Wednesday, August 25, 2010

Sepetang di bazaar

Santai sekejap menanti waktu berbuka meskipun sekarang baru saja lepas azan Asar. Petang nie UPM anjur majlis berbuka puasa dengan Cancelor, iaitu Sultan Selangor. Aku duk tengok seminggu nie memang kuat persiapan diadakan kat Masjid UPM tue. Almaklum lah, Sultan nak datang kan. Siap ada generator lagi. Aircond kot. Jadi kepada sesiapa yang teringin nak makan bersama Sultan boleh lah berkunjung ke Masjid UPM petang nie. Tapi rasanya sekadar dapat tengok je kot Sultan duk makan bawah khemah kuning tue nanti.

Dua tiga hari nie aku dah stop sekejap pergi ke bazaar kat Sri Serdang. Dah semacam tak tau nak beli n makan apa. Dua hari nie berbuka kat kafe je. Masalah dengan makan kat kafe nie, permintaan terlampau tinggi daripada pengeluaran. Dari pukul 6 sampai 715 tue memang tersangat penuhlah kafe.Semua kedai penuh.Tempat air penuh. Tempat nasi penuh. Tempat brother siam tue takyah duk cakaplah. Memang dua hari nie aku makan ala kadar je kat kafe. Tue pun sempat-sempat je beli air dan makanan.Tapi itu yang terbaik kan? bersederhana. Rasanya lepas nie kena pergi bazaar balik.Banyak pilihan lagi.Yang best kat bazaar SS tue, nasi dagang lah. Tapi kalau nak rasa nasi lain pun ada. Nasi kerabu sedap jugak. Campur daging bakar letak solok lada. memang berseleralah berbuka puasa nantikan. Nak nasi lain? ada lagi..Nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani pun ada. Yang nasi beriani tue mahal lah skit kan. Aku tak penah try lagi.Nantilah try nasi beriani tue.Tukar selera jarang-jarang sedap jugak kan.

Bab air? tak perlu dicerita la kat sini kan.Rasa nya semua bazaar banyak air dijual.semua buah yang boleh dibuat air pasti dibuat air. Air tebu, jagung, oren, tembikai, epal, mangga.macam-macam lagi lah. Pastu pulak, air dibungkus dalam plastik besar pulak.Masuk je azan teguk air, pastu mula la kembung perut dengan air je.
Gerai yang jual ayam bakar, panggang, percik pun berlambak jugak kat SS nie. Asap gerai dorang tue memang sampai tutup jalan. Tak nak mana satu gerai, mana satu ayam.Ayam pusing atau ayam golek pun terbaik jugak. Tapi yang lagi istimewa, kambing golek.Yang ini special punya.Dah lama jugak aku duk perhatikan gerai tue. Tapi bila tanya harga memang mengancam lah.Terpaksa tahan dulu lah. Berpakat ngan kawan ok gak. takleh gak nak makan daging kambing banyak-banyak, kang tinggi pulak darah naik.

Ok, jom kita masuk bab lauk pauk.Bagi aku nasib baiklah ada gerai orang kelantan jual kalau tak asik duk makan lauk kari je lah.Lain tempat lain citarasa kan. Daripada kari atau gulai yang seakan di Jakarta baik aku makan lauk ayam goreng je.Aku tengok ada 2,3 tempat orang jual gulai kawah tapi kawan aku bagi setengah bintang kat 2 tempat dia beli gulai tue baru nie. Setengah bintang daripada 5. Jadi faham sendiri lah kan. Minyak dalam gulai tue kalau tapis boleh kot isi separuh tangki Honda Ex5 class.

Bab kuih muih pun sama. Tak banyak pilihan. Duk round kuih sama je. Popia la. Popia basah la.karipap. Donut.Kuih cara ada tapi macam buat oleh budak tadika. tak rasa langsung gula kat dalam dia.tahu la gula susah nak cari sekarang nie. Kalau takde gula sangat letak je gula merah.Nie bila kunyah kuih cara tue macam kunyah tepung je.

MasyaAllah. Bulan-bulan puasa nie kuat pulak aku duk mengomel. Patut nya lebih banyak bersabar kan. Bulan Ramadhan bukan bulan nak penuhkan perut waktu petang.Patutnya makan je ala kadar. Lepas nie berbuka puasa kat masjid lah. Jimat, lagi berkat.

Selamat berbuka semua...

p/s markah ujian dah kuar.markah kali nie bukan kata cukup makan, nak bernafas pun tak lepas.hahah.takpe..fokus kat tugasan dan final exam lah.lepas raya lah fikir semua tue. New Semester for 2010/2011 only start on 18 sept.hahah

3 comments:

  1. kuat demo update blog..2x embok...mete2 ade intenet bilik...hahaha...

    ReplyDelete
  2. aikkk...ado tenet ko blik mu pali?

    ReplyDelete
  3. ainul - biaso doh.lamo tokleh ado tenet depe mato

    taq - ado doh taq.hahah.happy sero

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share