Saturday, July 10, 2010

Syukran

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah selamat sampai ke destinasi. Perjalanan semalam berjalan lancar meskipun terserempak dengan 3 kemalangan di 3 tempat berbeza. 1 kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas mutiara. Hujan di separuh perjalanan tapi alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini berlaku.
Sudah menyelesaikan semua urusan hostel dan telah mendapat rehat secukupnya. Sekarang menunggu untuk mengerah tenaga melayan dua perlawanan malam ini. Kelantan beraksi di Shah Alam dan Piala Dunia penentuan tempat ketiga dan keempat.
Semester baru bermula lusa.Berharap dapat memperbaharui dari semester lepas dan bersedia untuk menurunkan berat badan yang dikutip sepanjang cuti.haahaha.Bersedia juga untuk sebulan lagi sebab Ramadhan akan menjelma tiba.
Kehidupan di kampus bermula. Piala Dunia sudah sampai ke kemuncaknya. Malam esok final di Dataran Merdeka.Jom ramai-ramai.

p/s..benda baru untuk semester baru.pendrive.Agak-agak berapa pendrive yang paling murah?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share