Saturday, July 31, 2010

Lenovo sepam


Yesterday one of the happiest moment in my life happpened.It’s been a while since I bought something new ( expensive). As long as I can remember, the last time I bought something in the range of thousands ringgit was in 2002 when I got the first scholarship money from Petronas and I bought myself a new desktop pc. That pc lasted for the next 4 years. Sadly in the second semester in UDM that PC broke down real bad and there’s nothing more I can do to fix it.
Yesterday, I bought myself  a new laptop.  From the largest IT mall in Malaysia, Low Yatt Plaza. The price range? Well, I just bought something not too expensive. Just looking for something according to need not for the style or performance. Lucky for me, I got myself a new Lenovo laptop. For those who unfamilliar with this brand, this brand is internationally recognize and they even collabrate with IBM so the quality is quite renowned in the world of technology. So, what I can say is that, I realy grateful and satisfied with what I got. A deep and thousands thanks to my parents and my sisters. Really grateful to this laptop. I consider this new laptop as my birthday presents and it surely one of the best gift I had received in recent years.Thank you.
So now. The next 2 week  will be a crazy one. Firstly, on 9th Aug I will be having my first test ( I think). On 11th ( I suppose) all muslim will start fasting as Ramadhan begin and on 14th will be heading to Damansara to watch some freaking German movies. Every semester had to go to Damansara and watch some German movies. I guess by the end of next year, I will be German in and out.And finally, the cherry on the top of the sundae of August, on 20th , I will be flying home. Really looking forward to that. So that’s it. And, in the 6th and 7th week, many test will be conducted.
I guess that’s all for now. Now at Taman Melati at my friends’ house. Waiting to see the CSI trilogy tonight. Just the replay since I missed last week. Really looking forward to watch all the CSI combine together.
Danke.

Wednesday, July 28, 2010

Sembuh


Alhamdulillah.syukur dah kebah semua penyakit.dah boleh ke kelas seperti biasa.pelajaran diikuti seperti sebelum ini..sudah kedengaran ura-ura ujian pada minggu ke enam.
Lagi 2 minggu mahu berpuasa.perlu siapkan Diri Dan mental secukupnya

Saturday, July 24, 2010

dah berkarat

seminggu rasanya tak update blog nie.satu masalah sebeb kurang dapat liputan internet.bukan tak dapat internet langsung tapi terbatas jadi tidak dapat lah nak menulis di blog nie. Masalah kedua adalah disebabkan masalah kesihatan.sejak aahd lepas demam, selsema, sakit kepala. MC saja minggu lepas. Banyak kelas tertinggal. Badan tak tau nak kata apa dah. Bau yang kebiasaan sudah menjadi bau lain. Air dah berbotol-botol. ubat dah berpuluh telan. Siap masukkan air secara direct melalui tangan di wad pusat kesihatan satu malam baru nie.Semasa buat pemeriksaan dr cakap bp aku agak tinggi. Sedikit risau. Perlu lakukan overhaul kepada gaya hidup dan gaya makan selepas nie.Harap berkekalan hendaknya.
Sekarang rasanya dah semakin pulih. Amat kasihan kepada ibu bapa yang sentiasa ambil berat di kampung. Tak lupa juga kepada 'dia' yang sentiasa ambil berat dan sangat-sangat memahami. Sangat-sangat menghargai dan berterima kasih.
Badan dah semakin ok. Sekarang berehat di taman melati seketika.Harapan isnin nie sudah pulih sepenuhnya. Mahu kejar balik apa yang dah tertinggal. Bulan Puasa dah rasanya dah tak lama. Ada projek baru nak buat selepas nie. Memerlukan badan yang cergas seperti sebelum nie.
Sekian dulu,

