Monday, June 21, 2010

Susah jadi lelaki nie

Pertama-pertama ingin aku ucapkan selamat hari bapa kepada semua lelaki yang sudah , sedang , baru dan akan menjadi bapa. Meskipun sebenarnya hari bapa adalah semalam tapi rasanya tak terlewat lagi nie. Selalu kita duk baca dari blog ataupun artikel luahan wanita je. Aku akui, bukan senang nak jadi seorang wanita. Malah lagi susah bagi wanita yang bergelar ibu nie. Siapa sanggup kan mengandung anak sembilan bulan? Tapi itu la pengorbanan seorang ibu. Lelaki walaupun tak akan mengandung, tapi turut berkorban juga.
Selalu juga kita baca, dengar wanita duk kutuk lelaki. Sebenarnya jadi lelaki pun bukan senang. Aku akui ada juga lelaki yang berfikir macam binatang malah lebih teruk dari syaitan tapi wanita pun sama. Ada juga wanita yang berperangai macam tue. Hakikatnya, walaupun berbeza, wanita dan lelaki adalah sama. Sama-sama ada kelebihan. ada kekurangan. Yang penting macam mana dua-dua kaum nie menggunakan akal yang dikurniakan Allah. Allah cipta wanita dan lelaki berpasangan. Allah berikan kepada lelaki dan wanita pelbagai nikmat yang jika digunakan dengan baik akan membawa kebahagiaan kepada dunia nie dan akhirat.
Susah jadi lelaki nie. Kenapa? .

Satu..susah jadi lelaki bila nak kahwin. Bila dibuatnya kenduri yang besar-besar, dikatanya orang kampung lelaki itu, (pengantin lelaki ) hendak menunjuk-nunjuk. Tapi bila pengantin lelaki nie buat kenduri yang sederhana, dikutuk pula oleh kaum perempuan yang lelaki nie kedekut. Bila lelaki cakap "tak boleh ke kurangkan sikit, hantaran tue." dikatanya lelaki tue tak de duit. Diorang tak sedar, lelaki nie bila nak kahwin banyak benda nak kena fikir. Rumah nak cari. kereta lagi. Bila lelaki bawa kereta kecil dikatanya lelaki nie takde "class". Bila pula lelaki nie bawa kereta besar, dikatanya lelaki nie berlagak, tumpang kemewahan keluarga laa. Bila lelaki pakai pakaian biasa-biasa je, dikatanya lelaki nie serabai. Bila lelaki pakai pakaian bundle, dicop pula lelaki nie dari Kelantan laa, orang kampung laa, pokai laa, padahal lelaki nie memang suka pakaian bundle yang dibasuhnya 4,5 kali dan diorang tak tahu kadang-kadang harga levis kat bundle lebih mahal dari yang ada kat butik. Bila lelaki pakai pakaian berjenama, dikatanya pula lelaki nie lebih-lebih pula bergaya. Hendak menunjuk-nunjuk padahal diorang tak tahu, lelaki tue pakai macam tue sebab kerjaya dia, terpaksa dan padahal dia beli semua pakaian tue dekat danau kota je.

Susah jadi lelaki nie. Bila nak berkawan dengan perempuan lain, dikatanya gatal, playboy. tapi bila tak kawan dikatanya lelaki tue sombong. Angkuh. Bila orang perempuan kawan dengan lelaki diorang kata hanya kawan. Tapi bila orang lelaki nak kawan dengan orang perempuan yang lain dikatannya cuba pasang satu lagi.  Bila lelaki tue tak banyak cakap, dikatanya tak de perasaan. Bila lelaki tue banyak cakap, disuruhnya diam pula. Bila lelaki makan banyak, dikatanya gelojoh. Bila lelaki makan sikit, dikatanya "koya diet". Bila lelaki tak beli hadiah yang mahal , dikatanya lelaki tue takde style, kedekut. Bila beli hadiah mahal-mahal, lelaki tue pula yang bankrap nanti.Bila lelaki tua rapat ngan perempuan dikatanya gatal, tak sedar diri padahal dia tak tahu lelaki tue dah lama kehilangan isteri.Yang perempuan duk layan dia juga kenapa.hahahah.

Bila lelaki keluar malam dikatanya budak tue kutu rayau.Bila lelaki duk perap kat rumah, disuruhnya keluar, "jangan jadi macam anak dara". Bila lelaki tue dari kelantan, dikatanya lelaki tue panas baran, "bekeng". Bila lelaki tue gelap, dikatanya bangla.Bila lelaki tue kurus, dikatanya lelaki tue penagih dadah. Bila lelaki tue berisi sedikit dikatanya lelaki tue gemuk, pemalas, makan banyak.

