Sunday, July 4, 2010

Piala dunia 2010 sudah semakin menghampiri kepada kemuncaknya. Selasa dan Rabu nie, perlawanan separuh akhir akan berlangsung. Perlawanan pertama melibatkan Belanda menentang Uruguay manakala perlawanan kedua melibatkan Jerman dan Sepanyol.

Semua peminat bola sepak perlu mengakui bahawa edisi piala dunia pada tahun ini adalah antara yang paling mengejutkan. Beberapa pasukan yang dilabel sebagai mempunyai peluang untuk ke perlawanan akhir kecundang pada pasukan yang dianggap kurang berbisa. Tapi sekali lagi bola sepak membuktikan bahawa permainan ini adalah satu permainan nombor satu di dunia.Bola sepak, satu sukan yang penuh warna warni, kejutan dan kontroversi. Perancis, Itali, Brazil, England dan Argentina, semuanya sudah tersingkir daripada saingan Piala Dunia.

Antara kegagalan yang diluahkan dan dibicarakan seraya dengan kegagalan pasukan-pasukan yang terkeluar di atas adalah; kurang kecergasan, taktik yang salah, jurulatih, liga tempatan, kekurangan pemain muda dan juga nasib tidak menyebelahi mereka. Apa pun yang dibicarakan, yang menjadi satu perkara penting bagi pasukan terbabit adalah untuk mengubah sistem mereka dan mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan piala dunia 4 tahun lagi di Brazil.

Satu aspek yang boleh diselidiki adalah kejayaan pemain negara dalam liga tempatan. Sebagai contoh, pada tahun ini, Bayern Munich memasuki final Liga Juara-juara tapi kalah kepada Inter Milan. Pencapaian Bayern boleh dianggap satu kejayaan jika dibandingkan dengan pasukan lain yang lebih kuat dan ternama seperti Manchester United, Chelsea ataupun Real Madrid. Seiring dengan kejayaan Bayern, Jerman telah melangkah ke separuh akhir Piala Dunia. Jika kita lihat, hampir separuh pemain Jerman adalah pemain utama bagi skuad Bayern Munich. Klose (meskipun hilang tempat kepada Olic bagi Bayern Munich), Lahm, Bastian, Mueller, Gomez, Butt (menjadi penjaga gol gantian bagi Jerman) Badstuber, sekadar menyebut beberapa pemain. Pemain-pemain ini bermain bersama dalam skuad Bayern dan Jerman lantas mereka cepat adaptasi dengan taktik yang disalurkan oleh Joachim Loew. Tidak pelik bila mereka dapat menewaskan Argentina dan England dengan jaringan yang besar. Argentina pula,secara individunya mempunyai ramai pemain yang bertaraf dunia namun secara berpasukan mereka seakan lemah untuk bermain. Taktikal yang dicaturkan oleh Maradona tidak menjadi bagi skuad Argentina. Hampir sebahagian besar skuad Argentina bermain bagi liga berbeza dan pasukan berbeza. Higuain, Demechelis, Messi, Tevez, Angel Di Maria, Veron, Masherano. Nama yang cukup besar dalam bola sepak tapi secara berpasukan mereka masih lemah berbanding Jerman. Sekarang kita lihat pula kepada Sepanyol. Sepanyol boleh dikatakan sebagai pasukan kedua Barcelona. Lihat saja kepada kesebelasan utama mereka. Pigue dan Puyol di bahagian pertahanan. Xavi, Iniesta, Busquet dan Villa (pemain yang baru dibeli Barcelona). Belum lagi diambil kira Pedro yang selalu menjadi pemain gantian Sepanyol. Ini menunjukkan pemain Barcelona yang kalah kepada Inter dalam separuh akhir Liga Juara-Juara mempunyai semangat berpasukan yang tinggi tidak saja dalam liga tapi dalam saingan negara. Negara lain sepatutnya meniru acuan yang dibentuk oleh Jerman dan Sepanyol ini. Bagi Brazil dan Argentina, mungkin boleh diberikan pengecualian kerana liga tempatan mereka tidak begitu kompetitif jika dibandingkan dengan liga di Eropah.