Thursday, July 15, 2010

benda penting


Satu benda penting dalam kehidupan seorang pelajar, buku. Permulaan semester nie memang banyak la nak beli buku. Nak pinjam ngan senior macam haram. Senior laki pulak kalau ngan perempuan cepat je bagi pinjam tapi kalau sama lelaki? hah,..mujur nak bagi. Aku rela beli lah buku-buku. Satu option lagi kalau malas atau takde duit nak beli buku, kat upm nie ramai je pelajar pergi fotostat buku. Kalau kat udm dulu, ada lecturer aku pantang gile bab fotostat buku sebab bagi dia itu adalah salah satu cara ciplak. Aku mungkin bersetuju dengan dia. Aku pernah juga fotostat buku bile macam terdesak sangat nak beli buku. Pernah juga aku curi buku tapi macam Allah nak hukum aku bila subjek yang guna buku tue tak dapat keputusan yang bagus sangat . Jadi sekarang aku dah tak nak fotostat atau curi buku orang lain. Aku akn cuba beli buku yang mana boleh. Takde jugak duit maka aku rasa aku nak berpakat je lah dengan sesiapa yang boleh. Buku-buku pulak mahal. Satu buku pun dah dekat rm50.PTPTN aku bila dah masuk pun tolak yuran seme tinggal 100 je. beli pendrive satu dah tinggal berapa dah. Tengok je lah orang lain bei macam-macam. Takpe. Sebagai pelajar kena tahan. Dalam hidup sebagai pelajar nie, makanan dan buku lagi penting. Nota-nota lagi nak fotostat. Kerajaan dah nak bankrap sekarang sampai pensyarah nak fotostat course outline pun tak leh. Bodo tul. Pelajar juga la kena fotostat sendiri. Duit PTPTN tak de pulak nak tambah. Aku buat rayuan dah dekat 2 sem kot tapi sampai sekarang takleh apa-apa berita. Nak mintak biasiswa lain? Malangnya umur pulak lebih. Takpe lah. Bertahan je lah untuk 2 tahun lagi nie. Lepas tue habis la riwayat kehidupan di kampus.

p/s..nukilan ringkas di laptop roomate.Sekarang dah tak boleh nak update sentiasa blog nie.chow..kena tidur awal sebab hari nie dah tuang kuliah.Esok nak pergi semua kelas. Takpe, baru minggu pertama.hahaha

Tuesday, July 13, 2010

Simple

Struglling coping with new sem

Sunday, July 11, 2010

why Inter are one of the greatest club in the world

a quick entry this early morning waiting for the world cup match.

What makes a football club great?

the fans? the players? the trophy? the history? the style?

Well according to this article , to judge a great club is by looking at the players the club have at the greatest football stage in the world, the world cup and even sweeter, the world cup final.
Need not to say more. Enjoy this article..(taken from yahoo)

p/s really tired.

Selamat Hari Ulang tahun

Selamat Hari Ulang tahun
Selamat Hari Jadi
Semoga diberkati Allah sentiasa
Sentiasa tabah hadapi kehidupan.
Semoga senyum sokmo
Semoga peroleh apa yang diingini.


Selamat Hari Ulangtahun yang ke 22 kepada Nur Farah Asmaq

p/s..hehe..takde hadiah yang lebih baik daripada sekeping doa yang datang dari hati yang ikhlas kepada Yang Maha Esa agar sentiasa memperoleh keberkatan dan keredhaan daripada Nya

Saturday, July 10, 2010

Syukran

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah selamat sampai ke destinasi. Perjalanan semalam berjalan lancar meskipun terserempak dengan 3 kemalangan di 3 tempat berbeza. 1 kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas mutiara. Hujan di separuh perjalanan tapi alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini berlaku.
Sudah menyelesaikan semua urusan hostel dan telah mendapat rehat secukupnya. Sekarang menunggu untuk mengerah tenaga melayan dua perlawanan malam ini. Kelantan beraksi di Shah Alam dan Piala Dunia penentuan tempat ketiga dan keempat.
Semester baru bermula lusa.Berharap dapat memperbaharui dari semester lepas dan bersedia untuk menurunkan berat badan yang dikutip sepanjang cuti.haahaha.Bersedia juga untuk sebulan lagi sebab Ramadhan akan menjelma tiba.
Kehidupan di kampus bermula. Piala Dunia sudah sampai ke kemuncaknya. Malam esok final di Dataran Merdeka.Jom ramai-ramai.

p/s..benda baru untuk semester baru.pendrive.Agak-agak berapa pendrive yang paling murah?

Friday, July 9, 2010

Officially finished

The holiday is over.remaining a few hours left.
Tonight will off to Selangor.
This weekend will be one hell of work. Going crazy before started new semester.


p/s..packing up clothes and checking up car.

