Tuesday, August 31, 2010

Tetiba teringat lagu best nie

[Jamie Foxx]
She take my money, well I'm in need
Yeah she's a triflin' friend indeed
Oh she's a gold digger way over time
That digs on me

[Chorus:]
(She give me money)
Now I ain't sayin' she a gold digger (When I'm in need)
But she ain't messin' wit no broke, broke (She steal me money)
Now I ain't sayin' she a gold digger (When I'm in need)
But she ain't messin' wit no broke, broke(I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head


[Verse 1:]
[Jamie Foxx's lyrics repeated across verse]
Cutie da bomb
Met her at a beauty salon
With a baby Louis Vuitton
Under her under arm
She said I can tell you rock
I can tell by ya charm
Far as girls you got a flock
I can tell by ya charm and ya arm
but I'm lookin' for the one
have you seen her?
My psychic told me she gonna have a ass like Serena
Trina, Jennifer Lopez, four kids
An' I gotta take all they bad ass to show-biz
Okay get ya kids but then they got they friends
I pulled up in the Benz, they all got up in
We all went to din and then I had to pay
If you fuckin' with this girl then you betta' be paid
You know why
Take too much to touch her
From what I heard she got a baby by Busta
My best friend say she used to fuck with Usher
I don't care what none of y'all say I still love her

[Chorus:]
(she give me money)
Now I ain't sayin' she a gold digger (When I'm in need)
But she ain't messin' wit no broke, broke (she give me money)
Now I ain't sayin' she a gold digger (When I'm in need)
But she ain't messin' wit no broke, broke (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head


[Verse 2:]
[Jamie Foxx's lyrics repeated across verse]
18 years, 18 years
She got one of yo' kids, got you for 18 years
I know somebody payin' child support for one of his kids
His baby momma's car crib is bigger than his
You will see him on TV, any given Sunday
Win the Superbowl and drive off in a Hyundai
She was supposed to buy ya shorty Tyco with ya money
She went to the doctor got lipo with ya money
She walkin' around lookin' like Michael with ya money
Shoulda' got that insured, GEICO for ya moneeey(your money)
If you ain't no punk holla' we want pre-nup
WE WANT PRE-NUP!, yeah
It's something that you need to have
'Cause when she leave yo' ass she gon' leave with half
18 years, 18 years
And on her 18th birthday, he found out it wasn't his?

[Chorus:]
(she give me money)
Now I ain't sayin' she a gold digger (When I'm in need)
But she ain't messin' wit no broke, broke (she give me money)
Now I ain't sayin' she a gold digger (When I'm in need)
but she ain't messin' wit no broke, broke (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head get down (I gotta leave)
Get down girl, go 'head

Now I ain't sayin' you a gold digger, you got needs
You want a dude to smoke, but he can't buy weed
You go out to eat, can't pay, y'all can't leave
There's dishes in the back, he gotta roll up his sleeves
But while y'all washin', watch him
He gon' make it to a Benz out of that Datsun
He got that ambition, baby look in his eyes
(Ray Charles comes in)
This week he's moppin' floors, next week it's the fries
So, stick by his side
I know these dude's ballin, and yeah that's nice
And they gon' keep callin' and tryin'
But you stay right, girl
But when you get on, he leave yo' ass for a white girl


Get down girl, go 'head get down
Get down girl, go 'head get down
Get down girl, go 'head get down
Get down girl, go 'head
(She give my money)
Let me hear that back


p/s duk dengar lagu kat winamp tetiba teringat lagu ini. lagu lama tapi lirik memang kaw-kaw nyer. Aku ingat lagi mase duk udm dulu ada lec aku siap buat ringtone hp lagi lagu nie. Memang stylo lec tue.

Lambat sket.takpe kan

Selamat Menyambut Hari Merdeka.

Hari ini semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 53 kalinya.Terlewat bagi aku untuk menulis mengenai hal nie kerana sejak kebelakangan ini internet di kolej agak bodoh. Tapi apa-apa pun sekarang dah boleh jadi boleh la aku menulis mengenai sambutan merdeka nie.
Seminggu dua sebelum ini aku tengok dalam berita di media massa mengenai sambutan merdeka  pada tahun nie. Ramai yang kurang menyambut hari merdeka tahun nie dan ramai pihak yang kecewa. Mungkin satu alasan yang munasabah adalah sebabnya merdeka tahun nie jatuh dalam bulan puasa.
Ada setengah pihak kecewa sebabnya sambutan merdeka sepatutnya disambut kerana kemerdekaan adalah satu benda yang penting dalam sejarah negera kita. Ada setengah pihak pula mengutuk mengatakan generasi zaman sekarang kurang kesedaran mengenai kemerdekaan nie dan kurangnya penekanan jiwa merdeka dalam generasi zaman sekarang.
bagi aku semangat merdeka tue ada dalam setiap rakyat Malaysia dan tidak perlulah bagi pihak-pihak lain untuk mengutuk kerana tiada semangat kemerdekaan pada tahun ini. Mungkin ada orang yang lebih mementingkan semangat Ramadhan daripada merdeka pada tahun ini. dan bagi aku itu lebih penting. Jika kita lihat tahun-tahun sebelum nie dimana sambutan merdeka dianjurkan dengan begitu hebah, begitu gah dengan segala bentuk pembaziran bunga api, konsert. Adakah sambutan begitu menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat merdeka? Kita mengaku ada semangat merdeka tapi kita masih lagi terjajah dari segi mentaliti. Kita masih lagi dalam belenggu penjajah. Pihak atasan mahu kan rakyat menunjukkan semangat merdeka dengan mengibarkan bendera Malaysia tapi ramai pak-pak menteri bercuti di luar negara, memakai kereta buatan asing, berpakaian berjenama asing. Jadi apa yang merdekanya dengan perlakuan sebegitu?
Mungkin setengah pihak lupa, sambutan merdeka yang dicanangkan dalam media massa hanya bersifat sementara. Habis bulan Ogos, semua kembali kepada yang asal. Jadi apa guna sambutan sebegitu?
Menyentuh pula mengenai kesedaran merdeka. Siapa yang salah? budak-budak zaman sekarang? Tidak juga. Betul, aku akui generasi lama lebih menghargai kemerdekaan berbanding generasi sekarang. Satu cara untuk mengekalkan semangat ini adalah dengan penerapan sejarah. Tapi sistem pendidikan sekarang tidak mementingkan pun sejarah. Ya, sejarah diajar tapi tidak diberi keutamaan. Subjek sejarah hanya sekadar untuk peperiksaan.Jadi tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada pelajar. Sejarah diajar tapi tidak menyeluruh. Kerajaan memang mengutamakan subjek ini dari sekolah rendah sehingga universiti tapi penerapannya tidak menyeluruh.Satu pengubahsuaian perlu dilakukan.
Jadi begitulah serba sedikit tulisan mengenai sambutan merdeka pada malam ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua.

