Wednesday, June 16, 2010

Pen boleh pandu


Masa sekarang nie boleh dikatakan benda nie memang paling penting. tak kira lah untuk orang berkerja, budak- budak u lagi la kan. Sekolah pun dah guna pendrive sekarang.  Semalam aku pergi beli pendrive kat adik aku yang baru masuk u. Agak kolot aku sebab aku ingat kan ada lagi sekarang nie pendrive 1gb, atau 2gb tapi dah takde pun, sekarang nie semua besar-besar storage dia.4gb, 8gb dan ke atas je yang ada. Jadi aku belilah yang 4gb, aku ingatkan RM50, tapi cuma RM33 je. Memang tersangat murah lah. Tue kat KB, kat Low Yatt aku rasa mesti murah lagi. Beruntung nye lah zaman sekarang. 4gb boleh dapat RM33 je. Dulu mula-mula duk kat UDM, aku ingat lagi aku beli pendrive 1 gb, dkt RM70++. Bayangkan la.Tapi terpaksa la belikan sebab tanpa pendrive susah. Lagi lama masa aku duk utp dulu pendrive aku ada berapa je saiz, 256 mb je. nak letak muvie tak lepas. Tapi sekarang nie.memang jauh beza dan cepat teknologi bergerak. Tapi kadang-kadang fikir gak, nak buat apa pendrive besar-besar. kalau 1gb tue dah boleh isi banyak benda dah. Lain la kalau nak isi mp3 ataupun muvie kan. kalau setakat nak isi gambar dan dokumen word tue, rasanya 1gb dah ok dan paling ideal 2gb. Aku sendiri ada 1gb je pendrive. Tapi macam kena beli satu lagi nie. Macam tak cukup je. Bukan apa, nak buat backup in case ada apa-apa terjadi. Pendrive nie senang je hilang. Tak pun kena virus. Pernah dulu masa buat tesis last kat udm, pergi cc, nak print tapi kena virus pulak pendrive.Semua file tak boleh print. Sakit sangat hati. Kalau ada dua pendrive rasa secure skit. Kalau hilang yang satu tue, tertinggal ke at least ada lagi satu.

Masa kecik dulu, teringat lagi aku kat benda alah nie. Bagi sesiapa yang tak sempat kenal, benda nie dipanggil disket. saiz dia teramat kecik. Dulu aku ingat ayah aku banyak gila ada benda nie kat umah. Semua data-data kerja dia. Lepas tue macam stylo jugok bawak benda nie. Walaupun masa tue tak banyak lagi pc, dan pc yang ada pun mahal, tak macam sekarang.

Lepas tue, bila dah lama sikit, orang pun start guna cd rom. Cd ok lah skit dari disket sebab dia lagi besar saiz. Tapi cd lambat nak copy benda. Kena guna burner dulu. Pastu lak tak semua pc ada burner atau driver yang boleh burn cd tue. (Burn di sini bukan bermaksud bakar ye.hahah.Burn bermaksud transfer data dari pc kepada cd rom atau cd rewrite). Masa aku sekolah menengah, terpaksa la beli cd sorang satu sebab nak masuk kelas komputer. Tersenyum sorang-sorang je bila fikir dunia cepat berlalu dan teknologi betul-betul ubah gaya hidup manusia sekarang.

 Ok, lah sekian dulu untuk tengah hari nie. Cuaca sangat panas. Nak pergi mandi untuk kali kedua bagi sejuk badan kemudian makan dan buat kerja.

p/s.Tahniah kat Korea Utara semalam sebab bagi persembahan yang membanggakan melawan asakan Brazil. Maicon punya gol memang tersangat hebat. Pemain Inter Milan memang semua power-power.hahaha.Malam nie berjaga pulak nak tengok Spain. Sejak demam Piala Dunia nie bermula , hidup dah macam burung hantu. Tapi burung hantu tak bangun pagi, aku bangun juga pagi. Satu lagi, Lakers rule. Puas hati tengok game pagi tadi Lakers menang.hahahah.Kobe the Best.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share