Thursday, July 8, 2010

Merah muka Hitler

Skuad tentera Merah berjaya menyekat kemaraan Hitler pagi nie. Taktikalnya memang hebat. Skuad pengebom Hitler habis peluru, habis minyak, habis idea. Mungkin sebab kuat sangat bom orang lain sebelum ini. Orang cakap pisang tak boleh berbuah dua kali, tapi Hitler tetap kalah jugak 2 kali kepada skuad Merah. Apa pun skuad caturan Hitler bersedih sebab tak boleh buat apa malam nie.



Skuad Merah mendapat ilham dari kapten kelab Catalan. Seluruh penyokong skuad Merah gembira sebab dah lega hapuskan badi sebelum ini. Skuad Merah guna lembunya yang terkenal untuk menyudahkan kerja yang tertangguh. Satu tandukan si lembu merah tue dah cukup berbisa.


Terbuktilah, gadis catalan lagi umph dari gadis Munich.

Satu je?

Kena tetap gembira untuk abg Bastian

Selepas ini skuad Merah akan lawan skuad Oren.

p/s..Hari nie khamis..esok dah nak pergi Selangor. Barang-barang semua berterabur. Kena cari balik nie. sebelum terlupa. Menu breakfast nasi lemak sotong masak pedas. Sebab sotong peramal bola tue memang hebat sebab semua betul ramalan dia. Chef dari team jerman dan potong tentacle dia buat sambal pedas.haha.jom cari breakfast

Wednesday, July 7, 2010

Menu esok hari..Sotong dari Jerman

Sebelum aku nak bicara pasal sotong yang tetiba jadi superstar sepanjang piala dunia nie, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kepada aku. Terima kasih semua. Betul hargai kalian.


Satu lagi, baru balik dari stadium malam ini. Sambut ulang tahun dengan tengok Kelantan lawan Negeri Sembilan. Permainan boleh dikatakan ok. Banyak peluang bagi Kelantan dan Negeri Sembilan tapi pada separuh masa kedua, Akmal yang masuk ganti Idlan yang cedera berjaya menjaringkan gol dan Kelantan menang hasil jaringan tersebut. Sepatutnya dapat banyak gol lagi tapi apakan daya, pemain seolah macam belum capai kecergasan sebelum ini.Cuti lama mungkin. Takpun masih dalam demam Piala Dunia. Apa pun jaringan, yang penting kemenangan untuk mengejar pendahulu liga, Selangor. Dan dari perkhabaran tadi, Selangor kalah. Bermakna Kelantan hanya beza 5 mata sekarang (aku rasa..tak berapa pasti). Masih ada peluang untuk mengejar. Yang pasti Kelantan harus kekal rekod kemenangan dan harapkan Terengganu atau Kedah atau Negeri Sembilan tewaskan Selangor nanti.

Baiklah berbalik kepada tajuk. Paul,  nama gelaran yang diberikan kepada seekor sotong kurita di pusat akuatik di Jerman semenjak bermula Piala Dunia ini sekarang ini boleh dikatakan celebriti. Kerana, dia mampu memberi ramalan yang tepat terhadap semua perlawanan yang membabitkan Jerman. Setakat ini, dia berjaya dalam kesemua ramalan dia dalam 5 perlawanan Jerman di Piala Dunia. Saintis beritahu sotong kurita adalah haiwan akuatik yang paling bijak. Tentang ramalan dia, kebanyakan orang mengambil serius dan mempercayainya betul-betul. Bagi aku, itu semua adalah kebetulan. Dan untuk perlawanan malam esok (awal pagi rabu..230 pg) sotong itu telah meramalkan yang Sepanyol akan menewaskan Jerman.


Ramai yang sudah gusar. Tapi ada setengah beritahu, pada final EURO 2008, sotong ini ramal Jerman menang tapi akhirnya Sepanyol yang menang. Jadi mungkin ramalan untuk separuh akhir nanti ini salah. Entahlah. Macam-macam karenah. Orang bila mahu percaya, apa saja boleh diambil kira kan. Sotong pun tetiba jadi terkenal. Tapi aku rasa lepas nie kalau betul lah ramalan sotong nie, alamatnya mampus dalam kuali lah sotong tue dikerat puak-puak Jerman. Wunderbar.huhuh. Takpun diorang akan lepas sotong tue dalam laut Mediterranean. Aku nasihatkan negara lain cepat-cepat beli sotong tue letak dalam aquarium. Sotong nie boleh jadi perintis Nostradomus.hahah. Ramalan aku, Jerman menang sebab nak balas kekalahan 2 tahun lepas.