p/s Jumaat depan dah mahu bertolak balik.
Inter seri semalam.tak mengapa, baru perlawanan pertama.
Sudah hilang selera mahu membeli juadah berbuka. setiap petang hanya juadah sama saja. Apa lagi yang boleh dimakan? Ketam goreng mungkin.
Mahu berkira-kira membeli kad hari raya.Siapa mahu kad raya bagi alamat aku hantar umah lagi.

Sunday, August 29, 2010

Yakin Kepada-Nya

Kita hanya Hamba Allah yang hina
Aku yakin dengan kebesaran Allah
Allah Maha Penyayang
Allah Maha Adil
Allah Maha Pengampun
Aku redha dengan segala yang Allah turunkan kepada ku
Aku berserah segalanya kepada Nya
Dari Nya aku diciptakan
Kepada Nya aku akan kembali
Aku hanya mencari keredhaanNya
Aku akan terus berharap yang terbaik
Aku percaya Allah tak akan menghampakan aku
ganjaran akan datang di dunia, di akhirat
Tak kisah satu dunia membenci
Yang penting Allah tidak membenci
Allah sama sekali tidak akan membenci
akan sentiasa mencari keredhaan Nya
akan selalu mengingati Nya
setiap perkara akan selesai
cepat atau lambat itu terserah
ketenangan hakiki adalah kepada Allah
Allah akan sentiasa membantu
Allah sentiasa ada di sisi

Saturday, August 28, 2010

Jom borak sambil tunggu berbuka

Ok.sementara menunggu nak berbuka nie aku pun tergerak la nak berkhalwat sementara dengan si blogspot nie. Sekarang nie melepak di rumah member di Taman Melati. Mendonload game.ehheheh.Sambil layan muvie gak.Dah tengok From Paris With Love dan The Craziest. Filem From Paris With Love bagi aku ok lah. Action dia boleh tahan. Pelakon pun terkenal, John Travolta lagi.Jalan cerita bermula baik tapi selepas tue dah macam tipikal. Alih2 citer pasal terrorist dan pengganas tue pulak orang Arab, Pakistan la.Tapi kalau untuk tengok, layan sementara masak nasi tue ok la. Filem kedua pula, The Craziest , aku tau dari kawan aku yang citer nie best. Mula-mula ingatkan citer hantu ke ape.Tengok2 satu genre macam filem Resident Evil, 28 days later dan seangkatan dengan tue la. Tapi dalam filem nie nampak lojik la skit tak ada la zombie berkeliaran sana sini kan.Bab suspens tue kira ok la. Pelakon dia aku minat. Timothy tue yang berlakon Justified memang stylo.Secara keseluruhannya, filem nie boleh diangkat dalam satu filem pertengahan. Aku masih letak 28 days later diatas filem nie.

Tue bab filem. bab inter pulak. Ada member aku cakap blog aku dah kurang pasal bola.Maybe la kot. Aku sendiri pun tak perasan. Semalam Inter men, menentang Atletico Madrid dalam perlawanan Supercup . Inter juara Champions League bertemu Atletico , Juara Uefa di Monaco. Separuh masa pertama dua-dua pasukan seimbang rentak tapi bila masuk separuh masa kedua Atletico Madrid lebih banyak kuasai. Reyes dan Kun Aguerro akhirnya berjaya menjaringkan gol. Akhir perlawanan Diego Milito gagal jaringkan penalti. Aku tengok semalam bahagian tengah Inter kurang menyerlah. Sneider seakan hilang sengat. Milito diatas pun tak dapat bola sangat. Banyak offsaid. Mungkin masih kepenatan.Tak kisah la. Yang penting Inter dah menang treble musim lepas.hahah.Musim nie macam yang aku dah cakapkan sebelum nie, untuk mempertahankan Champions league agak susah. Untuk pertahan Serie A, mungkin perlu berkerja keras lawan Juve dan Roma. Tapi itu bergantung pada Milan yang masih berusaha ambil Ibrahimovic dari Barcelona. Kalau difikirkan balik semacam pelik je.

