Saturday, August 28, 2010

Jom borak sambil tunggu berbuka

Ok.sementara menunggu nak berbuka nie aku pun tergerak la nak berkhalwat sementara dengan si blogspot nie. Sekarang nie melepak di rumah member di Taman Melati. Mendonload game.ehheheh.Sambil layan muvie gak.Dah tengok From Paris With Love dan The Craziest. Filem From Paris With Love bagi aku ok lah. Action dia boleh tahan. Pelakon pun terkenal, John Travolta lagi.Jalan cerita bermula baik tapi selepas tue dah macam tipikal. Alih2 citer pasal terrorist dan pengganas tue pulak orang Arab, Pakistan la.Tapi kalau untuk tengok, layan sementara masak nasi tue ok la. Filem kedua pula, The Craziest , aku tau dari kawan aku yang citer nie best. Mula-mula ingatkan citer hantu ke ape.Tengok2 satu genre macam filem Resident Evil, 28 days later dan seangkatan dengan tue la. Tapi dalam filem nie nampak lojik la skit tak ada la zombie berkeliaran sana sini kan.Bab suspens tue kira ok la. Pelakon dia aku minat. Timothy tue yang berlakon Justified memang stylo.Secara keseluruhannya, filem nie boleh diangkat dalam satu filem pertengahan. Aku masih letak 28 days later diatas filem nie.

Tue bab filem. bab inter pulak. Ada member aku cakap blog aku dah kurang pasal bola.Maybe la kot. Aku sendiri pun tak perasan. Semalam Inter men, menentang Atletico Madrid dalam perlawanan Supercup . Inter juara Champions League bertemu Atletico , Juara Uefa di Monaco. Separuh masa pertama dua-dua pasukan seimbang rentak tapi bila masuk separuh masa kedua Atletico Madrid lebih banyak kuasai. Reyes dan Kun Aguerro akhirnya berjaya menjaringkan gol. Akhir perlawanan Diego Milito gagal jaringkan penalti. Aku tengok semalam bahagian tengah Inter kurang menyerlah. Sneider seakan hilang sengat. Milito diatas pun tak dapat bola sangat. Banyak offsaid. Mungkin masih kepenatan.Tak kisah la. Yang penting Inter dah menang treble musim lepas.hahah.Musim nie macam yang aku dah cakapkan sebelum nie, untuk mempertahankan Champions league agak susah. Untuk pertahan Serie A, mungkin perlu berkerja keras lawan Juve dan Roma. Tapi itu bergantung pada Milan yang masih berusaha ambil Ibrahimovic dari Barcelona. Kalau difikirkan balik semacam pelik je.

Baru satu musim Ibrahimovic keluar Inter sekarang dah nak balik Itali tapi main untuk musuh seteru pulak. Dia nie takde rasa sayang ke kat kelab lama. Betul la kot, pemain bola sekarang nie pentingkan duit semata-mata. Mungkin itu definisi professionalisme bagi diorang. Aku sebagai peminat Inter dah tak heran pemain macam nie. Banyak dah berlaku sebelum nie kat Inter. Dah lali.Tengok Ronaldo dulu. Tengok Seedorf, Pirlo, David Pivarro, Adriano.Tak kisah la. Sebuah kelab bukan disebabkan seorang pengurus, seorang pemain kan? Kombinasi kesemuanya.

Sekian lah dulu coretan waktu petang nie.Dah pukul 6 pun. Hendak ikut member p berbuka puasa umah sedara dia pulak petang nie.Selamat berbuka semua.

p/s malam nie layan blu-ray apa lak?

1 comment:

  1. Cari cite sedap2 skit..nk wat layan time cyti raye nnt..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share