Sekian saja lah. Perlukan tidur sekejap. Nanti nak bangun pula tengok Belanda lawan Uruguay. Sneider lawan Forlan.Sokong mana ek? Sokong Belanda lah sebab ada Sneider, pemain Inter.huhuh.

Ich schlafen.
Goten Nacht.

Tuesday, July 6, 2010

Just another number

What is a number actually for us all?

Why is number really important to each one of us in every detail of our life?

Well, the answer to that is because, everything is made up of numbers. We wake up, we eat, we bath, we working, we watching, we sleep. All using numbers. Whether it is a big number, or simply just a small amount of numbers.

There is series in AXN where a genius Math prof used numbers to track down criminal and solve cases thus help the FBI. That show is called numbers.

Every year, each one of us will celebrate our birthday. And that makes each year we all had grown older and matured one way or another. Each year as we celebrating our birthday, we had to come noticing the mistake we had make all year long and the promises and dream we hope to pursuit in the future. At the end of the day, birthday is just another number. Another reason the mind reminded us that the body clock is ticking.

So, in the end, what is birthday to each and everyone of us?

p/s anyhow...Happy birthday to me..hhhahaha.What a year had been.i felt like it's been such a long journey looking back at times but all those years that gone by, sometimes it's felt the times had suck every breath i take but sometimes it felt like the world is too big for me to keep on dreaming. Well, whatever. Just another year. Just another number.Thanks dear for the wish.

Sunday, July 4, 2010

Piala dunia 2010 sudah semakin menghampiri kepada kemuncaknya. Selasa dan Rabu nie, perlawanan separuh akhir akan berlangsung. Perlawanan pertama melibatkan Belanda menentang Uruguay manakala perlawanan kedua melibatkan Jerman dan Sepanyol.

Semua peminat bola sepak perlu mengakui bahawa edisi piala dunia pada tahun ini adalah antara yang paling mengejutkan. Beberapa pasukan yang dilabel sebagai mempunyai peluang untuk ke perlawanan akhir kecundang pada pasukan yang dianggap kurang berbisa. Tapi sekali lagi bola sepak membuktikan bahawa permainan ini adalah satu permainan nombor satu di dunia.Bola sepak, satu sukan yang penuh warna warni, kejutan dan kontroversi. Perancis, Itali, Brazil, England dan Argentina, semuanya sudah tersingkir daripada saingan Piala Dunia.

Antara kegagalan yang diluahkan dan dibicarakan seraya dengan kegagalan pasukan-pasukan yang terkeluar di atas adalah; kurang kecergasan, taktik yang salah, jurulatih, liga tempatan, kekurangan pemain muda dan juga nasib tidak menyebelahi mereka. Apa pun yang dibicarakan, yang menjadi satu perkara penting bagi pasukan terbabit adalah untuk mengubah sistem mereka dan mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan piala dunia 4 tahun lagi di Brazil.

Satu aspek yang boleh diselidiki adalah kejayaan pemain negara dalam liga tempatan. Sebagai contoh, pada tahun ini, Bayern Munich memasuki final Liga Juara-juara tapi kalah kepada Inter Milan. Pencapaian Bayern boleh dianggap satu kejayaan jika dibandingkan dengan pasukan lain yang lebih kuat dan ternama seperti Manchester United, Chelsea ataupun Real Madrid. Seiring dengan kejayaan Bayern, Jerman telah melangkah ke separuh akhir Piala Dunia. Jika kita lihat, hampir separuh pemain Jerman adalah pemain utama bagi skuad Bayern Munich. Klose (meskipun hilang tempat kepada Olic bagi Bayern Munich), Lahm, Bastian, Mueller, Gomez, Butt (menjadi penjaga gol gantian bagi Jerman) Badstuber, sekadar menyebut beberapa pemain. Pemain-pemain ini bermain bersama dalam skuad Bayern dan Jerman lantas mereka cepat adaptasi dengan taktik yang disalurkan oleh Joachim Loew. Tidak pelik bila mereka dapat menewaskan Argentina dan England dengan jaringan yang besar. Argentina pula,secara individunya mempunyai ramai pemain yang bertaraf dunia namun secara berpasukan mereka seakan lemah untuk bermain. Taktikal yang dicaturkan oleh Maradona tidak menjadi bagi skuad Argentina. Hampir sebahagian besar skuad Argentina bermain bagi liga berbeza dan pasukan berbeza. Higuain, Demechelis, Messi, Tevez, Angel Di Maria, Veron, Masherano. Nama yang cukup besar dalam bola sepak tapi secara berpasukan mereka masih lemah berbanding Jerman. Sekarang kita lihat pula kepada Sepanyol. Sepanyol boleh dikatakan sebagai pasukan kedua Barcelona. Lihat saja kepada kesebelasan utama mereka. Pigue dan Puyol di bahagian pertahanan. Xavi, Iniesta, Busquet dan Villa (pemain yang baru dibeli Barcelona). Belum lagi diambil kira Pedro yang selalu menjadi pemain gantian Sepanyol. Ini menunjukkan pemain Barcelona yang kalah kepada Inter dalam separuh akhir Liga Juara-Juara mempunyai semangat berpasukan yang tinggi tidak saja dalam liga tapi dalam saingan negara. Negara lain sepatutnya meniru acuan yang dibentuk oleh Jerman dan Sepanyol ini. Bagi Brazil dan Argentina, mungkin boleh diberikan pengecualian kerana liga tempatan mereka tidak begitu kompetitif jika dibandingkan dengan liga di Eropah.