Baru satu musim Ibrahimovic keluar Inter sekarang dah nak balik Itali tapi main untuk musuh seteru pulak. Dia nie takde rasa sayang ke kat kelab lama. Betul la kot, pemain bola sekarang nie pentingkan duit semata-mata. Mungkin itu definisi professionalisme bagi diorang. Aku sebagai peminat Inter dah tak heran pemain macam nie. Banyak dah berlaku sebelum nie kat Inter. Dah lali.Tengok Ronaldo dulu. Tengok Seedorf, Pirlo, David Pivarro, Adriano.Tak kisah la. Sebuah kelab bukan disebabkan seorang pengurus, seorang pemain kan? Kombinasi kesemuanya.

Sekian lah dulu coretan waktu petang nie.Dah pukul 6 pun. Hendak ikut member p berbuka puasa umah sedara dia pulak petang nie.Selamat berbuka semua.

p/s malam nie layan blu-ray apa lak?

Friday, August 27, 2010

Champions League Group is out

Group A: Inter, Werder Bremen, Tottenham Hotspur, Twente
Group B: Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv
Group C: Man Utd, Valencia, Rangers, Bursaspor
Group D: Barcelona, Panathinaikos, Copenhagen, Rubin
Group E: Bayern Munich, Roma, Basel, CFR Cluj
Group F: Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, Zilina
Group G: AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre
Group H: Arsenal, Shakhtar, SC Braga, Partizan

First opinion, fair and square.
Group of death - maybe E and G
matches to watch - Inter vs Spurs, Real vs Milan, Bayern vs Roma

Inter will try and defend the cup.Forza Inter.

p/s late entry at late night

Thursday, August 26, 2010

Tertunai sudah

Sebelum nie aku ada janji ngan member aku nak buat post psl 2 org member aku dan sekarang aku buat lah.Memandangkan baru lepas terawih dan tak tau nak buat apa jadi aku pun bermeeting la dgn laptop dan menyiapkan janji kat diorang.Harapnya diorang hepi.huhuh

Nazri aka Mat Yie

Nie kawan aku mase sekolah, masuk UTP pun sekali. Orang Tasik Pauh Pasir Putih. Bila diselediki rupa-rupanya ada sedara dia adalah sedara aku jugak. Tapi jauh jugak lah. Sekarang nie dia keje kat KLCC. Tinggal kat Taman Melati. Kira nya dia nie tergolong otai engineer KLCC lah. Dulu bertapa lama jugak kat Miri. Siap ada kawan aku cakap dia nie dah jadi macam Raja kat Miri tue. Mana kan tidak, tinggal kat hotel 5 bintang setahun. Elaun tak yah citer la. Gaji tue almaklum sendiri lah. Pandu Satria Neo. Dari housemate dia merangkap kawan aku jugak, dia nie memang sportsman lah. Seme sukan dia belasah kalau time weekend. Futsal? Bola sepak 11? golf? Tennis? Badminton? seme dia main. lebih kurang atlit jugak lah. Haa, tengah mencari calon gak nie. Sesiapa yang berasal dari Kelantan, umur lebih kurang 25 tahun kebawah boleh la masuk apply. Sesiapa jadi bakal gewe dan isteri dia memang sangat bertuah sebab umah pun dia beli tapi belum siap lagi kat bandar baru bangi. Kira memang senang lah nanti. Apa-apa pun aku banyak jugak terhutang budi kat dia. Lepak umah dia. tak tau la kot-kot aku lepak umah dia, dia tak suka pulak kan tapi rasanya tak kot. Yie...setel doh nie tulisan pasal mu..hahaha

Rozi aka Abg Ji

Yang nie special. Otai Kuala Lumpur terutama area Bangsar. Dulu sekolah sekali pastu dia masuk matrik Kulim n then masuk UM. Sekarang nie duk kat Pantai Dalam.Dalam KL kalau tak tau jalan tanya je dia. Aku kalau pergi pantai dalam memang pergi umah dia lah. Senang kalau berjalan ngan dia, confirm tak sesat. Otai bab jalan KL nie. Pandu Vios Hitam nie. Rasanya dia baru tukar kerja sekarang kat area Jalan Duta, kalau tak salah aku lah. Yang specialnya, dia dah memang top sekarang sebab baru je angkat iPhone. Kerja best, iPhone, Vios sporty plak, orang kata memang cukup lengkap lah. Dengar-dengar citer sekarang dah berplan nak berumahtangga. Alhamdulillah.Memang sangat suka berkawan dengan abg Ji. Abg Ji memang cool lah orang kata.Banyak terhutang budi jugak kat abg Ji nie. Selalunya kalau aku nak pergi tengok wayang kat Midvalley memang akan pergi ngan abg Ji lah. Selamat Abg Ji. Comel iPhone demo.keno gi tengok nanti nie.Satu perkara lupa..abg Ji asal dari Jeli.Rapat nie ngan Mustapa Muhammad.hahah

Wednesday, August 25, 2010

Sepetang di bazaar

Santai sekejap menanti waktu berbuka meskipun sekarang baru saja lepas azan Asar. Petang nie UPM anjur majlis berbuka puasa dengan Cancelor, iaitu Sultan Selangor. Aku duk tengok seminggu nie memang kuat persiapan diadakan kat Masjid UPM tue. Almaklum lah, Sultan nak datang kan. Siap ada generator lagi. Aircond kot. Jadi kepada sesiapa yang teringin nak makan bersama Sultan boleh lah berkunjung ke Masjid UPM petang nie. Tapi rasanya sekadar dapat tengok je kot Sultan duk makan bawah khemah kuning tue nanti.

