua phone..3310 so, iphone so.hahah.baru stylo

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share