Saturday, September 4, 2010

Ikan Bakar

Alhamdulillah. Pagi tadi akhirnya selamat juga sampai di rumah. Masih terasa kepenatan memandu tapi balik kali ini kira ok sebab walaupun jalan penuh jugak dengan kereta dan bas tapi sebab keluar awal jadi bila sampai pagi di Pasir Putih tadi tidak terlalu sibuk.
Ok, dah sampai rumah, menanti waktu berbuka je nie. Awal lagi ,jam baru tunjuk pukul 4 lebih tapi dah tak tau nak buat apa. Kalau kat UPM mesti dah tergolek atas katil tapi betul lah, katil tue la tempat tido katil tue la jadi kerusi menghadap laptop. Kalau kat rumah nie dah tak tau nak buat apa sangat layan TV atau surfing je lah.Sekarang pun duk surf sementara menanti basuh baju.Nampak teduh-teduh sikit baru keluar kot pergi bazaar Ramadhan di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Petang nie terasa nak makan ikan bakar je. Kat UPM dulu jarang dan boleh dibilang dengan jari makan ikan bakar.Ayam bakar pun jarang.Mahal satu hal tapi satu lagi sebab tak berapa sedap.Kat rumah nie lain la, dah selera orang pantai timur kan jadi penjual pun tahu la selera macam mana orang kelantan makan.Baru je cakap nak makan ikan 'tuko', tetiba ayah bunyi, mak dah beli pun ikan tuko tue cuma nak bakar je petang nanti. Macam tahu-tahu je anak dia nak makan ikan bakar petang nie.So pergi bazaar Ramadhan nanti pergi cari kuih je lah.

So apa moral aku tulis petang nie?hmm sebenarnya takde moral apa-apa pun sekadar isi masa sebelum berbuka.hahaha.Ok lah moral dia, walaupun ikan bakar yang dibeli dikedai lagi sedap, lagi 'kaw' isi dia , tapi tetap tak boleh lawan ikan yang dibakar di rumah bersama ayah.haa.Moral penting tue. Bulan baik macam nie kita sama-sama lah perbanyak amalan bersama keluarga dan yang penting kepada ibubapa kita.Sekian.

p/s mahu ke stadium.malam nie lepas terawih layan colek sambil tengok bola ok gop ork? ke gane gamok?

6 comments:

  1. Menu kawe pn ike jugok arini..hahaha...

    ReplyDelete
  2. Aku nak makan ikan bakar, tapi yang jual semua besar-besar. Tau la ikan pari kalau dah besar sangat, isi dia liat sikit. Kena beli yang kecik atau sedang2. Yang kecik dan sedang tu la rasa manis dan lembut. Ades, meleleh air liur aku ni.

    ReplyDelete
  3. ak pown memang wahi sngt ikan tuko
    tp pah tngok video nih erkkkkkk...

    http://www.facebook.com/video/video.php?v=146403598715558

    ReplyDelete
  4. ainul - jom makan ikan same2.Ikan keli ok gok ork

    ReplyDelete
  5. grunge - hahaha.meleleh terus tue.tambah pula dicicah dengan air asam.perhhhh

    ReplyDelete
  6. yong - ahhaha.aku tok care doh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share