Bagaimana pula dengan Itali, sedangkan Inter menang Liga Juara-Juara tahun ini? Satu persoalan yang menarik. Inter meskipun bermain di liga Itali namun hanya Santon, Balotelli dan Materazzi yang bergelar pemain Itali. Inter dibarisi oleh kebanyakkannya pemain luar. Dan ini yang menjejaskan Itali itu sendiri. Tapi kita tidak boleh menyalahkan sesebuah kelab. Mereka hanya mencari pemain yang dianggap terbaik untuk mendapatkan kejayaan yang terbaik. Sama juga dengan Arsenal. Arsenal hanya ada Walcott sebagai pemain England. Liverpool juga sama. Gerrard dan Carragher saja yang betul-betul layak menyarung jersi England. Kelab akan memilih pemain tempatan jika pemain terbabit dapat memberikan pencapaian yang terbaik bagi kelab mereka. Itali pada saingan kali ini dibarisi oleh ramai pemain Juventus. Camaronesi, iaquita, Marchisio, Cannovaro, Buffon. Malangnya Itali kecundang di peringkat kumpulan lagi. Pemain Juventus yang mewakili Itali diselar media. Juventus sendiri pada musim hadapan tidak dapat beraksi dalam liga juara-juara. Jadi siapa sebenarnya harus disalahkan?  Kelab hanya mementingkan kemenangan. Negara itu sendiri yang perlu melakukan perubahan menarik serta mencungkil lebih ramai pemain muda tempatan agar mereka dapat beraksi dalam kelab-kelab ternama liga mereka.

 Sebagai pengakhirannya, aku ingin selitkan pencapaian pemain-pemain Inter dalam saingan Piala Dunia kali ini. Can't help it, Inter die hard fan.hahaha


Secara keseluruhannya penjaga gol nombor satu Inter dan Brazil ini dilihat agak bagus. Agak mendukacitakan kerana Brazil terkeluar setelah kecundang kepada Belanda. 2 gol yang melepasi Cesar jika dikaji bukan kesalahanya. Gol pertama adalah salah Melo (kelab Juventus) dan gol kedua adalah kesalahan pertahanan Brazil yang goyah dan sambil lewa.

Kental tapi gandinganya bersama Juan dilihat seringkali tidak serasi. Mungkin perlu disalahkan untuk kedua Belanda kerana tidak mengawal dengan rapi Sneider sehingga membolehkan gol Brazil dibolosi.
Berjaya menjaringkan antara gol cantik kejohanan kali ini. Sentiasa hebat semasa menyerang tapi kemampuan dia untuk bertahan diragui dalam perlawanan menentang Kuyt kerana seringkali Kuyt dilihat dapat mengatur gerakan ke dalam kotak penalti Brazil.
Hanya bermain untuk 2 perlawanan. Mengalami kecederaan. Argentina mungkin mengalami nasib yang lebih baik dengan kehadiran Samuel di bahagian pertahanan berbanding Demechelis yang rapuh.
Tersingkir pada peringkat kumpulan namun masih berjaya menjaringkan 2 gol. Beban yang berat dipikul sebagai kapten Cameroon.
Hanya masuk sebagai pemain gantian untuk 2 perlawanan. Dalam saingan tempatan dan eropah dia sudah membuktikan ketajamannya namun Maradona lebih memilih kepada Tevez dan Higuain. Argentina mungkin lebih bernasib baik jika Higuain dan Milito bermain bersama dengan Messi dan Tevez di belakang.