Dua tiga hari nie aku dah stop sekejap pergi ke bazaar kat Sri Serdang. Dah semacam tak tau nak beli n makan apa. Dua hari nie berbuka kat kafe je. Masalah dengan makan kat kafe nie, permintaan terlampau tinggi daripada pengeluaran. Dari pukul 6 sampai 715 tue memang tersangat penuhlah kafe.Semua kedai penuh.Tempat air penuh. Tempat nasi penuh. Tempat brother siam tue takyah duk cakaplah. Memang dua hari nie aku makan ala kadar je kat kafe. Tue pun sempat-sempat je beli air dan makanan.Tapi itu yang terbaik kan? bersederhana. Rasanya lepas nie kena pergi bazaar balik.Banyak pilihan lagi.Yang best kat bazaar SS tue, nasi dagang lah. Tapi kalau nak rasa nasi lain pun ada. Nasi kerabu sedap jugak. Campur daging bakar letak solok lada. memang berseleralah berbuka puasa nantikan. Nak nasi lain? ada lagi..Nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani pun ada. Yang nasi beriani tue mahal lah skit kan. Aku tak penah try lagi.Nantilah try nasi beriani tue.Tukar selera jarang-jarang sedap jugak kan.

Bab air? tak perlu dicerita la kat sini kan.Rasa nya semua bazaar banyak air dijual.semua buah yang boleh dibuat air pasti dibuat air. Air tebu, jagung, oren, tembikai, epal, mangga.macam-macam lagi lah. Pastu pulak, air dibungkus dalam plastik besar pulak.Masuk je azan teguk air, pastu mula la kembung perut dengan air je.
Gerai yang jual ayam bakar, panggang, percik pun berlambak jugak kat SS nie. Asap gerai dorang tue memang sampai tutup jalan. Tak nak mana satu gerai, mana satu ayam.Ayam pusing atau ayam golek pun terbaik jugak. Tapi yang lagi istimewa, kambing golek.Yang ini special punya.Dah lama jugak aku duk perhatikan gerai tue. Tapi bila tanya harga memang mengancam lah.Terpaksa tahan dulu lah. Berpakat ngan kawan ok gak. takleh gak nak makan daging kambing banyak-banyak, kang tinggi pulak darah naik.

Ok, jom kita masuk bab lauk pauk.Bagi aku nasib baiklah ada gerai orang kelantan jual kalau tak asik duk makan lauk kari je lah.Lain tempat lain citarasa kan. Daripada kari atau gulai yang seakan di Jakarta baik aku makan lauk ayam goreng je.Aku tengok ada 2,3 tempat orang jual gulai kawah tapi kawan aku bagi setengah bintang kat 2 tempat dia beli gulai tue baru nie. Setengah bintang daripada 5. Jadi faham sendiri lah kan. Minyak dalam gulai tue kalau tapis boleh kot isi separuh tangki Honda Ex5 class.

Bab kuih muih pun sama. Tak banyak pilihan. Duk round kuih sama je. Popia la. Popia basah la.karipap. Donut.Kuih cara ada tapi macam buat oleh budak tadika. tak rasa langsung gula kat dalam dia.tahu la gula susah nak cari sekarang nie. Kalau takde gula sangat letak je gula merah.Nie bila kunyah kuih cara tue macam kunyah tepung je.

MasyaAllah. Bulan-bulan puasa nie kuat pulak aku duk mengomel. Patut nya lebih banyak bersabar kan. Bulan Ramadhan bukan bulan nak penuhkan perut waktu petang.Patutnya makan je ala kadar. Lepas nie berbuka puasa kat masjid lah. Jimat, lagi berkat.

Selamat berbuka semua...

p/s markah ujian dah kuar.markah kali nie bukan kata cukup makan, nak bernafas pun tak lepas.hahah.takpe..fokus kat tugasan dan final exam lah.lepas raya lah fikir semua tue. New Semester for 2010/2011 only start on 18 sept.hahah

Suara - melayan jiwang tgh hari sebelum kelas German

Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

*
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya



p/s lagu yeng perkenal.hahah.dah kena ttp pc.Usa dah dtg nak ajar german lak

Sunday, August 22, 2010

Phonetics

Last time out it was German which was really hard to consume. Now, new subject, it called phonetics. Really stressful and really blur. Don't know what to do, to read, to mumble anymore. Does not wish for an A for this subject. Would be really grateful if pass only.

Just look at the pic below, how the hell we are going to know which word or letter or symbol by knowing the place and manner of all the articulators?
And the best of all, need to transcribe many words into something else. Just imagine need to understand all the sound and symbols and spit it all out and combine with other subject and principle for transcribing.Really tired. i don't know why i really bad at this. I really tried. but still could not absorb it.

Well, don't look a glass half empty but half full right? One subject blur another subject to cover. Focus on Communication assignment which is really long and a lot.

Anyway. Happy fasting to all.

