Thursday, September 30, 2010

Kenapa kita suka tengok filem?

Filem. Satu daripada cabang media yang terawal dalam sejarah ketamadunan manusia. Siapa tak suka tengok filem? Semua orang pasti ada pilihan tersendiri dalam menentukan filem mana yang mereka paling suka. Ada yang suka tengok filem fiksyen.Ada yang suka tengok filem seram.Ramai yang minat filem komedi. Ada juga yang suka tengok filem aksi. Genre filem apa pun yang kita pilih dan minat adalah pilihan individu dan sebenarnya filem memainkan peranan yang besar dalam sejarah dunia. Dulu filem dijadikan satu alat propaganda. Dan sekarang kita boleh lihat sendiri bagaimana Hollywood yang ditunjangi Amerika mempelopori industri perfileman dan meracuni fikiran manusia dengan ideologi mereka. Filem melayu? Sejarah perfileman melayu bermula di jalan Ampas. Orang kata di zaman itu lagenda P. Ramlee sangat-sangat cintakan dunia perfileman sehingga dia sanggup berhijrah dari Pulau Pinang sehingga ke Singapura. P.Ramlee mengangkat filem melayu sehingga terkenal di Asia. Tapi sekarang? Kebanyakkan filem melayu adalah bertujuan komersial.Orang kita mungkin kekurangan idea ataupun kurang meminati filem-filem bebas atau bersifat kemanusiaan. Lihat saja filem 'Rain Man', atau 'Slumdog Millionaire', filem yang berkisar kisah benar tapi jika diolah dengan baik pasti mendatangkan pulangan yang besar.Kekuatan bagi sesebuah filem terletak dalam banyak aspek. Ada setengah orang pilih sesuatu filem berdasarkan skripnya, ada juga yang pilih berdasarkan para pelakon malah ada yang pilih filem berdasarkan plot jalan ceritanya.

Kenapa kita tengok filem sebenarnya?
Untuk berhibur bagi sesetengah orang.Untuk mencari ketenangan. Untuk menghilangkan rasa bosan. Atau untuk mendapatkan ilham dalam hidup. Ada juga menonton filem kerana mahu lari daripada realiti. Dalam dunia filem semuanya mungkin.Filem dijadikan alat kepada manusia untuk lari daripada realiti dunia sebenar. Manusia bosan dengan kehidupan sekarang dan mereka mula mencorakkan filem agar mereka dapat dibuai mimpi buat seketika.

Bagi aku sebuah filem adalah bertujuan untuk menyimpangkan fikiran manusia sejenak.Kita pasti menyimpan koleksi-koleksi filem yang kita rasakan terbaik dan pastikan akan menonton kembali filem tersebut bila jua ada masa lapang. Ada orang bila berpisah dengan kekasih menonton filem aksi seperti Die Hard. Ada juga meminati Back To The Future kerana filem ini sarat dengan sains fiksyen mengenai masa. Ada juga meminati filem romantik dan menonton bersama yang tersayang seperti Serendipity ataupun 50 First Dates.
Jadi apa filem kegemaran kita? Apa filem terbaik bagi pengamatan kita semua?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share