Friday, June 11, 2010

Waka Waka - This time for Africa


Malam ini bermula la Piala Dunia yang ditunggu sejak  tahun yang lepas. Perlawanan perbukaan malam ini adalah   antara Afrika Selatan dan Mexico.

Sebulan nie memang sentiasa sibuk la peminat bola sepak malam-malam hari nak melekat depan tv tengok bola. Kat kedai-kedai pun mesti semua dah siap sedia je untuk melayan karenah peminat bola sepak. Semua nak tarik perhatian dengan letak tv lcd, slide projektor dan macam-macam lagi lah. Mcd sendiri amek peluang siarkan match bola sepak sepanjang piala dunia nanti sebab nak tarik pelanggan.

Aku? suka juga tengok bola kat luar sebab ramai-ramai. Lagi seronok. Kalau tengok kat rumah, sorang-sorang ataupun berdua dengan ayah ku je.Kalau game best tak mengapalah, kalau tak best? mula la mengantuk. Lagi satu kalau kat kedai senang, dahaga boleh order minuman, lapa panggil je waiter.Kalau kat rumah kena siapkan awal-awal lah. Tapi satu best tengok bola kat rumah sebab boleh tengok macam-macam gaya.Nak gaya terlentang ke, berbaring ke.Jimat pun jimat tengok kat rumah. Kalau kat kedai maybe terlalu ramai sampai asik duk nampak kepala orang je.

Apa-apa pun, tak kisah lah tengok di mana perlawanan piala dunia.Yang penting layan sudah. Jom semua saksikan perlawanan malam nie pukul 10 mlm dan 2 pagi.

p/s- terpaksa berkorban sedikit sebab masih sibuk dengan kenduri sepupu. Esok memang akan lagi sibuk.
Lupa, semalam konsert pembukaan di Afrika Selatan. Memang sangat best. Terutama Black Eye Peas , Shakira dan K'Naan. Lagu Waving Flag tue memang masukkk.Shakira pulak memang sangat hot..heheh

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share