Saturday, August 21, 2010

Ramadhan di UPM

Tahun nie dah dua tahun aku menyambut Ramadhan di UPM, Selangor. Sebelum nie 3 tahun di Terengganu. Sebelum itu 3/4 tahun di Perak. Aku tak nafikan setiap negeri ada cara yang tersendiri dalam menyambut bulan Ramadhan tapi yang pasti bazaar Ramadhan pasti banyak, terutama berdekatan dengan kawasan universiti.

Sama juga dengan UPM, bazaar Ramadhan yang boleh dikatakan besar ada di Sri Serdang. Tapi kalau macam malas, boleh je pergi depan Dewan Besar tue tapi takut nanti kecewa je dengan pilihan makanan yang ada kan. Dekat Sri Serdang tue, banyak gerai tapi aku, sebagai rakyat kelantan agak kecewa sebab tak banyak kuih seperti di Kota Bharu yang dijual. Yang banyak je hanya donut, karipap. Kuih tipikal. Akok ada dijual tapi setakat leh makan je lah. Sekarang nie orang jual tak fikir dah bab sedap ke tak, diorang tahu jual je, asal masuk duit. Ingat orang berpuasa nie lapar sangat sampai tak tahu nak beza yang mana sedap atau tidak gamaknya.

 
Cuma satu yang aku suka bab bazaar nie sebab ada nasi dagang Kelate. Nie memang nasi dagang yang 'pure' Kelantan punya. Boleh dikatakan selalulah jugak aku beli. Teringin jugak nak beli daging kambing tapi macam mahal sangat dan satu lagi takut nanti darah naik tinggi. Takpe, lama lagi leh beli kat sana.

Bazaar Putrajaya pun tak kurang hebat. Tapi kena pergi awal sebab jalan mungkin jem. Satu petang tue aku pergi dengan kawan-kawan aku terserempak dengan Najib (PM) duk pusing-pusing cari makanan.Tapi aku tengok last-last tak beli gak dia. Bazaar nie besar. Orang pun ramai. Macam-macam juadah ada. Kalau nak banding dengan Sri Serdang, kat sini lagi mahal. Tapi berbaloi sebab macam-macam pilihan ada. Tapi kecewa gak aku sebab hari tue duk cari-cari kek batik tak jumpa-jumpa. Nasib baik kat sini ada jugak dijual kuih cara berlauk. Nak kata sama macam yang di bazaar stadium KB tue tak boleh lah tapi ok lah. bentuk pun dah sama kira ok la kan. baik makan kuih cara tue dari makan kek lapis yang setiap lapisan tue keras gile.


Petang nie jom ramai-ramai p bazaar Ramadhan stadium.Malam nie lepas terawih layan colek pulak.


p/s..Pagi esok dah pergi KL balik.takpe.walaupun sekejap tapi berbaloi sebab boleh tido lena, berkualiti.hahaha.Kalau tempah bufet berbuka di Hotel ada tak bawah RM10?

3 comments:

  1. sedaknyo kek batik..pali..wat mai upm etp! ;D

    ReplyDelete
  2. kek batik and cara berlauk! my feveret tue..pali,jgn lupe wat blik n0tes BIC k..hehe

    ReplyDelete
  3. taq - tok sempat la nok bawak gi upm..takpo2 mu belajar buat nanti makan ramai2.huhuh

    jaa- beres.nanti aku cari umoh nie

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share