Bagaimana pula dengan Itali, sedangkan Inter menang Liga Juara-Juara tahun ini? Satu persoalan yang menarik. Inter meskipun bermain di liga Itali namun hanya Santon, Balotelli dan Materazzi yang bergelar pemain Itali. Inter dibarisi oleh kebanyakkannya pemain luar. Dan ini yang menjejaskan Itali itu sendiri. Tapi kita tidak boleh menyalahkan sesebuah kelab. Mereka hanya mencari pemain yang dianggap terbaik untuk mendapatkan kejayaan yang terbaik. Sama juga dengan Arsenal. Arsenal hanya ada Walcott sebagai pemain England. Liverpool juga sama. Gerrard dan Carragher saja yang betul-betul layak menyarung jersi England. Kelab akan memilih pemain tempatan jika pemain terbabit dapat memberikan pencapaian yang terbaik bagi kelab mereka. Itali pada saingan kali ini dibarisi oleh ramai pemain Juventus. Camaronesi, iaquita, Marchisio, Cannovaro, Buffon. Malangnya Itali kecundang di peringkat kumpulan lagi. Pemain Juventus yang mewakili Itali diselar media. Juventus sendiri pada musim hadapan tidak dapat beraksi dalam liga juara-juara. Jadi siapa sebenarnya harus disalahkan?  Kelab hanya mementingkan kemenangan. Negara itu sendiri yang perlu melakukan perubahan menarik serta mencungkil lebih ramai pemain muda tempatan agar mereka dapat beraksi dalam kelab-kelab ternama liga mereka.

 Sebagai pengakhirannya, aku ingin selitkan pencapaian pemain-pemain Inter dalam saingan Piala Dunia kali ini. Can't help it, Inter die hard fan.hahaha


Secara keseluruhannya penjaga gol nombor satu Inter dan Brazil ini dilihat agak bagus. Agak mendukacitakan kerana Brazil terkeluar setelah kecundang kepada Belanda. 2 gol yang melepasi Cesar jika dikaji bukan kesalahanya. Gol pertama adalah salah Melo (kelab Juventus) dan gol kedua adalah kesalahan pertahanan Brazil yang goyah dan sambil lewa.

Kental tapi gandinganya bersama Juan dilihat seringkali tidak serasi. Mungkin perlu disalahkan untuk kedua Belanda kerana tidak mengawal dengan rapi Sneider sehingga membolehkan gol Brazil dibolosi.
Berjaya menjaringkan antara gol cantik kejohanan kali ini. Sentiasa hebat semasa menyerang tapi kemampuan dia untuk bertahan diragui dalam perlawanan menentang Kuyt kerana seringkali Kuyt dilihat dapat mengatur gerakan ke dalam kotak penalti Brazil.
Hanya bermain untuk 2 perlawanan. Mengalami kecederaan. Argentina mungkin mengalami nasib yang lebih baik dengan kehadiran Samuel di bahagian pertahanan berbanding Demechelis yang rapuh.
Tersingkir pada peringkat kumpulan namun masih berjaya menjaringkan 2 gol. Beban yang berat dipikul sebagai kapten Cameroon.
Hanya masuk sebagai pemain gantian untuk 2 perlawanan. Dalam saingan tempatan dan eropah dia sudah membuktikan ketajamannya namun Maradona lebih memilih kepada Tevez dan Higuain. Argentina mungkin lebih bernasib baik jika Higuain dan Milito bermain bersama dengan Messi dan Tevez di belakang.


Pemain yang cukup berharga bagi Inter dan dia membuktikan sekali lagi di pentas Piala Dunia buat Belanda. Di Inter dia diberi kuasa untuk mengawal bahagian tengah dan dia telah membuktikan kebolehannya. Bagi Belanda, dia dilihat diberi peranan yang sama dan membuktikan juga dia adalah antara pemain terbaik untuk Piala Dunia kali ini. 2 gol dijaringkan semasa menentang Brazil membuktikan kehebatan Sneider kepada dunia.

Tidak begitu bernasib baik kerana Serbia kecundang pada peringkat kumpulan. Namun sentuhannya sebagai pengemudi bahagian tengah Serbia dilihat masih berbisa.

Pemain serba boleh dan rajin. Meskipun kurang mendapat tempat dalam Inter tapi dia membuktikan dia berguna bagi Ghana. Menjaringkan gol pertama Ghana menentang Uruguay namun kecewa apabila Ghana tumpas dalam penentuan penalti pada suku akhir yang lepas.

Baiklah itu saja pemain Inter yang beraksi di Piala Dunia kali ini. Antara pemain Inter lain yang sepatutnya beraksi dalam Piala Dunia adalah;
Javier Zanetti dan Cambiasso ( masih bingung kenapa Maradona tak pilih mereka berdua)
Pandev (negara tak layak ke Piala Dunia)
Balotelli dan Santon ( Masih muda untuk bersama Itali)
Materazzi ( bersara)
Chivu ( Romania tidak layak )
Mariga (Kenya tidak layak)
Thiago Motta ( Dunga tidak anggap dia layak beraksi untuk Brazil)
Cordoba (Columbia tidak layak Piala Dunia)


Sekian saja untuk kali ini. Rasanya dah terlalu panjang nukilan kali ini. Terima kasih kerana membaca

p/s..entry boring ..closer to the big number.heheh

2 comments:

  1. g0 Germany! huhu..hebat bukan? +_-
    HAPPY BIRTHDAY BR0!
    ermmm sweet 26? ;)

    ReplyDelete
  2. jaa- hahah.german hebat sbb taktik dia. thank you.sweet la sangat

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share