Wednesday, June 23, 2010

Syukur hujan

Semalam, hari nie hujan je kat KB.Sangat sejuk. Nyaman. Minggu nie pun tak panas dah. Mungkin dah berakhir musim kemarau yang sangat panas sebelum nie. Apa pun sangat bersyukur sebab hujan. Boleh tengok tv waktu malam hari dengan nyaman. Tapi bila dah sejuk, cepat je mata nak terlelap. Akhirnya, tv yang tengok kita nanti. Apa pun musim Piala Dunia semakin rancak sekarang nie. Malam nie ada lagi perlawanan untuk tentukan siapa yang layak ke pusingan kedua nanti. Harap nya malam nie tiada kad merah, permainan best, banyak gol. Sebelum nie perlawanan agak bosan sebab pengadil banyak keluar kad dan tak banyak gol dijaringkan. Jom semua melekat di tv masing-masing.

p/s- Entry ringkas.Sedang mengumpul idea juga untuk membuat entry panjang selepas ini. Dah kurang pasal bola kan dalam blog nie? Takpe. Tunggu Itali dan Jerman main dulu baru nak buat post pasal bola balik. Takziah kepada Perancis yang terkeluar awal

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share