Pemain yang cukup berharga bagi Inter dan dia membuktikan sekali lagi di pentas Piala Dunia buat Belanda. Di Inter dia diberi kuasa untuk mengawal bahagian tengah dan dia telah membuktikan kebolehannya. Bagi Belanda, dia dilihat diberi peranan yang sama dan membuktikan juga dia adalah antara pemain terbaik untuk Piala Dunia kali ini. 2 gol dijaringkan semasa menentang Brazil membuktikan kehebatan Sneider kepada dunia.

Tidak begitu bernasib baik kerana Serbia kecundang pada peringkat kumpulan. Namun sentuhannya sebagai pengemudi bahagian tengah Serbia dilihat masih berbisa.

Pemain serba boleh dan rajin. Meskipun kurang mendapat tempat dalam Inter tapi dia membuktikan dia berguna bagi Ghana. Menjaringkan gol pertama Ghana menentang Uruguay namun kecewa apabila Ghana tumpas dalam penentuan penalti pada suku akhir yang lepas.

Baiklah itu saja pemain Inter yang beraksi di Piala Dunia kali ini. Antara pemain Inter lain yang sepatutnya beraksi dalam Piala Dunia adalah;
Javier Zanetti dan Cambiasso ( masih bingung kenapa Maradona tak pilih mereka berdua)
Pandev (negara tak layak ke Piala Dunia)
Balotelli dan Santon ( Masih muda untuk bersama Itali)
Materazzi ( bersara)
Chivu ( Romania tidak layak )
Mariga (Kenya tidak layak)
Thiago Motta ( Dunga tidak anggap dia layak beraksi untuk Brazil)
Cordoba (Columbia tidak layak Piala Dunia)


Sekian saja untuk kali ini. Rasanya dah terlalu panjang nukilan kali ini. Terima kasih kerana membaca

p/s..entry boring ..closer to the big number.heheh

Eins Zwei Drei Vier


Die German did it again.
Sebelum nie 4 gol lawan der england
Malam nie 4 gol jugak lawan der argentina.
Maradona pasti termakan kata-kata dia lepas nie.


4 gol, 4 sebab Argentina kalah malam nie.
satu ; tak bawak Javier Zanetti..Full Back kanan hebat, lagenda dari Inter.

dua ; tak bawak Cambiasso. Defensive Midfielder dari Inter.

tiga ; tak masukkan Diego Milito, penyerang Inter..Dia nie sumbat 2 gol dalam Final Champions League lawan Bayern Munich. Bayern tue geng dari Jerman.

empat ; sebab Maradona. Dia nie mane ada pengalaman jurulatih sama macam Dunga. Tengok dua-dua pasukan dah terkeluar.

Tue lah. 4 sebab. 4 sebab tue yang menyebabkan 4 gol bolos.
Aku terjumpa gambar nie. Yang budak lelaki tue adalah ayah kepada Thomas Mueller yang baru berusia 20 tahun. Yang budak perempuan tue pulak, mak kepada Klose. Hitler dah bagi amanat kat diorang supaya menyengat kat Afrika Selatan.huhuh

Saturday, July 3, 2010

Lepaking

Another week to go kl
Another nights to stay late
Another matches to watch
Another evening to do nothing
Another hour to be wasted
Another minutes to be burn
Another seconds to slip from hands

Comeback oren - perisa terbaru


Sneider bagi buah oren sebiji kat Maicon. Sebiji lagi Sneider nak bagi tapi Melo rampas, Lucio tak puas hati sebab Melo rampas Oren dia maka Melo pun dipulau lalu keluar.

