Thursday, August 12, 2010

Festival Filem Jerman Di Damansara

Sesiapa yang rasa di tak tau nak buat apa hari sabtu ini, 14 ogos, boleh la berkunjung ke Help Universiti, dekat bangunan lama, bawah Mcd, di Pusat Bandar Damansara. Boleh la tengok filem-filem jerman. Tak kena bayar apa-apa pun. Sebanyak 3 filem akan ditayangkan pada hari sabtu manakala 3 lagi pada hari Ahad. Jangan risau, filem jerman tersebut ada sarikata. Tayangan akan bermula pada pukul 2.30 petang. Aku kena dan diwajibkan pergi nanti ke sana hari Sabtu ini. Sungguh meletihkan sebenarnya. Damansara tue takde lah jauh sangat dari UPM tapi boleh dikatakan letih jugak lah nak memandu tambah lagi dengan kesesakan lalulintas. Tapi hendak buat macam mana, terpaksa pergi lah jugak. Demi bahasa Jerman yang aku ambik. Takpe, semester nie adalah semester last belajar jerman. Selepas nie, boleh ucap selamat tinggal je la kat Jerman dan sewaktu dengannya. Dah penat duk baca tapi tak paham-paham jugak bahasa Jerman tue.

Semester nie pulak ditambah dengan subjek Phonetics yang memang aku tak minat dan tersangat kosong bila pensyarah mengajar di hadapan. Aku pun pelik kenapa leaf bila di tafsir dalam simbol phonetik menjadi lif ...Siapa la yang tersangat pandai buat simbol untuk setiap sebutan dalam english nie. Pening. Minggu depan ada 2 test lagi. Language dan ICT serta Phonetics. Kena bersiap la hujung minggu nie. Selepas balik tengok festival filem jerman tue.  Harapnya filem pada hari Sabtu nie menarik lah. tak macam semester lepas.Alamatnya hari Sabtu nie berbuka di KFC takpun McD atau kedai Mamak sebab dekat Damansara tue aku tak tau kat mana ada bazaar Ramadhan dan kena berbuka sekejap je sebab kena sambung tengok filem nanti pensyarah mula pandang lain.

Sekian. Sedang menunggu kelas dalam makmal komputer. Petang nie nak berbuka dengan apa ya?

3 comments:

  1. berbuka la dgn kurma jer..hikhikhik

    ReplyDelete
  2. farah - berbuka dengan nasi dagang lagi nih.huhuh

    taq - mu setuju sokmo.hahah

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share