Tuesday, August 31, 2010

Lambat sket.takpe kan

Selamat Menyambut Hari Merdeka.

Hari ini semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 53 kalinya.Terlewat bagi aku untuk menulis mengenai hal nie kerana sejak kebelakangan ini internet di kolej agak bodoh. Tapi apa-apa pun sekarang dah boleh jadi boleh la aku menulis mengenai sambutan merdeka nie.
Seminggu dua sebelum ini aku tengok dalam berita di media massa mengenai sambutan merdeka  pada tahun nie. Ramai yang kurang menyambut hari merdeka tahun nie dan ramai pihak yang kecewa. Mungkin satu alasan yang munasabah adalah sebabnya merdeka tahun nie jatuh dalam bulan puasa.
Ada setengah pihak kecewa sebabnya sambutan merdeka sepatutnya disambut kerana kemerdekaan adalah satu benda yang penting dalam sejarah negera kita. Ada setengah pihak pula mengutuk mengatakan generasi zaman sekarang kurang kesedaran mengenai kemerdekaan nie dan kurangnya penekanan jiwa merdeka dalam generasi zaman sekarang.
bagi aku semangat merdeka tue ada dalam setiap rakyat Malaysia dan tidak perlulah bagi pihak-pihak lain untuk mengutuk kerana tiada semangat kemerdekaan pada tahun ini. Mungkin ada orang yang lebih mementingkan semangat Ramadhan daripada merdeka pada tahun ini. dan bagi aku itu lebih penting. Jika kita lihat tahun-tahun sebelum nie dimana sambutan merdeka dianjurkan dengan begitu hebah, begitu gah dengan segala bentuk pembaziran bunga api, konsert. Adakah sambutan begitu menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat merdeka? Kita mengaku ada semangat merdeka tapi kita masih lagi terjajah dari segi mentaliti. Kita masih lagi dalam belenggu penjajah. Pihak atasan mahu kan rakyat menunjukkan semangat merdeka dengan mengibarkan bendera Malaysia tapi ramai pak-pak menteri bercuti di luar negara, memakai kereta buatan asing, berpakaian berjenama asing. Jadi apa yang merdekanya dengan perlakuan sebegitu?
Mungkin setengah pihak lupa, sambutan merdeka yang dicanangkan dalam media massa hanya bersifat sementara. Habis bulan Ogos, semua kembali kepada yang asal. Jadi apa guna sambutan sebegitu?
Menyentuh pula mengenai kesedaran merdeka. Siapa yang salah? budak-budak zaman sekarang? Tidak juga. Betul, aku akui generasi lama lebih menghargai kemerdekaan berbanding generasi sekarang. Satu cara untuk mengekalkan semangat ini adalah dengan penerapan sejarah. Tapi sistem pendidikan sekarang tidak mementingkan pun sejarah. Ya, sejarah diajar tapi tidak diberi keutamaan. Subjek sejarah hanya sekadar untuk peperiksaan.Jadi tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada pelajar. Sejarah diajar tapi tidak menyeluruh. Kerajaan memang mengutamakan subjek ini dari sekolah rendah sehingga universiti tapi penerapannya tidak menyeluruh.Satu pengubahsuaian perlu dilakukan.
Jadi begitulah serba sedikit tulisan mengenai sambutan merdeka pada malam ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua.

p/s Jumaat depan dah mahu bertolak balik.
Inter seri semalam.tak mengapa, baru perlawanan pertama.
Sudah hilang selera mahu membeli juadah berbuka. setiap petang hanya juadah sama saja. Apa lagi yang boleh dimakan? Ketam goreng mungkin.
Mahu berkira-kira membeli kad hari raya.Siapa mahu kad raya bagi alamat aku hantar umah lagi.

3 comments:

  1. Sambutan kemerdekaan untuk generasi sekarang adalah bunga api dan count down. Rasanya dah jauh menyimpang dah dari erti sebenar. Aku nak quote ayat dari sorang blogger yang aku baca, sambut 10 terakhir ramadhan adalah lagi baik dari sambut kemerdekaan mengikut istilah generasi skarang. Aku rasa, ada betul tu.

    ReplyDelete
  2. apa benda yg merdeka lie???? papehal gua tmpang lu balik.. jgn singkirkan gua.. dlm bonet pn gua snggp..

    ReplyDelete
  3. grunge - betul tue grunge.aku sokong 200 peratus.dari bersiap sambut merdeka baik sambut hari raya cari duit lebih.kan?

    yeng - cehh.siap duit duluh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share