Tuesday, June 15, 2010

Selamat Datang Rafa Benitez


Selamat datang kepada pengendali terbaru Inter Milan. Rafa Benitez. Dia akan menjadi pengurus terbaru Inter yang kehilangan Jose Mourinho yang berhijrah ke Real Madrid. Benitez yang sebelum ini menjadi pengurus Liverpool dikatakan dipecat dan Moratti (presiden Inter) telah mengambil beliau untuk menggantikan tempat Mourinho. Inter juara 3 piala pada musim ini akan cuba mengulangi kejayaan pada musim depan. Ada setengah pihak mengatakan, benitez bukanlah pilihan utama Moratti. Nama besar yang lain seperti Capello dan Hiddick masih terikat dengan negara England dan Turki jadi sebagai penyelesaian, Benitez menjadi cagaran Moratti. Benitez, membimbing Liverpool memenangi Champions League pada tahun 2005 dan masuk final pada 2007 sebelum kalah kepada AC Milan. Sebelum Liverpool, dia adalah pengendali Valencia. Punca pemecatan dia dari Liverpool adalah kerana gagal membawa Liverpool ke Champions League musim depan dan masih gagal memenangi EPL. Diharapkan dia mampu membawa Inter seperti mana Mourinho membawa Inter ke pentas eropah. Mungkin dengan sedikit pengubahsuaian, Inter dapat menakluk Eropah sekali lagi pada musim depan.
Pandangan aku? Aku bersifat neutral. Aku tak kisah sesiapa pun yang membimbing Inter kerana Inter sudah mempunyai tapak yang kukuh. Pengurus adalah orang yang mampu membawa Inter ke jalan yang betul. Sama  seperti pengendali Inter sebelum ini, semuanya bagus cuma kekurangan nasib. Ada orang cakap, Benitez akan membawa kemusnahan kepada Inter sama seperti Liverpool. Bagi aku, Benitez bukan pengurus yang untuk liga England. Untuk liga Itali? belum dapat pasti lagi. Tapi Benitez adalah pengurus yang lebih sesuai untuk pentas Eropah.. Untuk musim depan, Benitez pasti mendapat saingan yang lebih daripada Roma, Juventus, dan AC Milan yang kecewa pada musim ini. Apa-apa pun, diharapkan Benitez dapat membimbing Inter menjulang lebih banyak piala.

p/s..Hadiah paling best bagi Inter kalau Benitez dapat bawa Gerard dan Torres ke San Siro.hahaha. Dapat Mascherano pun ok jugak dapat kawal bahagian tengah bersama Cambiasso dan Sneider. Jangan dia beli pemain yang tak tentu hala sudah seperti dia beli Voronin kat Liverpool dulu.


1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share