Bila dah kahwin, bila lelaki tak bagi duit dikatanya lelaki tue tak bertanggungjawab. Bila lelaki tak anta duit kat kampung, mak bapak cakap lelaki tue kena nasi kangkang. Bini kontrol. Padahal lelaki nie separuh mati cari duit nak support keluarga dia, sebab isteri tak berkerja. Bila lelaki bagi duit kat kampung, si bini pula membebel, anak emak. Bila lelaki buat kerja rumah (basuh kain, sidai) dikatanya pula bini kontrol, lelaki dayus. Bila tak buat, bini membebel, cakap suami tak pandai, tak paham perasaan bini.
Bila lelaki cemburu, dikatanya lelaki nie cemburu buta. bila lelaki tak cemburu, dikatanya lelaki nie takde perasaan. Bila lelaki ambik tahu sikit, dikatanya lelaki nie suka mengongkong. Bila lelaki tak ambil tahu, jawabnya terbang ke lain la buah hati.kesudahannya lelaki yang kecewa.bila lelaki menangis, dikatanya lelaki tue lembut. Bila tak menangis, disuruhnya pula untuk menangis, dikatanya lelaki hati keras,hati mati.

Macam-macam lagi lah.Tue yang aku teringat je. Dari bacaan, tengok tv, pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan. Dan aku mintak maaf sebab aku tak tuju kepada siapa-siapa pun. Aku buat nukilan nie secara "general" tak bermaksud kepada sesiapa pun. Sebabnya aku sendiri adalah lelaki.

Susah sebenarnya jadi seorang lelaki. Lelaki kena jadi suami yang baik. Kena tahu selok belok agama nak bimbing keluarga, bini, anak-anak. Kena jaga hati bini, ibubapa, mentua lagi. Lelaki nak jaga kerjaya lagi nak cari duit untuk keluarga.

Kesimpulannya, hargailah lelaki yang ada dalam hidup anda samada ada lelaki itu suami anda, kekasih anda, ayah anda, adik atau abang anda ataupun saudara mara anda. Bukan senang nak jadi lelaki nie

13 comments:

  1. salam blogwalking....
    amboi...penat ye jd lelaki ni?
    hm....byk leterannya...
    tp lelaki mmg punya tangungjawab yg besar...
    pandai2 la korang yg bernama lelaki..
    kat cni takde nk komen sgt...
    tp mmg btul la pali..
    blog ni da jd blog bola sepak je..
    mentang2 demam piala dunia..
    saje nk coret pjg ckit..
    hehe
    jgn terasa ht ok..=)

    ReplyDelete
  2. saye stju dgn anda wahai zulfadli....btol3....nk jd lelaki n pompuan sme2 ssh...
    ade tggungjwb masing2...
    dan pedulikn kate org...
    org xtau kite mcm mne...die bley ckp mcm2....yg tau kite adalah diri sndiri d samping keluarga terchenta...heheehheh

    ReplyDelete
  3. emm..kalau gitu saye nak tanye skit pendapat en. zulfadli a.k.a Lai berkenaan kenapa plak ade orang pompuan yang nak jd laki dan org laki nak jd pompuan tu..die tak tau ke keseusahan tu atau mmg die tau atau memang diorang cari nahas tu??

    hujah tuan haji?

    ReplyDelete
  4. oh lelaki!
    mmg banyak tggungjawab nye
    lagi lame kite hidop lagi kite rase semua tuh...
    xpe...jalani hidop dgn tenang dan jgn pedulikan org yg slalu pk buruk kt kite

    pedulikan org yang baik2 ngn kite je dan salu nasihat kite ke jln yg betul..

    hiii
    ;-)

    ReplyDelete
  5. Hoh, pnjg sungguh entri ni..tp at least membuka skit mata dan minda mereka yang membacanya..haha..pe2 pn, wa sapot hujah2 ini..

    ReplyDelete
  6. fizah - rilek je.biase dah blog ore laki.mmg gini lah.psl bola aje

    ReplyDelete
  7. zu - yup.asal happy n bahagia sudah..

    ReplyDelete
  8. amil - hahaha.kalu bab tue kawe tok tahu nok oyat guano..tue bab dua alam.jenis tok reti nok syukur gapo hok ado

    ReplyDelete
  9. izzah - betul tue izzah.peduli orang yang peduli kat kita sudah sbb kalau orang lain tak peduli, apa yang kita peduli kan.huhuh

    ReplyDelete
  10. ainul - haha.betul dop aku oyat

    ReplyDelete
  11. roy - laki mano hot tue?hhahaa

    ReplyDelete
  12. pali!!! aku sgt suke lah post ni... =) nothing much to say..memg btol pon gapo hok mu tulis tue..huhu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share