Wednesday, July 7, 2010

Menu esok hari..Sotong dari Jerman

Sebelum aku nak bicara pasal sotong yang tetiba jadi superstar sepanjang piala dunia nie, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kepada aku. Terima kasih semua. Betul hargai kalian.


Satu lagi, baru balik dari stadium malam ini. Sambut ulang tahun dengan tengok Kelantan lawan Negeri Sembilan. Permainan boleh dikatakan ok. Banyak peluang bagi Kelantan dan Negeri Sembilan tapi pada separuh masa kedua, Akmal yang masuk ganti Idlan yang cedera berjaya menjaringkan gol dan Kelantan menang hasil jaringan tersebut. Sepatutnya dapat banyak gol lagi tapi apakan daya, pemain seolah macam belum capai kecergasan sebelum ini.Cuti lama mungkin. Takpun masih dalam demam Piala Dunia. Apa pun jaringan, yang penting kemenangan untuk mengejar pendahulu liga, Selangor. Dan dari perkhabaran tadi, Selangor kalah. Bermakna Kelantan hanya beza 5 mata sekarang (aku rasa..tak berapa pasti). Masih ada peluang untuk mengejar. Yang pasti Kelantan harus kekal rekod kemenangan dan harapkan Terengganu atau Kedah atau Negeri Sembilan tewaskan Selangor nanti.

Baiklah berbalik kepada tajuk. Paul,  nama gelaran yang diberikan kepada seekor sotong kurita di pusat akuatik di Jerman semenjak bermula Piala Dunia ini sekarang ini boleh dikatakan celebriti. Kerana, dia mampu memberi ramalan yang tepat terhadap semua perlawanan yang membabitkan Jerman. Setakat ini, dia berjaya dalam kesemua ramalan dia dalam 5 perlawanan Jerman di Piala Dunia. Saintis beritahu sotong kurita adalah haiwan akuatik yang paling bijak. Tentang ramalan dia, kebanyakan orang mengambil serius dan mempercayainya betul-betul. Bagi aku, itu semua adalah kebetulan. Dan untuk perlawanan malam esok (awal pagi rabu..230 pg) sotong itu telah meramalkan yang Sepanyol akan menewaskan Jerman.


Ramai yang sudah gusar. Tapi ada setengah beritahu, pada final EURO 2008, sotong ini ramal Jerman menang tapi akhirnya Sepanyol yang menang. Jadi mungkin ramalan untuk separuh akhir nanti ini salah. Entahlah. Macam-macam karenah. Orang bila mahu percaya, apa saja boleh diambil kira kan. Sotong pun tetiba jadi terkenal. Tapi aku rasa lepas nie kalau betul lah ramalan sotong nie, alamatnya mampus dalam kuali lah sotong tue dikerat puak-puak Jerman. Wunderbar.huhuh. Takpun diorang akan lepas sotong tue dalam laut Mediterranean. Aku nasihatkan negara lain cepat-cepat beli sotong tue letak dalam aquarium. Sotong nie boleh jadi perintis Nostradomus.hahah. Ramalan aku, Jerman menang sebab nak balas kekalahan 2 tahun lepas.

Sekian saja lah. Perlukan tidur sekejap. Nanti nak bangun pula tengok Belanda lawan Uruguay. Sneider lawan Forlan.Sokong mana ek? Sokong Belanda lah sebab ada Sneider, pemain Inter.huhuh.

Ich schlafen.
Goten Nacht.

2 comments:

  1. sy sokong kekaseh hati, en.van persie!;-D
    huu belanda menang!!!
    suke3...
    tapi pengadil,sgt tidak puas hati..
    mcm saje je nk sruh uruguay sumbat gol sutir..
    (emo)

    ReplyDelete
  2. izzah - huhu.emo terus tue.pengadil hanya melakukan tugas nya sahaja.hehe

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share