Most overrated player - Robinho..
Most decorated player - Sneider (key player for Inter.hehehe)
Most unbelieveable misses - Kuyt dan Huntelaar
Most ungrateful player - Melo

Friday, July 2, 2010

Keciwa


Awal tahun baru nie aku beriya seronok sebab tahu yang Avatar (adaptasi dari animasi dengan tajuk yang sama) akan dikeluarkan menjadi filem. Aku google dalam internet dan dapat tahu yang bulan nie la akan keluar. Tapi tak pasti bulan berapa akan sampai di Malaysia. Aku ingatkan filem tue akan menjadi best sebab dalam animasi memang best. Aku sanggup tengok 5 season siri animasi Avatar nie . Tapi hari nie bila aku duk google, ramai orang tak puas hati dengan karya Avatar nie. Orang ramai cakap dia memusnahkan kredibiliti Avatar tue. Aku pun tak pasti sebab aku tak tengok lagi kan tapi bila dah baca ramai yang kata macam tue terpaksa mengakui la kan. Kecewa la sebab baru je terbayang pergi Alamanda beli tiket wayang tengok Avatar nie. nampaknya terpaksa tukar plan dan cari filem lain lah. Aku google dan tengok la kat TGV n GSC punya website. Filem2 best seme dah ditayangkan. Cuma bleh harap kalo filem2 best yang keluar sebelum nie ada lagi ditayangkan. Filem lain yang akan keluar selepas ini (yang aku rasa macam berbaloi jugak la kot tengok kat wayang) ;

predator (adrien brody berlakon)
ong bak 3 ( sape nak tgk filem aksi jom layan)
the sorcerer apprentice ( macam best bila baca sinopsis dia sebab nicolas cage ade, monica belucci pun sama)

so simpan duit.google tarikh filem2 keluar. Cari panggung wayang terdekat nanti.

Flirting with time

Priceless time
Heartless time
Cruel timing


One thing the most important in this world which is beyond the power of any human is the ability to control and manipulate time. Only God has the power over time.

So, time is essence. Really want to sort out things related to time.

Thursday, July 1, 2010

Julai..huh..

Dah masuk bulan Julai dah. Dah separuh tahun dah kita semua lalui untuk 2010..Bila aku lihat balik 6 bulan pertama tahun nie, macam-macam yang dah dilalui. Yang pahit, yang manis. Semua dah rasa. Terima atau tidak, terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk 6 bulan yang akan datang. Dan sebagai permulaannya, termasuklah perkara-perkara rutin yang akan dibuat dalam bulan ini.

Atas sekali dalam permikiran aku adalah memperbaharui lesen memandu. Aku sebenarnya risau jugak nak perbaharui lesen baru nie sebab aku rasa aku ada saman yang tertunggak 2 tahun lepas. Tapi saman ekor je. Ntah bila kena saman aku pun tak tau. Sedar-sedar bila periksa dalam internet nie ada nama aku dan nombor kereta aku. Orang cakap abaikan saja saman ekor nie. Memang aku nak abaikan dulu. Hendak bayar dengan apa kan? Kalau boleh bayar dengan daun kering dah berlambak boleh aku kumpul kan depan rumah aku nie, daun rambutan. Tapi, polis hanya mahu not merah atau biru je. Lantaklah dia. Nanti aku ada duit aku bayar lah saman tue.

Semester baru yang akan dibuka ini maka termaktublah aku menjadi tahun kedua di UPM. Penat.. Penat dah buat perkara yang sama sejak beberapa tahun. Buat benda sama je.Tempat je berbeza. Isi yang dipelajari je yang berbeza. Tak lupa juga orang-orang di sekeliling je berbeza tapi hakikatnya semua sama saja. Dah tersangat penat hendak belajar sebenarnya. Kalau boleh pejam mata dan harapkan masa berlalu dengan cepat aku tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi. Kenapa? Sebab masa tue dah 1 julai 2012. Masa tue aku dah habis belajar.Akhirnya..bila tahun tue sampai, pasti akan amat seronok. Seronok sebab dah nak masuk alam perkerjaan. Tak payah lagi bergelumang dengan buku-buku. Tapi yang tak seronoknya mesti dah masuk alam perkerjaan lagi besar komitmen kena bagi. Dah tak boleh buat kerja sambil lewa. Dah takde la cuti-cuti panjang. Dah tak boleh tidur tak tentu masa. Tapi yang best sebab nanti dah boleh pegang duit sendiri. Dah boleh merancang masa depan yang lain pula.

