Friday, September 3, 2010

Jom Balik Raya

Sebelum aku bertolak malam nie, sempat lagi men'surf'kan sekejap menggunakan broadband member. Saje isi masa sementara menunggu para penumpang menyiapkan diri. Persiapan zahir dah setel, persiapan batin rasanya dah setel jugak. Tapi aku seakan rasa balik kampung untuk raya kali ini tidak semesti yang sebelum nie. Mungkin awal lagi kot tapi apa-apa pun tetap gembira. Gembira untuk lari dari UPM buat sementara waktu. Balik raya pun bukan dengan tangan kosong kali nie, tugasan berderet ditambah pulak dengan satu ujian yang akan dihantar selepas cuti nanti. Seikhlasnya semester nie bagi aku masih belum bermula dan harapnya selepas raya semangat dan'eagerness' untuk menjadi pelajar akan datang kembali. Banyak subjek untuk semester nie masih samar-samar. Tak mengapelah selepas raya . aku yakin aku boleh kembali fokus dan menghambat balik yang mana tertinggal.
Keadaan di UPM pun dah lenggang. Ramai pelajar yang dah pulang ke kampung halaman masing-masing. Balik kampung dengan kereta tak se 'syok' balik dengan bas. Aku lagi dulu masa di UTP bila nak balik raya dengan bas perasaan lain. Perasaan best.Best duk tengok tiket bas. Best duk tunggu bas ekspress datang. Best ramai-ramai naik bas. Seminggu nak naik bas dah kemas sikit-sikit barang. Tapi tue masa masih muda. Masa lewat remaja orang kata. Haha. Sekarang nie? Masih gembira sebabnya bila di hari raya dapat bertemu ahli keluarga ramai-ramai. Dapat borak dengan kawan-kawan lama. Yang penting sekali dapat balik rumah berjumpa ibubapa. Bagi aku hari raya sekarang dah tak membawa maksud mana. Sama je. Kadang-kadang jeles bila tengok budak-budak gembira sambut raya.Tapi yalah, umur dah meningkat maka kena ikutlah perubahan tue kan.
Ok lah, mahu pergi kemaskan beg sedikit lagi. Mahu pastikan tiada barang yang tertinggal. Kereta rasanya dah dalam keadaan yang terbaik. Pesanan Ibubapa sentiasa diingati. Pandu dengan Hermat.
Selamat Pulang Ke Kampung Semua.
Awal lagi rasanya mahu ucapkan selamat hari raya. Entry selepas nie aku ucapkan.
Doakan aku dan kawan-kawan pulang dan selamat di atas jalan raya nanti. Selamat Malam. Dan Selamat tinggal UPM (sementara sahaja)

3 comments:

  1. Selamat pulang berhari raya. Jangan main meriam buluh dan mercun buatan sendiri. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. bowok molek li..kalu jupo gapo2 tengoh jale jange tegur..hehehe...

    ReplyDelete
  3. grunge - bro, aku tak main benda tue.main mercun secara virtual sekarang.heheh

    ainul - aku tok tegur aku takut yeng ngan roy jah.hahah

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share