Thursday, July 15, 2010

benda penting


Satu benda penting dalam kehidupan seorang pelajar, buku. Permulaan semester nie memang banyak la nak beli buku. Nak pinjam ngan senior macam haram. Senior laki pulak kalau ngan perempuan cepat je bagi pinjam tapi kalau sama lelaki? hah,..mujur nak bagi. Aku rela beli lah buku-buku. Satu option lagi kalau malas atau takde duit nak beli buku, kat upm nie ramai je pelajar pergi fotostat buku. Kalau kat udm dulu, ada lecturer aku pantang gile bab fotostat buku sebab bagi dia itu adalah salah satu cara ciplak. Aku mungkin bersetuju dengan dia. Aku pernah juga fotostat buku bile macam terdesak sangat nak beli buku. Pernah juga aku curi buku tapi macam Allah nak hukum aku bila subjek yang guna buku tue tak dapat keputusan yang bagus sangat . Jadi sekarang aku dah tak nak fotostat atau curi buku orang lain. Aku akn cuba beli buku yang mana boleh. Takde jugak duit maka aku rasa aku nak berpakat je lah dengan sesiapa yang boleh. Buku-buku pulak mahal. Satu buku pun dah dekat rm50.PTPTN aku bila dah masuk pun tolak yuran seme tinggal 100 je. beli pendrive satu dah tinggal berapa dah. Tengok je lah orang lain bei macam-macam. Takpe. Sebagai pelajar kena tahan. Dalam hidup sebagai pelajar nie, makanan dan buku lagi penting. Nota-nota lagi nak fotostat. Kerajaan dah nak bankrap sekarang sampai pensyarah nak fotostat course outline pun tak leh. Bodo tul. Pelajar juga la kena fotostat sendiri. Duit PTPTN tak de pulak nak tambah. Aku buat rayuan dah dekat 2 sem kot tapi sampai sekarang takleh apa-apa berita. Nak mintak biasiswa lain? Malangnya umur pulak lebih. Takpe lah. Bertahan je lah untuk 2 tahun lagi nie. Lepas tue habis la riwayat kehidupan di kampus.

p/s..nukilan ringkas di laptop roomate.Sekarang dah tak boleh nak update sentiasa blog nie.chow..kena tidur awal sebab hari nie dah tuang kuliah.Esok nak pergi semua kelas. Takpe, baru minggu pertama.hahaha

1 comment:

  1. btol2..aku mtk nga senior pue rama wat blik...ado xse wi la...keno baik nga padil nih...muahahaha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share