Sunday, August 8, 2010

Esok dan nombor 3


Sekarang tengah addict kepada permainan Rome  Total War. Memang sangat gila.Minggu yang gila pun dah bermula. Bermula dengan esok, UPM akan dilanda dengan minggu ujian. Aku sendiri ada 3 ujian pada esok hari , berturut bermula jam 10 pagi. Memang sungguh gila.Tak mengharapkan apa-apa yang tinggi pun untuk ujian kali ini. Semester ini seperti masih banyak yang ‘blur’ lagi.Kemungkinan besar Khamis depan umat Islam Negara kita akan mula berpuasa. Jadi perlu melatih diri untuk menahan semua perkara yang mampu membatalkan puasa dan yang paling utama perlu menahan daripada makan dan minum di siang hari. Bulan Ramadhan yang datang pasti disambut dengan penuh kegembiraan kerana bulan ini membawa seribu satu rahmat dan peluang kepada semua umat Islam untuk mencari keredhaan dari Yang Ilahi.
 p/s..lepak di cc sementara mencetak kerja yang perlu dihantar esok dan nak balik dah bilik nak mula membaca nota yang akan ditanya dalam ujian esok pagi

1 comment:

  1. awal sek UPN strt test..aku W7 br ader first test..hehe.. selamat berpuasa k!

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share