Saturday, June 26, 2010

Ringkas untuk Benitez

Benitez, semua orang kutuk kau semasa di Liverpool.

Kau beli N'gog yang tak jadi-jadi. Kau beli Voronin yang macam tak layak nak sumbat gol.
Tapi, orang sanjung jugak kau sebab kau beli Torres. Kau buat antara greatest comeback dalam sejarah bola bila seri 3-3 dengan AC Milan dan menang dengan penalti.
Kat Liverpool orang tak puas hati dengan kau sebab tak dapat liga Inggeris dari Man Utd dan Chelsea.
Pastu pulak, kau nak duit, orang tak nak bagi.

Sekarang kau dah keluar. Kau dah masuk Inter kan. Seminggu lagi musim perpindahan dah bermula. Inter juara treble musim lepas. Aku tak harap pun kau ulang macam yang Mourinho buat. Aku tahu susah. Real bertambah kuat. City pun gila beli orang. Asal kau dapat tahan Serie A cukup lah. Tapi kalau kau nak jugak Champions League, apa kata kau bawak Gerard ngan Torres. Aku dengar Mascherrano dah nak datang Milan. Bawa sekali Glen Johnson. Maicon dah macam confirm pergi Madrid tue.

Aku bayang kan kalau kau bawa Torres dengan Masherrano pasti mantap.Boleh laa Inter main 4-3-3.
Striker - Torres, Eto, Milito
Midfield - Sneider, Cambiasso, Mascherrano
Defender - Zanetti, Lucio, Samuel, Chivu.
GoalKeeper -  Cesar

Kau pujuk laa Torres tue..Liverpool dah takde siapa dah cakap kat dia. Kalau dia datang Inter, confirm dia dapat piala musim depan. Super Cup ada. World Club Championship pun ada. Tapi kalau tak leh jugak takpe. Asal kau jangan cari pemain yang tak munasabah sudah, macam voronin tue. Inter dah cukup pun striker kan. Eto ada, Millito ada, Balloteli ada, Pandez ada. Kalau nak tambah pun amek la Edison Cavani ke. Qualiarela pun ok jugak. Dia score gol lawa baru nie kat Piala Dunia.

Mesti kau duk risau tempat Maicon kan. Takpe. Aku dengar nak amek Rafinha. Kau nak tahu, Santon, pemain muda tue pun power jugak. Lagipun Zanetti boleh main lagi tue. Tapi kalau nak beli yang lain pun tak pe. Maicon dah 29 pun. Untung jugak jual sekarang masa dia tengah mahal lagi nie.

Baiklah Benitez. Aku ucapkan selamat maju jaya. Apa pun yang kau buat aku sentiasa sokong sebab kau sekarang adalah pengurus INTER MILAN.Dan aku setia sokong Inter dari A sampai Z. Tapi lagi manis kalau kau boleh bawak salah seorang antara Torres atau Gerard. Kalau kau boleh bawa mereka, hadiah manis lah hari jadi aku nanti.hahahaha. Apa pun selamat maju jaya Rafa Benitez.

In bocca al lupo! Rafa

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share