Thursday, July 1, 2010

Julai..huh..

Dah masuk bulan Julai dah. Dah separuh tahun dah kita semua lalui untuk 2010..Bila aku lihat balik 6 bulan pertama tahun nie, macam-macam yang dah dilalui. Yang pahit, yang manis. Semua dah rasa. Terima atau tidak, terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk 6 bulan yang akan datang. Dan sebagai permulaannya, termasuklah perkara-perkara rutin yang akan dibuat dalam bulan ini.

Atas sekali dalam permikiran aku adalah memperbaharui lesen memandu. Aku sebenarnya risau jugak nak perbaharui lesen baru nie sebab aku rasa aku ada saman yang tertunggak 2 tahun lepas. Tapi saman ekor je. Ntah bila kena saman aku pun tak tau. Sedar-sedar bila periksa dalam internet nie ada nama aku dan nombor kereta aku. Orang cakap abaikan saja saman ekor nie. Memang aku nak abaikan dulu. Hendak bayar dengan apa kan? Kalau boleh bayar dengan daun kering dah berlambak boleh aku kumpul kan depan rumah aku nie, daun rambutan. Tapi, polis hanya mahu not merah atau biru je. Lantaklah dia. Nanti aku ada duit aku bayar lah saman tue.

Semester baru yang akan dibuka ini maka termaktublah aku menjadi tahun kedua di UPM. Penat.. Penat dah buat perkara yang sama sejak beberapa tahun. Buat benda sama je.Tempat je berbeza. Isi yang dipelajari je yang berbeza. Tak lupa juga orang-orang di sekeliling je berbeza tapi hakikatnya semua sama saja. Dah tersangat penat hendak belajar sebenarnya. Kalau boleh pejam mata dan harapkan masa berlalu dengan cepat aku tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi. Kenapa? Sebab masa tue dah 1 julai 2012. Masa tue aku dah habis belajar.Akhirnya..bila tahun tue sampai, pasti akan amat seronok. Seronok sebab dah nak masuk alam perkerjaan. Tak payah lagi bergelumang dengan buku-buku. Tapi yang tak seronoknya mesti dah masuk alam perkerjaan lagi besar komitmen kena bagi. Dah tak boleh buat kerja sambil lewa. Dah takde la cuti-cuti panjang. Dah tak boleh tidur tak tentu masa. Tapi yang best sebab nanti dah boleh pegang duit sendiri. Dah boleh merancang masa depan yang lain pula.

Sayangnya, masa bukan dibawah kuasa manusia. Kita hanya boleh merancang, tapi Allah jua yang menentukan segalanya. Baru-baru ini ada kawan aku di UDM dulu meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Terkejut sebab arwah muda lagi. Muda daripada aku. Tapi di senior masa aku belajar dulu. Sebelum nie arwah belajar kat UDM. Perkhabaran arwah aku dapat tahu melalui Facebook. Sekejapnya hidup arwah. Di situ kita dapat lihat kebesaran Allah. Allah tempat kita segala-galanya. Bila Yang Maha Esa panggil, maka kita kena tinggalkan dunia ini dan kembali kepada Nya. Semoga Allah cucuri rahmat kepada arwah.Takziah kepada keluarga arwah. Bila mendengar pemergian arwah, aku jadi sedar. Kita perlu sentiasa mengingati mati. Ajal tidak mengenal sesiapa. Ajal tidak mengenal masa, Tua atau muda. Ajal tidak mengenal tempat.

Dalam perkara yang lain, qada dan qadar Allah ini tersangat hebat. Kita hambanya hanya boleh redha dan bersyukur atas segala yang diberikan oleh Allah. Sebagai contoh, dulu aku suka sangat tengok dia nie. Bukan, aku minat gila dengan dia nie. Selalu je impi hendak bersama dia. Tapi aku sedar juga, aku nie siapa la sangat. Macam langit dengan bumi la kalau nak bandingkan dengan dia. Hanya mampu lihat dari jauh je lah. Sentiasa harapkan agar dia bahagia. Tapi suatu hari aku terasa nak marah sangat-sangat. Dan aku rasa bukan aku seorang je yang hendak marah. Ramai yang nak marah. Kenapa? Siapa si Dia tue?

Si Dia yang aku maksudkan adalah Maya Karin.hehehe. Nak marah sebab dia kahwin dengan lelaki Itali. Macam dah takde lelaki Malaysia gamaknya. Aku tak nafikan la, menatang lelaki itali tue jauh lagi hensem dari aku. Tapi, yang aku tak suka lelaki itali tue bukannya islam pun. Masuk islam pun mesti semata-mata sebab nak kahwin dengan Maya Karin gamaknya. Tak tau la kan. Maya karin tue pun aku rasa bukan islam sangat. Nama je kot. Keturunan pun dah datang dari Jerman. Maybe datuk dia dulu nie lari masa hitler mengamuk kat Berlin tue.

Tapi, tahun nie aku dapat berita Maya Karin dalam proses bercerai. Tengoklah gambar dia pergi mahkamah. Lawa gila. Ayu sangat bila pakai tudung. Boleh pulak dia pakai tudung. Ingatkan alergik sebelum nie. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa perempuan yang beragama Islam, yang kata diorang nie ikut ajaran Islam, akan lebih cantik bila bertudung. Tambah bila pakai dengan kain kurung. Aku sangat minat dengan perempuan yang bertudung dan pakai baju kurung. Ok, berbalik kepada Maya Karin tadi. Aku rasa baru sekejap je dia kahwin dengan menatang lelaki tue. Sekarang dah nak bercerai pula. Kesian pula kat Maya Karin. Aku pula tiada nombor telefon dia. Kalau ada dah tentu aku telefon dia. Jadi tempat dia mengadu.hehheeh.(mesti kena marah nanti kalau telefon Maya Karin..jangan marah ekk..). Tapi aku cepat berpijak kat bumi yang nyata. Maya Karin tue tak layak untuk aku..ehhh,.Aku tak layak untuk Maya Karin. hahhaha. Aku nak ajak dia nak kereta aku? Mana la dia nak tengok kereta buruk aku tue. Lagi pun Maya Karin lagi tua dari aku. Aku suka yang lagi muda.heheheh.Buat apa ambil bekas orang kan. Bekas menatang Itali pulak tue.hahaha.Selamat Tinggal Maya Karin. Aku dah tak minat dengan kau. Kalau dulu aku tengok gak filem kau tapi sekarang aku dah tak nak tengok dah filem kau berlakon. Aku dah ada yang baru. Aku lagi suka tengok si dia yang ada kat Penang tue.eheheh

Lagi satu, zaman kau dah habis Maya..Dia nie lagi cun dari kau tau tak? Siapa dia? ini..


hehehe. Perlu ke cerita panjang lagi pasal dia? Tak perlu lahh. Lisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

3 comments:

  1. kter putus..pergi kat lisaaa lar...:-(

    ReplyDelete
  2. wahahaaha...lek la farah...ngan artist po eles ke??? heheh

    ReplyDelete
  3. maroh benor demo ko tok laki maya karin..patut pn itali tubik awal world cup..hahaha..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share