Inter Bermula


Awal pagi semalam, kempen Inter bermula. Inter juara Eropah, Itali dan Piala Itali akan memulakan kempen mempertahankan ketiga-tiga piala dengan perlawanan sulung menentang Roma merebut Piala Super Italia.Inter pasti memburu tiga piala tambahan iaitu Piala Super Eropah yang akan berlangsung Jumaat depan menentang Atletico Madrid dan pada bulan Disember, pada kejohanan kelab antarabangsa. Meskipun Inter dilihat senyap pada musim perpindahan pemain dengan Balotelli yang pergi ke Manchester City, Inter masih mempunyai ramuan untuk mempertahan dan mengulangi kejayaan musim lepas. Pada musim ini Inter akan dibimbing Benitez. Aku yakin dan percaya benitez mampu membawa Inter sama seperti yang Mourinho lakukan musim lepas. Pada musim ini pastinya laluan lebih sukar kerana dilihat semua pasukan gergasi mula memperkuatkan skuad masing-masing.

Dalam liga Itali, Juventus dilihat banyak melakukan perubahan. AC Milan kurang dalam persiapan namun masih berbisa. Roma juga masih mengekalkan sebahagian besar pemain musim lepas dan ditambah dengan Adriano, bekas penyerang Inter. Inter mungkin menghadapi cabaran daripada Roma dan Juventus dalam merebut takhta liga tapi yang pasti, bulan Mei tahun depan, Inter Milan akan sekali lagi bergelar juara Itali.

Di Eropah pula, Bayern Munich pasti mahu membalas dendam dalam perlawanan akhir musim lepas. Real Madrid dilihat satu kuasa besar dengan kehadiran ramai muka baru dan Mourinho, pengurus yang tidak asing lagi. Barcelona menambah David Villa untuk merebut kembali piala. Manchester United dan Chelsea pasti mahu mengubati luka musim lepas. Saingan di Eropah pasti menarik untuk musim ini. Laluan Inter mungkin agak mencabar dalam mempertahankan kejuaraan. Namun, aku percaya, skuad Inter sudah cukup sedia untuk semua itu.

p/s salah satu sebab aku sokong Inter..lihat gambar dibawah..hahah.dan ini juga adalah salah satu senjata tambahan Inter.

Tapi jika musim baru ini Inter gagal mempertahan kejuaraan musim lepas, aku sudah cukup berpuas hati dengan musim lepas. tahun 2010 adalah tahun untuk Inter dan aku akan kenang tahun ini sampai bila-bila.Forza Inter. Inter forever..

Saturday, August 21, 2010

Orang Kelate bahasanya unik. Setuju tak? ambik mano tuh?

UTK REFRESH BALIK... takut2 ado hok tok ingat doh...... maklumlah duk lluar lamo..... kalu balik kappong tok la malu

Vocabulary :

Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar, Gletah - mengenyam, getik
saksoba - Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh:

POZEK (deposit),
RIZAT (1.result (keputusan), 2. reserve (pemain simpanan)
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber) pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..

Antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan dianggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:

CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja).

PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...

JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain maksudnya.

NYOR KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!

TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)

AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...) Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.

NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antara kawan. cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...

SUKU SAKAT : bagi kita, bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!! spt gak perkataan bujang (buje) membawa erti janda kalu di Kelantan.

SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan 'an', 'am', 'ang' diganti dengan `e'. cth :

Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam (mangga) & pelan. (nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh, tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!

Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless). Atau keliru diantara KECEK('ngenen' ) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)

p/s special thanks to this blog for this entry.

jadi kepada semua ore kelate, rasonya mesti pehe belako doh bahaso-bahaso dalam tulise atah tue.kalu ore luar tue mungkin susoh skit. takpo nanti aku nok mintok tolong ore ganu pulok buat ginih.aku duk 3 tahun ganu pun banyok lagi tok pehe bahaso dio.unik jugok bahaso gano tue.kalu ore pahang pulok meme tok bezo mano rasonyo.mungkin tok besor bbenor jah.hhuhuhu.takpo, kito tunggu blogger ganu wat entry vocab sek ganu. ganu byk pecoh jugok.nok2 sek Qube-->sek kuala berang jah nie.hahah.

Ramadhan di UPM

Tahun nie dah dua tahun aku menyambut Ramadhan di UPM, Selangor. Sebelum nie 3 tahun di Terengganu. Sebelum itu 3/4 tahun di Perak. Aku tak nafikan setiap negeri ada cara yang tersendiri dalam menyambut bulan Ramadhan tapi yang pasti bazaar Ramadhan pasti banyak, terutama berdekatan dengan kawasan universiti.

Sama juga dengan UPM, bazaar Ramadhan yang boleh dikatakan besar ada di Sri Serdang. Tapi kalau macam malas, boleh je pergi depan Dewan Besar tue tapi takut nanti kecewa je dengan pilihan makanan yang ada kan. Dekat Sri Serdang tue, banyak gerai tapi aku, sebagai rakyat kelantan agak kecewa sebab tak banyak kuih seperti di Kota Bharu yang dijual. Yang banyak je hanya donut, karipap. Kuih tipikal. Akok ada dijual tapi setakat leh makan je lah. Sekarang nie orang jual tak fikir dah bab sedap ke tak, diorang tahu jual je, asal masuk duit. Ingat orang berpuasa nie lapar sangat sampai tak tahu nak beza yang mana sedap atau tidak gamaknya.

