Saturday, August 14, 2010

Kawan Paling Baik?


Apa yang boleh kita definisikan dengan kawan yang paling baik?
Apa criteria yang membuatkan kita mengatakan bahawa seseorang itu adalah kawan yang paling baik kita ada? Apa yang membuatkan orang lain mengatakan yang kita adalah kawan yang paling baik dia pernah ada?
Manusia sentiasa berubah.Aku sentiasa percaya kepada itu. Manusia berubah kepada masa, tempat dan suasana. Hendak atau tidak kita terpaksa percaya kepada itu semua. Kawan juga seperti itu. Mereka semua akan berubah. Berubah kepada yang baik dan ada yang berubah kepada yang lebih buruk. Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengekalkan semua perkara kepada yang asal. Semua perlu berubah. Kita sendiri juga berubah. Secara sedar atau tidak kita semua berubah untuk memenuhi tuntutan hidup. Sama juga dalam persahabatan. Ada yang berkahwin. Ada yang berpindah. Ada yang meninggal. Ada yang melupakan kita. Ada yang kita lupakan kita. Ada kawan baru yang kita jumpai. Ada kawan lama yang kita tinggalkan. Sama ada disebabkan sebab tertentu ataupun secara tidak langsung, kawan dan kita perlu berubah. Kita boleh sentiasa mengenangkan perkara tersebut ataupun terus melangkah kehadapan. Bergerak seiring dengan masa. Orang cakap masa akan mengubati semuanya. Mungkin ya, mungkin juga tidak.Namun yang pastinya kita perlu bergerak. Persahabatan bagi aku tidak akan pernah luntur. Sama ada ingat atau tidak, sejak dari awal perkenalan, di saat mula-mula bertemu, di saat itu satu perjanjian telah termaktub yang persahabatan didoakan semoga berkekalan sehingga ke akhirat. Apa perkara yang terjadi atas di dunia ini ada hikmahnya semuanya. Kita perlu akui bahawa tidak semua perkara di bawah bidang kuasa kita. Ada kawan yang menjadi musuh. Ada kawan yang kita benci. Ada kawan yang menjadi teman hidup kita.. Ada kawan yang menjadi isteri atau suami kita. Bak kata pepatah, none is greater in this world than friendship. Friendship is better than love as it stands beyond the human mind and never hurt but the fact is friendship that turn to be love is hurting than the most sharpest sword in this world. Macam orang cakap. Kawan nak jadi kekasih  senang, tapi bekas kekasih nak jadi kawan balik teramat susah. Tanya lah kat sesiapa saja, amat susah tapi kadang-kadang yang susah itu mengajar kita pengalaman hidup.
Persahabatan juga mengajar manusia tiada erti sempadan. Kita boleh berkawan dengan sesiapa saja tak kira agama, bangsa, dan tempat. Tapi kekadang aku rasa malu dengan diri aku kerana kadang-kadang aku rasa aku sedikit prejudis terhadap ada setengah kaum melayu yang rapat dengan kaum cina.Aku akui kadang-kadang aku rasa macam meluat tengok budak melayu, sebagai contoh di UPM, yang hanya bergaul dengan kaum cina. Semacam dah tiada budak Melayu nak bergaul. Aku akui budak Cina lagi pintar dari Melayu tapi Melayu tetap Melayu. Lantaklah dengan budak tue. Satu hari nanti mungkin dia akan sedar betapa tinggi atau rendah langit tue. Mungkin juga dia ada agenda tertentu. Mana tahu mungkin dia mahu menarik atau mengajak budak Cina masuk Islam. Kalau sedemikian tak mengapalah, jangan dia yang tertarik sudah.
Baiklah. Rasanya setakat itu sajalah. Persahabatan. Satu yang indah. Kadang-kadang kita manusia nie cepat lupa, kita senang rapat dengan kawan yang baru, secara tidak sedar kita telah menjauhkan diri kita dengan kawan yang lama. Lama-lama kita tidak sedar ada hati yang akan terasa dan mungkin lebih parah, persahabatan yang telah dibina retak menanti roboh. Aku juga kadang-kadang terasa sedemikian. Aku juga kadang-kadang buat sedemikian. Jadi pada kesempatan ini aku berpesan kepada diri aku sendiri yang aku akan lebih berfikir tentang apa yang aku akan cakap dan buat dan aku sama sekali tak akan kawan-kawan aku. Tapi macam mana pula dengan kisah kawan makan kawan? Makan disini bermaksud tikam dari belakang? Rasanya pasal itu kita bincang lain hari.
Some people can forgive and forget
Some people can’t forgive and forget
Some other did not know the power of hate
Some others did not have a clue the power of forgiveness
A few knew to move on and never look back
A few more like to move on and always look back
A few like to replace the hate they had with they love they get
A little like to place the hate and love they get so that they always remember the pain they suffered
Only a little knew the pain they get is the medicine they prepared for the future

5 comments:

  1. kawan..sentiasa ader yg mencemburui..adui..

    ReplyDelete
  2. taq - 3 kali betol tue.huhuh

    ainul - meme doh nul

    farah - itu sudah pasti.heheh

    jaa - adat berkawan macam berhubungan.huhuh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share