Tuesday, September 14, 2010

Fanatik nya ore kelate

Aku baru balik dari stadium Kota Bharu.Turun dari rumah tadi dalam kul 9 lebih dan sampai di stadium 15 minit sebelum pukul 10.Sampai je sana memang ramai dah penyokong-penyokong Kelate beratur tunggu kaunter tiket buka.Lambat pula kaunter buka dengan cuaca panas mula la ramai yang menyumpah seranah. Akhirnya buka juga kaunter dan aku terpaksa berdiri beratur dengan orang ramai tunggu giliran membeli tiket untuk malam nie.Pukul 11 baru selesai membeli. Memang suasana macam dah final.Tambah dengan cuti hari raya lagi nie maka memang dijangka penuh la stadium malam nie. Suasana di perkarangan stadium pun aku tengok tadi dah mula meriah dengan Astro Arena adakan karnival.Petang nie memang akan sesak teruk la kawasan stadium tue.

Astro pun adakan juga siaran langsung malam nie kat 801 jadi kepada sesiapa yang tak berkesempatan beli tiket tue atau ada kerja lain jadi boleh lah menonton perlawanan malam nie. Perlawanan malam nie Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan iaitu penyandang Piala Malaysia.Memang menarik perlawanan pembukaan Piala Malaysia kali ini keranan Kelantan adalah naib Juara Liga Super dan naib Juara Piala Malaysia pada tahun lepas bertemu pula dengan musuh seteru iaitu Negeri Sembilan, penyandang Juara Piala FA, dan Piala Malaysia. Memang mengharapkan Kelantan malam ini bermain dengan baik dan menghadiahkan kemenangan serta tiga mata penuh kepada seluruh rakyat , penyokong Kelantan serta kepada Sultan Muhammad Faris Petra, sultan Kelantan yang baru ditabalkan.

Ramai yang kata yang penyokong Kelantan memang antara penyokong yang paling fanatik di Malaysia. Aku akui perkara tersebut. Namun tak kurang ramai juga yang mengutuk dan merendah-rendahkan Kelantan. Ya, Kelantan sejak beberapa tahun kebelakangan ini baru meningkat naik. Ya, sejarah bola sepak Kelantan tidak sehebat Selangor, Kedah, Pahang atau Johor yang mengungguli liga tempatan dulu-dulu.Ya, Kelantan didenda teruk tahun lepas akibat penyokong yang membakar kerusi stadium, membakar trak FRU, dipaksa bermain di stadium bukit jalil dan berpuluh ribu ringgit. Tapi semua itu tidak membantut kan semangat cintakan bola sepak kepada penyokong Kelantan. Ramai juga beranggapan tidak berbaloi untuk pergi ke stadium kelantan kerana penuh sesak, tidak moden, panas, kerusi pun batu, kemudian pasti ada mercun. Apa lah sangat kita bayar RM12 untuk membeli tiket menyokong pasukan negeri. Aku tak katakan hanya kepada pasukan Kelantan tapi kepada semua negeri. Sokonglah liga tempatan.

Jika kita mampu membeli pakaian berjenama dari luar negara (Indonesia dan Thailand pun dikira luar negara juga), jika kita mampu memakai kasut atau selipar buatan orang luar, jika kita mampu menaiki kereta Honda, Toyota, buatan negara asing, jika kita mampu makan di restoran mahal-mahal, jika kita mampu menggunakan barangan buatan negara luar yang harganya agak mahal , kenapa kita tidak boleh meluangkan masa dan duit sedikit untuk menyokong pasukan negeri sendiri? Kenapa kita boleh dan sanggup pula berjaga menonton malam hari pasukan Eropah dan membeli jersey mahal-mahal kelab-kelab eropah tapi kenapa tidak boleh menonton liga tempatan dan membeli jersey pasukan tempatan? Jika kita tidak menyokong liga negara sendiri siapa lagi yang kita harapkan untuk menyokong liga dan perkembangan dalam negara kita sendiri. Di Kuala Lumpur sana dah penuh sesak dengan pendatang asing. Indon, Siam, Vietnam, Myanmar, Negro dan bermacam lagi dah menghuni negara kita dan seakan-akan dah menjadi semacam rakyat negara kita sendiri. Kita, anak kelahiran Malaysia je lah yang tinggal untuk sentiasa menyokong, menguatkan lagi negara kita dari ancaman luar dan dalam.

Jadi sama-samalah kita memeriahkan liga bola sepak tempatan yang akan bermula kembali malam ini dengan kemeriahan Piala Malaysia. Jom ke stadium ramai-ramai

p/s- Malam ini memang akan bergegar stadium.Kena masuk awal kalau tak memang tak dapat tempat duduk.Lepas tengok bola main bola pula.Main futsal di Pengkalan Chepa.Siapa nak join? Jom.Lame tak bersenam.Memang kena berusaha kempiskan perut nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share