 
Cuma satu yang aku suka bab bazaar nie sebab ada nasi dagang Kelate. Nie memang nasi dagang yang 'pure' Kelantan punya. Boleh dikatakan selalulah jugak aku beli. Teringin jugak nak beli daging kambing tapi macam mahal sangat dan satu lagi takut nanti darah naik tinggi. Takpe, lama lagi leh beli kat sana.

Bazaar Putrajaya pun tak kurang hebat. Tapi kena pergi awal sebab jalan mungkin jem. Satu petang tue aku pergi dengan kawan-kawan aku terserempak dengan Najib (PM) duk pusing-pusing cari makanan.Tapi aku tengok last-last tak beli gak dia. Bazaar nie besar. Orang pun ramai. Macam-macam juadah ada. Kalau nak banding dengan Sri Serdang, kat sini lagi mahal. Tapi berbaloi sebab macam-macam pilihan ada. Tapi kecewa gak aku sebab hari tue duk cari-cari kek batik tak jumpa-jumpa. Nasib baik kat sini ada jugak dijual kuih cara berlauk. Nak kata sama macam yang di bazaar stadium KB tue tak boleh lah tapi ok lah. bentuk pun dah sama kira ok la kan. baik makan kuih cara tue dari makan kek lapis yang setiap lapisan tue keras gile.


Petang nie jom ramai-ramai p bazaar Ramadhan stadium.Malam nie lepas terawih layan colek pulak.


p/s..Pagi esok dah pergi KL balik.takpe.walaupun sekejap tapi berbaloi sebab boleh tido lena, berkualiti.hahaha.Kalau tempah bufet berbuka di Hotel ada tak bawah RM10?

Friday, August 20, 2010

Juadah Di Rumah

Aku tak balik umah lagi tapi malam ini mendarat la di bumi tercinta Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.Perkara mula-mula yang aku nak esok hari, satu..cari kuih cara berlauk di stadium.Kedua cari kek batik. Selama beberapa hari dah berbuka kat UPM nie, kat bazaar Ramadhan sri serdang ngan Putrajaya tak berjumpa pun aku dengan kek batik. takkan kek tue dah pupus kot. Perkara ketiga pastilah makan colek malam esok. Boleh layan bola sambil makan colek. Musim bola sepak Eropah dah pun bermula nie.
Apa-apa pun selamat berbuka kepada semua. Mahu pergi mencari makanan berbuka sekejap. Selepas ini mahu check in pulak

sungguh sedap berbuka puasa di kelate

Saturday, August 14, 2010

Kawan Paling Baik?


Apa yang boleh kita definisikan dengan kawan yang paling baik?
Apa criteria yang membuatkan kita mengatakan bahawa seseorang itu adalah kawan yang paling baik kita ada? Apa yang membuatkan orang lain mengatakan yang kita adalah kawan yang paling baik dia pernah ada?
Manusia sentiasa berubah.Aku sentiasa percaya kepada itu. Manusia berubah kepada masa, tempat dan suasana. Hendak atau tidak kita terpaksa percaya kepada itu semua. Kawan juga seperti itu. Mereka semua akan berubah. Berubah kepada yang baik dan ada yang berubah kepada yang lebih buruk. Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengekalkan semua perkara kepada yang asal. Semua perlu berubah. Kita sendiri juga berubah. Secara sedar atau tidak kita semua berubah untuk memenuhi tuntutan hidup. Sama juga dalam persahabatan. Ada yang berkahwin. Ada yang berpindah. Ada yang meninggal. Ada yang melupakan kita. Ada yang kita lupakan kita. Ada kawan baru yang kita jumpai. Ada kawan lama yang kita tinggalkan. Sama ada disebabkan sebab tertentu ataupun secara tidak langsung, kawan dan kita perlu berubah. Kita boleh sentiasa mengenangkan perkara tersebut ataupun terus melangkah kehadapan. Bergerak seiring dengan masa. Orang cakap masa akan mengubati semuanya. Mungkin ya, mungkin juga tidak.Namun yang pastinya kita perlu bergerak. Persahabatan bagi aku tidak akan pernah luntur. Sama ada ingat atau tidak, sejak dari awal perkenalan, di saat mula-mula bertemu, di saat itu satu perjanjian telah termaktub yang persahabatan didoakan semoga berkekalan sehingga ke akhirat. Apa perkara yang terjadi atas di dunia ini ada hikmahnya semuanya. Kita perlu akui bahawa tidak semua perkara di bawah bidang kuasa kita. Ada kawan yang menjadi musuh. Ada kawan yang kita benci. Ada kawan yang menjadi teman hidup kita.. Ada kawan yang menjadi isteri atau suami kita. Bak kata pepatah, none is greater in this world than friendship. Friendship is better than love as it stands beyond the human mind and never hurt but the fact is friendship that turn to be love is hurting than the most sharpest sword in this world. Macam orang cakap. Kawan nak jadi kekasih  senang, tapi bekas kekasih nak jadi kawan balik teramat susah. Tanya lah kat sesiapa saja, amat susah tapi kadang-kadang yang susah itu mengajar kita pengalaman hidup.
Persahabatan juga mengajar manusia tiada erti sempadan. Kita boleh berkawan dengan sesiapa saja tak kira agama, bangsa, dan tempat. Tapi kekadang aku rasa malu dengan diri aku kerana kadang-kadang aku rasa aku sedikit prejudis terhadap ada setengah kaum melayu yang rapat dengan kaum cina.Aku akui kadang-kadang aku rasa macam meluat tengok budak melayu, sebagai contoh di UPM, yang hanya bergaul dengan kaum cina. Semacam dah tiada budak Melayu nak bergaul. Aku akui budak Cina lagi pintar dari Melayu tapi Melayu tetap Melayu. Lantaklah dengan budak tue. Satu hari nanti mungkin dia akan sedar betapa tinggi atau rendah langit tue. Mungkin juga dia ada agenda tertentu. Mana tahu mungkin dia mahu menarik atau mengajak budak Cina masuk Islam. Kalau sedemikian tak mengapalah, jangan dia yang tertarik sudah.
Baiklah. Rasanya setakat itu sajalah. Persahabatan. Satu yang indah. Kadang-kadang kita manusia nie cepat lupa, kita senang rapat dengan kawan yang baru, secara tidak sedar kita telah menjauhkan diri kita dengan kawan yang lama. Lama-lama kita tidak sedar ada hati yang akan terasa dan mungkin lebih parah, persahabatan yang telah dibina retak menanti roboh. Aku juga kadang-kadang terasa sedemikian. Aku juga kadang-kadang buat sedemikian. Jadi pada kesempatan ini aku berpesan kepada diri aku sendiri yang aku akan lebih berfikir tentang apa yang aku akan cakap dan buat dan aku sama sekali tak akan kawan-kawan aku. Tapi macam mana pula dengan kisah kawan makan kawan? Makan disini bermaksud tikam dari belakang? Rasanya pasal itu kita bincang lain hari.
Some people can forgive and forget
Some people can’t forgive and forget
Some other did not know the power of hate
Some others did not have a clue the power of forgiveness
A few knew to move on and never look back
A few more like to move on and always look back
A few like to replace the hate they had with they love they get
A little like to place the hate and love they get so that they always remember the pain they suffered
Only a little knew the pain they get is the medicine they prepared for the future

