Thursday, September 23, 2010

Barang-barang nie tak mampu dibeli walaupun kerja 120 tahun

Ok, dalam menunggu lab petang nie aku duk surf-surf la kat internet nie dan terjumpa la website-website nie,.Author kat website nie menyenaraikan beberapa barangan yang paling mahal di dunia dan jika dilihat pada tanda harga pada setiap barangan yang ada tue, aku rasakan kalau aku kerja 120 tahun dengan gaji minimum 2000 pun mungkin mengambil masa yang agak lama untuk beli dan kalau mampu beli pun tak tau nak pakai ke tak sebab terlalu mahal jadi mesti teramat sayang nak pakai kan? Jom lihat 10 barangan yang kalau ikut pemikiran orang biasa-biasa memang harga tak masuk akal.

Untuk pengetahuan bersama. 1 dollar Amerika adalah bersamaan dengan 3 ringgit lebih Ringgit Malaysia jadi anda semua kira la sendiri harga barangan di bawah ye.
1.00 USD = 3.09574 MYR




10
Jam
£15 million/$25 million


Jam tangan yang di buat oleh Chopard (aku sendiri baru first time dengar jenama nie) Jam tangan nie ada “ with three heart-shaped diamonds, a 15-carat pink diamond, a 12-carat blue diamond and an 11-carat white diamond”. Kira sendiri la berapa diamond jam nie ada. Bukan nak tengok masa dah nie.Memang betul la orang cakap masa itu lebih mahal daripada emas.



9
Cincin
£9.78 million/$16.26 million


Cincin yang dibuat juga oleh Chopard yang dinamakan Blue Diamond Ring, Cincin nie berharga 16 juta USD. Siapa nak kahwin guna cincin nie memang harapnya perkahwinan tue kekal sepanjang hayat lah kalau tak mau kena tuntut balik cincin nie.





8
telefon
£1.44 million/$2.4 million


Iphone 4? Tak perlu kalau ada iphone nie yang dibuat oleh orang  Austri bernama Peter Aloisson nie.Iphone 3g nie ada diamond dan emas disekelilingnya.Pakai yang nie tak perlu dah nak beli iPhone 4 ke 5  ke 6.Harga dia 2.4 juta USD.err, maxis ada supply tak iPhone nie?

7
Bugatti Veyron
£750.000/$1.25 million


1.25 juta USD.Kalau sampai Malaysia kereta nie mau double harga sebabkan tax lagi (tax Malaysia kan mahal).Bugatti Veyron nie memang tersangat power.Enjin  W-16 Bugatti Veyron nie boleh pecut 60 mph dalam masa 2.5 saat.Cuba kita kira ye.60 miles adalah bersamaa 95 km dan boleh sampai kepada top speed dia iaitu 252 mph adalah masa 55 saat. Tak sampai seminit dah boleh pecut 406 km/j.Bayangkan kereta nie ada kat Malaysia, bukan setakat kucing hancur kalau melintas di lebuh raya, kamera speed trap pun tak dapat tangkap nie.

6
Rumah
£1.33 billion/$2 billion


Rumah nie bernama Antilla dan pemilik dia, Mukesh Ambani.(Billionaire India). Harga rumah nie adalah 2 billion USD. Dikatakan keluarga Ambani nie ada 600 orang pekerja untuk rumah nie.Agak-agak dalam rumah nie ada berapa tandas? Kalau ada rumah macam nie tak perlu kuar makan kat luar dah.


5
Arak
£165,000/$275,000


Shipwrecked 1907 Heidsieck.Itu nama arak nie.Aku pun taknak ulas panjang-panjang tapi arak nie mahal sebab dah lama dibuat tapi tak sampai kat kedai yang ditempah sebab terkandas dalam laut.Harga sebotol 275 ribu USD.Yang nie baru orang kata betul-betul mabuk.Setakat tiger dan Carlsberg apa barang?

4
Perfume
£129,000/$215,000


Perfume dari  British yagn dibuat oleh  Clive Christian dan dinamakan“Imperial Majesty” adalah telah disahkan sebagai perfume termahal didunia dengan harga sebotol 215 ribu USD. Perfume jenis ada emas didalamnya dan hanya 5 botol sahaja dibuat. Kalau pakai perfume nie awek tak sangkut lagi tak tau la.

3
Teddy Bear
£43,000/$71,500


Harga teddy bear nie adalah 71,500 USD. Untuk teddy bear? Bulu teddy bear dibuat emas betul dan mata dibuat daripada permata.Teddy bear jenis nie hanya dibuat dalam 125 sahaja. Aku rasa teddy bear nie boleh dianggap hadiah paling mahal untuk kekasih atau anak-anak. Jangan dibuang pulak teddy nie nanti.

2
Mouse
£12,400/$24,180


Mouse yang kita guna hari-hari berapa ringgit satu? AKu beli yang RM20 pun dah rasa mahal. Tapi Mouse kat atas nie berharga 24,180 USD.Mouse nie jadi mahal sebab ada emas dan berlian kat atas dia.Ada mouse macam nie mesti terketar-ketar je tangan nak klik kat computer takut berlian tue jatuh.

1
Bra
£6.66 million/$10 million


Bra termahal yang dibuat oleh Victoria’s Secret yang berharga 10 juta USD. Fantasy Bra nie ada  “ 2,900 pavé-set white diamonds in 18k white gold weighing a total of 112 carats”Dan keunikan utama bra nie adalah “ 70-carat, pear-shaped flawless diamond.”.Tapi saying bra orang pakai kat dalam kan. Kalau sesiapa nak beli bra nie nak hadiah kat awek atau isteri, kena Tanya saiz dulu.hahaha.Agaknya bile pakai bra nie si suami dan isteri terus masuk kamar tidur kot.

1 comment:

  1. hok yg last 2 nkal skli...huhuhu
    klu org yg byk duit,dorg mampu jer bli...
    sy pon xmampu gak nk bli brg2 diatas..huhuhu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share