Thursday, July 8, 2010

Merah muka Hitler

Skuad tentera Merah berjaya menyekat kemaraan Hitler pagi nie. Taktikalnya memang hebat. Skuad pengebom Hitler habis peluru, habis minyak, habis idea. Mungkin sebab kuat sangat bom orang lain sebelum ini. Orang cakap pisang tak boleh berbuah dua kali, tapi Hitler tetap kalah jugak 2 kali kepada skuad Merah. Apa pun skuad caturan Hitler bersedih sebab tak boleh buat apa malam nie.



Skuad Merah mendapat ilham dari kapten kelab Catalan. Seluruh penyokong skuad Merah gembira sebab dah lega hapuskan badi sebelum ini. Skuad Merah guna lembunya yang terkenal untuk menyudahkan kerja yang tertangguh. Satu tandukan si lembu merah tue dah cukup berbisa.


Terbuktilah, gadis catalan lagi umph dari gadis Munich.

Satu je?

Kena tetap gembira untuk abg Bastian

Selepas ini skuad Merah akan lawan skuad Oren.

p/s..Hari nie khamis..esok dah nak pergi Selangor. Barang-barang semua berterabur. Kena cari balik nie. sebelum terlupa. Menu breakfast nasi lemak sotong masak pedas. Sebab sotong peramal bola tue memang hebat sebab semua betul ramalan dia. Chef dari team jerman dan potong tentacle dia buat sambal pedas.haha.jom cari breakfast

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share