Thursday, August 12, 2010

Festival Filem Jerman Di Damansara

Sesiapa yang rasa di tak tau nak buat apa hari sabtu ini, 14 ogos, boleh la berkunjung ke Help Universiti, dekat bangunan lama, bawah Mcd, di Pusat Bandar Damansara. Boleh la tengok filem-filem jerman. Tak kena bayar apa-apa pun. Sebanyak 3 filem akan ditayangkan pada hari sabtu manakala 3 lagi pada hari Ahad. Jangan risau, filem jerman tersebut ada sarikata. Tayangan akan bermula pada pukul 2.30 petang. Aku kena dan diwajibkan pergi nanti ke sana hari Sabtu ini. Sungguh meletihkan sebenarnya. Damansara tue takde lah jauh sangat dari UPM tapi boleh dikatakan letih jugak lah nak memandu tambah lagi dengan kesesakan lalulintas. Tapi hendak buat macam mana, terpaksa pergi lah jugak. Demi bahasa Jerman yang aku ambik. Takpe, semester nie adalah semester last belajar jerman. Selepas nie, boleh ucap selamat tinggal je la kat Jerman dan sewaktu dengannya. Dah penat duk baca tapi tak paham-paham jugak bahasa Jerman tue.

Semester nie pulak ditambah dengan subjek Phonetics yang memang aku tak minat dan tersangat kosong bila pensyarah mengajar di hadapan. Aku pun pelik kenapa leaf bila di tafsir dalam simbol phonetik menjadi lif ...Siapa la yang tersangat pandai buat simbol untuk setiap sebutan dalam english nie. Pening. Minggu depan ada 2 test lagi. Language dan ICT serta Phonetics. Kena bersiap la hujung minggu nie. Selepas balik tengok festival filem jerman tue.  Harapnya filem pada hari Sabtu nie menarik lah. tak macam semester lepas.Alamatnya hari Sabtu nie berbuka di KFC takpun McD atau kedai Mamak sebab dekat Damansara tue aku tak tau kat mana ada bazaar Ramadhan dan kena berbuka sekejap je sebab kena sambung tengok filem nanti pensyarah mula pandang lain.

Sekian. Sedang menunggu kelas dalam makmal komputer. Petang nie nak berbuka dengan apa ya?

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Hari tgk anak bulan Dan mengikut perkiraan,esok kita semua Akan mula berpuasa.Kena beli kurma nie buat bekalan dlm bilik.

Selamat berpuasa kepada semua
Selamat bersahur
Selamat berterawih

Sunday, August 8, 2010

Esok dan nombor 3


Sekarang tengah addict kepada permainan Rome  Total War. Memang sangat gila.Minggu yang gila pun dah bermula. Bermula dengan esok, UPM akan dilanda dengan minggu ujian. Aku sendiri ada 3 ujian pada esok hari , berturut bermula jam 10 pagi. Memang sungguh gila.Tak mengharapkan apa-apa yang tinggi pun untuk ujian kali ini. Semester ini seperti masih banyak yang ‘blur’ lagi.Kemungkinan besar Khamis depan umat Islam Negara kita akan mula berpuasa. Jadi perlu melatih diri untuk menahan semua perkara yang mampu membatalkan puasa dan yang paling utama perlu menahan daripada makan dan minum di siang hari. Bulan Ramadhan yang datang pasti disambut dengan penuh kegembiraan kerana bulan ini membawa seribu satu rahmat dan peluang kepada semua umat Islam untuk mencari keredhaan dari Yang Ilahi.
 p/s..lepak di cc sementara mencetak kerja yang perlu dihantar esok dan nak balik dah bilik nak mula membaca nota yang akan ditanya dalam ujian esok pagi

