Saturday, September 18, 2010

2 minggu yang padat

Ok, hari ini balik lah kembali ke UPM. Asalnya nak bertolak malam semalam tapi tangguh dan tengah hari ini.Kalau tidak ada apa-apa mungkin selepas zohor kot turun dari rumah.Harapnya perjalanan akan berjalan lancar dan selamat.Mengharap juga agar kesesakan tidak teruk.
Sebenarnya aku tiada idea sangat nak tulis pagi-pagi ini tapi memandangkan dah buka blog ini jadi bernukilan lah sementara menyiapkan diri mencari barang-barang untuk dimuatkan dalam kereta nanti.
Aku rasakan 2 minggu cuti kali ini memang betul-betul berbaloi.Sekejap je rasa.Memang dunia sekarang dah nak sampai ke penghujung kan.Masa berlalu sekejap je. Cuma cuti kali ini terasa penuh sebab ada saja kerja yang nak dibuat setiap hari. Dah selesai berehat sekarang kena balik ke tanggungjawab sebagai pelajar dan memulakan kembali  kerja-kerja yang tertangguh sebelum cuti dulu. Aku juga yang mengatakan sebelum cuti yang selepas raya nanti baru semester ketiga aku bermula.Jadi selepas ini kenalah berusaha kuat menghambat kembali apa yang tertinggal dan menyempurnakan apa yang tertangguh.
Sekian dulu,selamat pulang kepada semua

1 comment:

  1. Aku pun busy gak cuti seminggu. Tapi berbaloi sebab bawak mak aku jalan-jalan. Esok nak hantar adik aku, harap Ipoh jalan tak jem sangat.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share