Tuesday, September 28, 2010

Alkisah


Dalam ini tak semua indah
Tak semua sempurna
Diluar tak semua buruk
Tak semua hodoh
Tapi apa yang kita pilih
Apa yang kita buat
Tak semua dalam kuasa kita
Tak semua dalam genggaman kita
Apa yang kita boleh buat
Harapan tukar jadi impian
Yang terindah?
Yang termanis?
Semua hanya mimpi
Bila mata kembali terbuka
Minda hanya mampu terfikir
Bila mata kembali tertutup
Yang hati mahu
Tak semua mulut mampu
Yang mulut mahu
Tak semua hati tahu
Yang telinga mahu
Tak semua mata mampu
Yang mata mahu
Tak semua tangan mampu
Akhirnya hanya tunggu
Roh dan jasad berpisah
Begitulah alkisah

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share