Sayangnya, masa bukan dibawah kuasa manusia. Kita hanya boleh merancang, tapi Allah jua yang menentukan segalanya. Baru-baru ini ada kawan aku di UDM dulu meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Terkejut sebab arwah muda lagi. Muda daripada aku. Tapi di senior masa aku belajar dulu. Sebelum nie arwah belajar kat UDM. Perkhabaran arwah aku dapat tahu melalui Facebook. Sekejapnya hidup arwah. Di situ kita dapat lihat kebesaran Allah. Allah tempat kita segala-galanya. Bila Yang Maha Esa panggil, maka kita kena tinggalkan dunia ini dan kembali kepada Nya. Semoga Allah cucuri rahmat kepada arwah.Takziah kepada keluarga arwah. Bila mendengar pemergian arwah, aku jadi sedar. Kita perlu sentiasa mengingati mati. Ajal tidak mengenal sesiapa. Ajal tidak mengenal masa, Tua atau muda. Ajal tidak mengenal tempat.

Dalam perkara yang lain, qada dan qadar Allah ini tersangat hebat. Kita hambanya hanya boleh redha dan bersyukur atas segala yang diberikan oleh Allah. Sebagai contoh, dulu aku suka sangat tengok dia nie. Bukan, aku minat gila dengan dia nie. Selalu je impi hendak bersama dia. Tapi aku sedar juga, aku nie siapa la sangat. Macam langit dengan bumi la kalau nak bandingkan dengan dia. Hanya mampu lihat dari jauh je lah. Sentiasa harapkan agar dia bahagia. Tapi suatu hari aku terasa nak marah sangat-sangat. Dan aku rasa bukan aku seorang je yang hendak marah. Ramai yang nak marah. Kenapa? Siapa si Dia tue?

Si Dia yang aku maksudkan adalah Maya Karin.hehehe. Nak marah sebab dia kahwin dengan lelaki Itali. Macam dah takde lelaki Malaysia gamaknya. Aku tak nafikan la, menatang lelaki itali tue jauh lagi hensem dari aku. Tapi, yang aku tak suka lelaki itali tue bukannya islam pun. Masuk islam pun mesti semata-mata sebab nak kahwin dengan Maya Karin gamaknya. Tak tau la kan. Maya karin tue pun aku rasa bukan islam sangat. Nama je kot. Keturunan pun dah datang dari Jerman. Maybe datuk dia dulu nie lari masa hitler mengamuk kat Berlin tue.

Tapi, tahun nie aku dapat berita Maya Karin dalam proses bercerai. Tengoklah gambar dia pergi mahkamah. Lawa gila. Ayu sangat bila pakai tudung. Boleh pulak dia pakai tudung. Ingatkan alergik sebelum nie. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa perempuan yang beragama Islam, yang kata diorang nie ikut ajaran Islam, akan lebih cantik bila bertudung. Tambah bila pakai dengan kain kurung. Aku sangat minat dengan perempuan yang bertudung dan pakai baju kurung. Ok, berbalik kepada Maya Karin tadi. Aku rasa baru sekejap je dia kahwin dengan menatang lelaki tue. Sekarang dah nak bercerai pula. Kesian pula kat Maya Karin. Aku pula tiada nombor telefon dia. Kalau ada dah tentu aku telefon dia. Jadi tempat dia mengadu.hehheeh.(mesti kena marah nanti kalau telefon Maya Karin..jangan marah ekk..). Tapi aku cepat berpijak kat bumi yang nyata. Maya Karin tue tak layak untuk aku..ehhh,.Aku tak layak untuk Maya Karin. hahhaha. Aku nak ajak dia nak kereta aku? Mana la dia nak tengok kereta buruk aku tue. Lagi pun Maya Karin lagi tua dari aku. Aku suka yang lagi muda.heheheh.Buat apa ambil bekas orang kan. Bekas menatang Itali pulak tue.hahaha.Selamat Tinggal Maya Karin. Aku dah tak minat dengan kau. Kalau dulu aku tengok gak filem kau tapi sekarang aku dah tak nak tengok dah filem kau berlakon. Aku dah ada yang baru. Aku lagi suka tengok si dia yang ada kat Penang tue.eheheh

Lagi satu, zaman kau dah habis Maya..Dia nie lagi cun dari kau tau tak? Siapa dia? ini..


hehehe. Perlu ke cerita panjang lagi pasal dia? Tak perlu lahh. Lisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jom Share