Sunday, August 1, 2010

RM10,000..Habis dalam masa 3 jam


Jumaat lepas aku ke Plaza Low Yatt. Semua dah tau, tempat ini penuh dengan pelbagai benda yang berkaitan dengan teknologi.  Bagi aku, tempat ini menawarkan harga yang paling berpatutan, barangan yang paling terkini dan dapat cari semua barang yang berkaitan dengan ICT. Samada mahu cari hp baru, komputer baru, kamera baru mahupun wayar yang terbaru. Plaza Low Yatt menawarkan semua. Malah, plaza nie juga menawarkan tempat untuk mendapatkan wang dengan paling cepat, tapi itu pun bergantung kepada nasib. Berjudi.Yup..Ada satu sudut kecil dalam plaza nie, tempat untuk berjudi menggunakan komputer. Tapi bab itu kita bincang lain kali.  Setiap kali aku masuk Plaza Low Yatt, mesti mata jadi rambang. Mesti hati mahu saja beli semua barangan yang paling latest, yang paling berjenama, yang paling mahal. Tapi setiap kali pergi mesti terpaksa ikut keperluan saja. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengikut kata hati kalau tidak mesti mati.hahaha.

Ok, kalau ada orang yang bermurah hati bagi aku RM10,000 dan perlu habiskan dalam satu tempat, low yatt, dalam masa 3 jam, apa yang perlu aku buat?

Ok..pertama sekali pasti beli PS3. Harga PS3 sekarang bila aku tanya salesman tue, dia cakap dalam RM1000. Jadi tinggal lagi 9K kan.Bila beli PS3, kena la beli tv pulak kan. TV yang paling up sekarang, pastilah LCD ataupun plasma yang boleh full hd, baru best tgk Astro beyond. Jadi angkat tv sebiji, harga lebih kurang 2K..Tinggal lagi 7K kan?

Apa lagi nak buat dengan 7K dengan masa yang tinggal 2 jam lagi setelah sejam membeli dan memilih PS3 dan Samsung LCD TV 32 inci full hd?

Barangan seterusnya pastilah macbook pro. laptop berjenama Apple nie paling murah (yang second hand aku tengok tempoh hari) 2K, jadi angkat yang second hand pun jadilah. Jadi duit yang tinggal pastilah 5K kan.
Barangan seterusnya, kamera DSLR. Aku duk bercakap dengan seorang salesman, bagi beginner, canon DSLR yang aku dah lupa D berapa entah yang paling sesuai bagi orang yang baru nak mula adalah dalam linkungan RM1800.Kita bundarkan kepada 2K lah senang nak kira nanti. Jadi 5K tolak 2K maka tinggal lagi 3K kan.

Barangan seterusnya dengan hanya tinggal 1 jam pastilah iphone.Kalau nak amek iphone 4g dah terlebih 3K tue jadi angkat iphone 3gs sudah. Iphone 3gs dah boleh dapat dalam lingkungan 2K. Sekarang tinggal lagi 1K.

Apa lagi barangan yang boleh dibeli dengan 1K?hmmm. susah jugak nie. Masa tinggal setengah jam lagi.Beli saja speaker berharga 400 yang pasti leh kasi pecah cermin bilik. 200 lagi untuk external hard disk yang berkapasiti 500gb.Beli pulak mouse yang berharga 100  dan beg yang muat laptop berharga 200. Seratus terakhir beli saja barangan seperti extension untuk semua barangan tadi,meja laptop dan cooler pad.
selesai sudah.Jom kira balik berapa barangan yang boleh didapati dengan RM10000 dalam masa 3 jam

  • PS3
  • Apple Macbook
  • Canon DSLR
  • iphone 3gs
  • Altec Lansing Speaker
  • Western Digital External Hard Disk
  • Power Surge Extension
  • Cooler master pad
  • Laptop table
  • Samsung 32 inch Full HD Lcd TV
Selesai sudah.Itulah barangan yang berkemungkinan aku akan beli jika diberikan 10K yang boleh dihabiskan dalam masa 3 jam.Macam mana pulak kalau bagi 100K atau 50K?Kalau nak bagi angan-angan, memang tak akan habis la nak tulis kan.hahahah

3 comments:

  1. kalaulah ado ore wi 10000 2 kat ku wat bli bju nga shawl...owhhh..heaven!!! hahaha

    ReplyDelete
  2. mu nie mmg hantu gajet 0d..erm aku kureng sket mende2 gini..huhu..mcm f0n aku dop mint ngt h0k canggih2..asl dpt gune suda..cmera pun same..erm tp teringin g0p n0k agkt SLR..hehe

    ReplyDelete
  3. taq - hahahah.heaven terus.leh borong satu kedai la mu nanti

    jaa - aku takde la smpi hantu pun.takde gadget mane pun

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share