Wednesday, September 1, 2010

Facebook dah bukan macam 'Facebook'

Facebook.Satu benda yang pasti dalam dunia sekarang. tanya lah sesiapa pun, pasti semua mempunyai akaun facebook.Facebook telah menjadi satu media sosial yang teramat penting. PM kita sendiri mempunyai akaun facebook dan menggalakkan rakyat berinteraksi dengan beliau dalam laman web tersebut.
Pada permulaan, facebook yang direka oleh Zuckerberk nie berfungsi sebagai alat interaksi dalam laman cyber. facebook sebagai satu alat atau medium sosial untuk berhubung dengan kawan-kawan atau orang lain. tapi kini fungsi facebook dilihat telah berkembang lebih daripada itu. Facebook dan juga alat sosial yang lain seperti web blog atau twitter bukan sekadar bertindak sebagai alat komunikasi sosial tetapi juga sebagai platform perniagaan. Lihat saja dalam facebook, dengan adanya fungsi tagging dan picture, berlambak orang menjual baju, kain, shawl atau apa-apa saja dalam facebook. Aku sendiri kadang-kadang naik serabut apabila banyak sangat benda-benda macam nie. yang lebih teruk, ada juga orang yang cuba menarik pelanggan memasuki skim cepat kaya menggunakan facebook nie.Group-group seperti login facebook dapat duit kalau kita lihat bermaharajalela dalam facebook.
Impak facebook amat besar. Jika waktu dulu friendster lebih terkenal di kalangan remaja, kini facebook mendekati seluruh lapisan umur dan masyarakat. Kadang-kadang ledakan sebegini membawa padah. Pernah ada kes cerai berlaku di US kerana asyiknya bersandiwara dalam facebook. Facebook juga jika disalah guna boleh menjadi agen fitnah terbesar. Ini kerana apa yang kita tulis atau siarkan dalam facebook mampu dilihat oleh ramai orang.
Impak yang positif adalah facebook mampu mengeratkan hubungan antara kawan-kawan malahan keluarga. Pernah aku terjumpa seorang user facebook mempunyai semua akaun facebook ahli keluarganya. Facebook mampu mengawal pengguna tapi sebenarnya terletak kepada pengguna itu sendiri untuk menggunakan ke jalan yang salah atau tidak.
Facebook kini bagi aku satu kemestian.Tapi dalam menggunakan facebook, privasi harus lah dijaga.Kerana dalam facebook orang lain dapat melihat gambar-gambar kita dengan sewenang dan boleh mengetahui tarikh lahir dan info-info peribadi lain yang penting.Kita tidak tahu mungkin ada manusia-manusia yang jahat dan mengkhianiati kita dengan hanya menggunakan facebook.
Satu benda yang aku tak suka mengenai facebook yang terbaru adalah banyak nya permainan atau 'applikasi' serta video klip yang di muat naik dari youtube.Facebook sekarang bukan lagi sekadar facebook.Lebih daripada youtube.Kadang-kadang , bagi aku, apabila terlampau banyak sangat benda dalam facebook mula tak seronok untuk ber 'fb'. Bagi aku facebook hanyalah untuk menceritakan perihal semasa kita dan mengetahui serta menghebahkan berita atau maklumat-maklumat penting kepada rakan-rakan terdekat atau keluarga.Bagi aku, kadang-kadang satu benda tue lebih baik konservatif daripada terlampau canggih.
Selepas nie aku nak lebih banyak spend kat twitter lah. Tapi masalahnya tak ramai pakai twitter. Jom semua kita pakai twitter.twitter tidak terlalu 'crowded' macam facebook.

p/s lagi 2 hari mahu pulang. Esok mencari masa sekejap mahu memeriksa kenderaan.

8 comments:

  1. Adakah aku satu-satunya makhluk yang tak punya Facebook? Hahahaha. Tak reti aku nak main menda2 macam ni.

    ReplyDelete
  2. grunge - biar betul bro? takde facebook? takpe2.pakai twitter

    ReplyDelete
  3. facebook gua hanya untuk games, bukan bersosial...hahaha...race keto seraung..

    ReplyDelete
  4. jaa - tue la.takpo2.jom bertwitter

    ReplyDelete
  5. taq - meme pun taq.penuh ngan benda2 lain jah.aku hide jah

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share