Wednesday, June 30, 2010

Lebih dari pungguk rindukan bulan


Aku nie bodoh kan?
Meme mu bodo pung. Tanyo lagi.
Tapi..aku sayang dia. Sangat-sangat. Mata dia, bibir dia..Cantik sangat. Indah.
Mu nie gilo doh. Weh..denga nie. Ore puan hok ado kat Malaysia nie rama lagi mu tahu dok. Bakpo la mu duk gilo ko hok tu sore. Dio tokse ko mu.
Tapi..aku tahu nanti dia akan sayang aku. Aku tahu cinta kami akan bertaut juga.
Ikut mu lah. Aku tok reti doh nok oyak guano lagi. Gilo apo. Duk cari jugok hok jauh tuh.
Takpe, takde orang yang faham perasaan aku. Hanya aku je yang faham. Dan aku hanya mahu dia saja.
 Teringat aku perbualan aku tempoh hari dengan salah seorang kawan rapat aku. Dah berapa kali ntah kawan-kawan aku menasihati aku supaya lupakan saja ‘dia’. Tapi aku tak mampu. Aku teramat sayangkan dia. Mungkin setengah orang cakap aku nie gila. Betul. Aku dah gila. Aku pun rasa sedemikian juga. Aku gilakan ‘dia’.
Tiap-tiap hari aku pasti melihat wajah nye. Aku akan cuba mengikuti pergerakan dia melalui internet. Aku cuba telefon tapi aku tak berdaya. Aku sedar aku siapa. Aku miskin. Aku tak mampu nak buat panggilan yang mahal-mahal.
Wehh..bangun lah..pade-pade lah duk depe laptop tuh. Mari kito gih minum. Lapa nih
Kau pergilah dulu. Aku nak tengok gambar ‘dia’ jap.
Ishh.aku meme tok pehe la mu nie. Mu nie teruk doh. Teruk ber do’oh. Bakpo la mu duk cari ‘dia’ tuh. Mu tahu dop, peluang mu nge ‘dia’ tuh mace 1 dale 1 trilion tahu dop.
Takpe. Aku berani ambil risiko tue. Percintaan adalah berkisar mengenai risiko. Mu tahu, nanti ‘dia’ dan kawan-kawan dia akan datang kl. Masa tue aku nak pergi jumpa dia.
Mari kl? Bilo? Mu ingat mu bulih jumpo dio lagu tuh jah. Hahah.tok soh berangan lah.
Takpe. Aku sanggup buat apa saja. Aku dah kumpul duit nih. Nanti aku nak jumpa dia. Tak kira.
Ikut mu lah. Aku oyat tokse denga. Letih doh. Lepah nie tokleh jupo toksoh duk nangis lah.
 Hati aku berbunga apabila aku mendapat perkhabaran dari facebook yang si ‘dia’ akan datang KL bersama rakan-rakannya. Ya, dia bukan datang untuk jumpa aku tapi aku akan pastikan aku akan berdiri didepan dia dan luahkan isi hati aku. Aku dah mula menyimpan duit selama dua bulan.
Hari yang aku tunggu-tunggu dah tiba. Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Aku sarungkan pakaian paling lawa aku. Aku sarungkan kasut. Kawan serumah aku sempat lagi menyindir.
Weh..aku nok ikut bulih dop?
Kau nak datang jugak? Buat ape?
Sajo. Puah jugok duk rumoh nie. Bulih jugok aku tengok ore hok mu gilo tue dekat-dekat. Sokmo tengok gamba jah.
Suka hati kau lah. Cepatlah bersiap. Molek jugak kau ikut, leh tumpang kereta kau.
Kereto aku ko? Yo lah. Aku nok tengok mu rasa guano jah nanti bilo sapa sano.hhaha.tok sabar aku nok tengok.
Yelah. Sindir lah puas-puas. Cepat lah nanti jalan jem
Yolah. Siap doh nie.
Perjalanan dalam kereta selama 2 jam terasa sekejap. Sebenarnya perjalanan sepatutnya tiba awal lagi tapi hari nie hari minggu jadi jalan jem. Tiba di tempat yang dituju, aku lihat amat ramai orang. Aku tak peduli, hari nie aku nak jumpa jugak dia. Aku dan kawan aku terus berasak-asak dengan orang ramai menuju ke bahagian depan kawasan lapang. Daripada pengetahuan aku, si ‘dia’ akan berada di pentas ini. Aku dah sampai di pentas hadapan. Aku lihat si ‘dia’ berada di atas sana. Hati melonjak keriangan. Aku pun menjerit..

‘Hayleyyyyyyyyyyyyyyyy..Hayleyyyyyyyyyyyyyy..i love uuuuuuuuuuu’
Si dia yang aku maksudkan adalah Hayley William..Vokalis Paramore yang tersangat cun dan teramat berbakat.
p/s..hehehe.cerpen ringkas diwaktu petang. Mencuba membuat cerpen ringkas di blog ini. Aku tak sepower yeng atau roy  dalam membuat karya. Kalau nak lawan cerita komedi memang tak boleh lawan yeng. Dalam pemilihan ayat puitis memang tak boleh lawan roy. Apa-apa pun sekadar mengisi waktu boring. Malam ini, esok  Piala Dunia berehat seketika sebelum masuk saingan suku akhir jadi waktu malam akan boring tanpa menonton piala dunia.
Sekian. Lain kali short story pulak.ahahahh





6 comments:

  1. nyaris-nayaris kawe ingat kan Quote " Aku mahu hancurkan dunia "

    kahkahkahkah

    ReplyDelete
  2. baso pali..deba ak...hahaha

    ReplyDelete
  3. wat repok sgguh la awang ni....

    ReplyDelete
  4. wahahaa bgus2...terer blako wes sek ni berkarya...huhu tahniah2...

    ReplyDelete
  5. roy - hahah.takdop niat pun

    taq - hehehe.deba ko?

    ReplyDelete
  6. yana - hahaha.kira berjaya la karya nie ek

    mimi - penangan subjek sastera di upm tambah dengan influence yeng dan roy

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share