Friday, June 25, 2010

Senang nye jadi rakyat 1Malaysia nie


Senang kan jadi rakyat satu Malaysia. Tambahan lagi jadi pelajar satu Malaysia. Negara kita nie unik sebab berbilang kaum ada. Senang jadi pelajar kat negara kita nie. Habis SPM, kalau rasa nak masuk universiti best-best, cari je tokoh politik atau wakil rakyat. Lagi besar jawatan tokoh tue lagi berpeluang la nak masuk universiti. Senang je nak masuk universiti kat Malaysia nie.

Senang kan duk kat Malaysia nie.  Kaum utama ada 3, Melayu , Cina dan India. Tambah lagi dengan ramainya pendatang asing. Indon, Bangla, Vietnam,China, Negro. Kalau pergi KL tue, tak sah kalau tak jumpa pendatang-pendatang nie. Jadi senang la kita sebab tak perlu susah ke luar negara nak jumpa orang-orang macam nie. Rakyat Malaysia pun dah ramai senang sebab berkawan, bercinta dengan pendatang-pendatang nie. Malah, nampak macam senang je rakyat 1Malaysia nie diorang boleh. 

Senang nye jadi rakyat 1Malaysia. Kalau nak kaya cepat, jumpa je wakil-wakil rakyat parti memerintah. Sogok apa-apa yang patut, tunggu pastu nanti dapat lah hasil dia. Nak lagi kaya, jadi kontraktor kelas A. Jumpe menteri -menteri yang ada. Bagi "hadiah" sedikit, nanti dapat la projek-projek mega. Tak buat dengan elok pun takpe projek-projek tue nanti. Senang je nak lepas kat 1Malaysia nie. Tengoklah kejadian-kejadian sebelum nie, mana ada kontraktor yang kena masuk mahkamah. Kes Stadium runtuh, MRR2 retak, siling Mahkamah runtuh, bilik komputer sekolah roboh, bumbung sekolah rosak, pulapol rosak dan macam-macam kes lagi, mana ada berbunyi dah sekarang nie kan. Senyap macam tue je. Senang je jadi kontraktor kat 1Malaysia nie.

Senang nye nak dapat pangkat tinggi. Kalau kerja kerajaan lagi senang. jadi tali barut parti komponen adalah salah satu langkah tercepat nak dapat pangkat tinggi. Mula-mula jadi kuli dulu. Ikut mana yang boleh. jadi perisik mana-mana. Tunggu beberapa tahun, mesti akan dapat pangkat tinggi. Senang je nak dapat pangkat tinggi kat 1Malaysia nie.

Senangnya nak jadi sihat kat 1Malaysia nie.Macam mana? diet. Gula kan susah nak dapat kat 1Malaysia nie. Jadi kurang la risiko nak dapat penyakit-penyakit yang berkaitan. Dengar cerita subsidi nak tarik balik jugak lepas nie, lagi mahal harga barang-barang dapur, maka lagi senang la nak sihat.Tak payah dah makan banyak. terkawal je pemakanan. Baru lah lahir generasi 1Malaysia yang sentiasa sihat. Senang kan nak sihat kat 1Malaysia nie.

Senang je nak jadi popular kat 1Malaysia nie. Tiru artis-artis je. Jadikan ikon, idola. Masuk pertandingan pastu sekelip mata akan jadi popular. Tak mengapa suara tak sedap. Yang penting berani buat cerita agar media cari kita. Nanti ramai la orang minat. Silap-silap boleh kikis geng VVIP. Geng nie kemaruk dengan pucuk-pucuk muda. Senang kan hidup sebagai artis kat 1Malaysia nie.

Senang jadi anak geng VVIP. Bawak kereta laju polis takut nak saman. buat parti liar takde siapa nak larang. Pakai baju apa sekalipun orang diam je. Masuk mahkamah kena dakwa hukuman ringan je. Senang jadi anak-anak orang berpangkat 1Malaysia nie.

Senang je nak dapat jawatan dalam kabinet menteri kat 1Malaysia nie. jadi pemimpin dulu. jadi pemimpin pembangkang paling senang kan. pastu kutuk kerajaan kuat-kuat. Bila kerajaan dah takut, tawarkan lah harga.Pastu dah dapat bayaran, "lompat ". Tunggu sekejap pasti dapat jawatan best terus. Lagi best dari orang yang lama dah duk sokong. Contoh best macam Ezam..sekarang nie dah jadi senator. Senang-senang je dia.

Senang je nak lepas peperiksaan kat Malaysia nie. UPSR, PMR, SPM, semua berorientasikan peperiksaan je. Hafal je semua maklumat. Bila dah masuk periksa, ingat je balik hafalan tadi. Senang je. Lagi senang sebab polisi kementerian pelajaran sentiasa bertukar. nasib baik, graf diorang turunkan maka kita dapat la A walaupun sepatutnya dapat B tapi graf dijatuhkan sebab takut malu.

Senang je kan dapat semua. Memang negara kita, Malaysia nie unik. Diketuai oleh PM kita, Najib, negara kita boleh pergi jauh lepas nie. Sasaran negara maju tue, pasti akan tercapai dalam 5 tahun lagi. Konsep 1Malaysia tue memang terbukti hebat. Terima kasih Najib. Terima kasih sangat-sangat.


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share