Sunday, August 22, 2010

Inter Bermula


Awal pagi semalam, kempen Inter bermula. Inter juara Eropah, Itali dan Piala Itali akan memulakan kempen mempertahankan ketiga-tiga piala dengan perlawanan sulung menentang Roma merebut Piala Super Italia.Inter pasti memburu tiga piala tambahan iaitu Piala Super Eropah yang akan berlangsung Jumaat depan menentang Atletico Madrid dan pada bulan Disember, pada kejohanan kelab antarabangsa. Meskipun Inter dilihat senyap pada musim perpindahan pemain dengan Balotelli yang pergi ke Manchester City, Inter masih mempunyai ramuan untuk mempertahan dan mengulangi kejayaan musim lepas. Pada musim ini Inter akan dibimbing Benitez. Aku yakin dan percaya benitez mampu membawa Inter sama seperti yang Mourinho lakukan musim lepas. Pada musim ini pastinya laluan lebih sukar kerana dilihat semua pasukan gergasi mula memperkuatkan skuad masing-masing.

Dalam liga Itali, Juventus dilihat banyak melakukan perubahan. AC Milan kurang dalam persiapan namun masih berbisa. Roma juga masih mengekalkan sebahagian besar pemain musim lepas dan ditambah dengan Adriano, bekas penyerang Inter. Inter mungkin menghadapi cabaran daripada Roma dan Juventus dalam merebut takhta liga tapi yang pasti, bulan Mei tahun depan, Inter Milan akan sekali lagi bergelar juara Itali.

Di Eropah pula, Bayern Munich pasti mahu membalas dendam dalam perlawanan akhir musim lepas. Real Madrid dilihat satu kuasa besar dengan kehadiran ramai muka baru dan Mourinho, pengurus yang tidak asing lagi. Barcelona menambah David Villa untuk merebut kembali piala. Manchester United dan Chelsea pasti mahu mengubati luka musim lepas. Saingan di Eropah pasti menarik untuk musim ini. Laluan Inter mungkin agak mencabar dalam mempertahankan kejuaraan. Namun, aku percaya, skuad Inter sudah cukup sedia untuk semua itu.

p/s salah satu sebab aku sokong Inter..lihat gambar dibawah..hahah.dan ini juga adalah salah satu senjata tambahan Inter.

Tapi jika musim baru ini Inter gagal mempertahan kejuaraan musim lepas, aku sudah cukup berpuas hati dengan musim lepas. tahun 2010 adalah tahun untuk Inter dan aku akan kenang tahun ini sampai bila-bila.Forza Inter. Inter forever..

1 comment:

  1. elo.haha good luck inter.

    aku tak suka inter sebab inter jahat.dulu main PS kawan aku suka guna Adriano.dia score banyak-banyak.hari-hari kalah.aku tak suka inter sbb tu la.hehe

    tapi aku kagum dengan maicon.walter samuel.

    ARSENAL.


    Gula dan Kepentingannya

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share