Tuesday, August 3, 2010

Pesanan ringkas

Pesanan ringkas kepada semua pemandu.berhati semasa di atas jalan raya.jangan memandu mengikut emosi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada dah duit pendapatan

Sunday, August 1, 2010

Tree

A tree is consist with 2 main part. The root and the upper part.In grammar there is also a tree. A tree that need to be done and sent to lecturer. In the world of ICT today, lecturer still insist in handwriting. But in fact, drawing a grammar tree is better using hand than using computer. So what is tree in grammar. for example. the word " lovely" consist of love and affixes -ly. love is noun class added to suffix -ly than the new word 'lovely' is adverb class or adjective. So that's it, some insight view of the constituent structure.

p/s some short writings about the assignment that needed to be done.but the truth is, i just bored although just finish watching CSI and successfully be able to download and hopefully be able to play one of the game that for years i had been searching - ROME  Total war.

RM10,000..Habis dalam masa 3 jam


Jumaat lepas aku ke Plaza Low Yatt. Semua dah tau, tempat ini penuh dengan pelbagai benda yang berkaitan dengan teknologi.  Bagi aku, tempat ini menawarkan harga yang paling berpatutan, barangan yang paling terkini dan dapat cari semua barang yang berkaitan dengan ICT. Samada mahu cari hp baru, komputer baru, kamera baru mahupun wayar yang terbaru. Plaza Low Yatt menawarkan semua. Malah, plaza nie juga menawarkan tempat untuk mendapatkan wang dengan paling cepat, tapi itu pun bergantung kepada nasib. Berjudi.Yup..Ada satu sudut kecil dalam plaza nie, tempat untuk berjudi menggunakan komputer. Tapi bab itu kita bincang lain kali.  Setiap kali aku masuk Plaza Low Yatt, mesti mata jadi rambang. Mesti hati mahu saja beli semua barangan yang paling latest, yang paling berjenama, yang paling mahal. Tapi setiap kali pergi mesti terpaksa ikut keperluan saja. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengikut kata hati kalau tidak mesti mati.hahaha.

Ok, kalau ada orang yang bermurah hati bagi aku RM10,000 dan perlu habiskan dalam satu tempat, low yatt, dalam masa 3 jam, apa yang perlu aku buat?

Ok..pertama sekali pasti beli PS3. Harga PS3 sekarang bila aku tanya salesman tue, dia cakap dalam RM1000. Jadi tinggal lagi 9K kan.Bila beli PS3, kena la beli tv pulak kan. TV yang paling up sekarang, pastilah LCD ataupun plasma yang boleh full hd, baru best tgk Astro beyond. Jadi angkat tv sebiji, harga lebih kurang 2K..Tinggal lagi 7K kan?

Apa lagi nak buat dengan 7K dengan masa yang tinggal 2 jam lagi setelah sejam membeli dan memilih PS3 dan Samsung LCD TV 32 inci full hd?

Barangan seterusnya pastilah macbook pro. laptop berjenama Apple nie paling murah (yang second hand aku tengok tempoh hari) 2K, jadi angkat yang second hand pun jadilah. Jadi duit yang tinggal pastilah 5K kan.
Barangan seterusnya, kamera DSLR. Aku duk bercakap dengan seorang salesman, bagi beginner, canon DSLR yang aku dah lupa D berapa entah yang paling sesuai bagi orang yang baru nak mula adalah dalam linkungan RM1800.Kita bundarkan kepada 2K lah senang nak kira nanti. Jadi 5K tolak 2K maka tinggal lagi 3K kan.

Barangan seterusnya dengan hanya tinggal 1 jam pastilah iphone.Kalau nak amek iphone 4g dah terlebih 3K tue jadi angkat iphone 3gs sudah. Iphone 3gs dah boleh dapat dalam lingkungan 2K. Sekarang tinggal lagi 1K.

Apa lagi barangan yang boleh dibeli dengan 1K?hmmm. susah jugak nie. Masa tinggal setengah jam lagi.Beli saja speaker berharga 400 yang pasti leh kasi pecah cermin bilik. 200 lagi untuk external hard disk yang berkapasiti 500gb.Beli pulak mouse yang berharga 100  dan beg yang muat laptop berharga 200. Seratus terakhir beli saja barangan seperti extension untuk semua barangan tadi,meja laptop dan cooler pad.
selesai sudah.Jom kira balik berapa barangan yang boleh didapati dengan RM10000 dalam masa 3 jam

  • PS3
  • Apple Macbook
  • Canon DSLR
  • iphone 3gs
  • Altec Lansing Speaker
  • Western Digital External Hard Disk
  • Power Surge Extension
  • Cooler master pad
  • Laptop table
  • Samsung 32 inch Full HD Lcd TV
Selesai sudah.Itulah barangan yang berkemungkinan aku akan beli jika diberikan 10K yang boleh dihabiskan dalam masa 3 jam.Macam mana pulak kalau bagi 100K atau 50K?Kalau nak bagi angan-angan, memang tak akan habis la nak tulis kan.hahahah

Jom Share