Sunday, September 26, 2010

Kepala otak yang penuh

" Um 8 Uhr ist mich ausgestanden dann Um 12 Uhr hat mich gefruhstucken"

 Aku hanya mampu membuat ayat itu setelah 2,3 bulan masuk semester tiga nie belajar Jerman.Bodoh sangat kah aku dalam nak belajar bahasa baru nie? Padahal dah belajar 2 sem tapi masih lagi ternganga dalam kelas apabila Usa mengajar dan dalam otak hanya duk fikir makanan apa nak dimakan tengah hari nanti memandangkan kelas tersebut selalu di waktu tengah hari sebelum makan nasi. Tapi bila difikirkan mengenai makanan kena berusaha untuk turunkan berat badan sebabnya rata-rata orang dah cakap aku dah semakin besar. Bila difikirkan balik, aku memang rasa badan aku memang semakin membesar terutamanya perut apabila habis cuti semester baru-baru nie.Ingatkan dapatlah kurangkan sedikit bila masuk bulan puasa tapi masih juga besar jadi selepas nie kena berusaha. Cukup ke nak kuruskan badan dengan kawal permakanan? Perlu juga bersenam kan.Sekarang nie area Serdang selalu je hujan jadi terpadam la niat hendak bersenam ataupun sekurang-kurangnya berjalan kaki sekitar padang golf UPM mengeluarkan peluh. Sebenarnya itu semua alasan je padahal. Memang perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana dah tak mau cari seluar baru didalam keadaan yang pokai sekarang.
Dan berbalik kepada bahasa Jerman tadi, jumaat lepas salah seorang lec aku memberikan info kepada aku bahawa dahulu, Amerika pernah vote hendak guna bahasa Jerman sebagai bahasa rasmi negara mereka berbanding bahasa Inggeris yang kita tahu sekarang ini. Kenapa sampai macam tue?sebabnya masa dulu ramai orang Yahudi berhijrah ke Amerika dan orang Yahudi nie pula lari dari pembunuhan ramai-ramai di zaman Nazi di Jerman dulu. Kalau la bahasa Jerman jadi bahasa rasmi Amerika sekarang tentu dah wujud Yahoo ataupun Google mungkin nama lain yang dalam bahasa Jerman dan mungkin kita nak belajar bahasa inggeris pula susah sebab sejak kecik lagi dah kena belajar bahasa jerman macam kita belajar bahasa Inggeris sejak kecil sekarang.
Bercakap juga mengenai bahasa Inggeris nie, kenapa bahasa Inggeris nie senang jadi bahasa antarabangsa? sebab pronunciation ke? Grammar ke? atau sebab strukture dia? Aku sendiri pun tak tau dan kalau nak berdebat habis 1500 page pun tak habis lagi nak bercakap mengenai hal ini. Satu benda yang aku tak suka mengenai bahasa Inggeris adalah mengenai aspect phonetics.Aspek ini berkaitan bunyi-bunyi dalam bahasa Inggeris. Aku sendiri pun tak faham kenapa la huruf-huruf baru kena cipta untuk menunjukkan bunyi-bunyi huruf dan perkataan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh..bila kita sebut perkataan fire, sebenarnya bunyi yang keluar adalah " the words pets and beds could be transcribed phonetically as [pʰɛʔts] and [b̥ɛdz]".Yang jadi susah adalah orang yang sedikit bodoh macam aku nie hendak belajar semua simbol dan hubungan simbol-simbol dalam konteks pemahaman manusia. Sakit kepala bila duk tengok semua simbol-simbol tue.
Bila bercakap juga mengenai simbol, weekend nie aku lihat kebanyakan orang di KL semua gilakan simbol kat bawah nie.
Siapa yang tak kenal dengan simbol nie kat dunia sekarang memang boleh lah dianggap jakun dan sesiapa yang ada barang-barang bersimbol ini memang orang akan tengok lah.Aku sendiri kalau ada duit memang hendak borong barang dari simbol buah atas tue.
Kebanyakan barangan dari simbol diatas tue berkaitan dengan media baru yang dicanang pihak barat pada zaman sekarang. Media baru boleh lah kita definisikan sebagai media internet sebab internet sekarang semacam satu kemestian dalam hidup kita.Tapi dalam kita menggunakan media baru ini kita janganlah kita lupakan pula komunikasi antara manusia sebabnya bila dah terlalu asyik dengan media dan medium media tersebut kita kadang-kadang lupakan salah satu komunikasi penting dalam hidup. Lihat saja di restoran ataupun tempat-tempat yang ada WiFi, semua asyik duk tatap skrin, melayari internet.Kalau dulu tempat-tempat melepak nie riuh dengan suara-suara orang berborak, berbual tapi sekarang nie riuh orang dalam facebook dari di kedai kopi.
Sekian saja untuk kali ini.Sedikit cetusan idea dalam merehat diri di waktu petang sementara menunggu matahari terbenam.Nukilan diatas sebenarnya dibuat sebab dalam otak penuh dengan kerja dan ujian.Lambakan kerja dicampur pula dengan kemalasan memang membebankan bagi seorang pelajar.Otak penuh duk fikir fasal
  • phonetics (Simbol-simbol yang mungkin datang dari alien takpun predator gamaknya)
  • Tugasan English dan ICT
  • Tugasan Critical Thinking (hendak berfikir pun kena belajar juga sekarang nie)
  • Test Jerman(sem last belajar benda nie lepas nie boleh merdeka)
  • Tugasan komunikasi
  • Test Syntax (tak paham belajar apa dan harap test senang nanti)
 Jadi begitulah serba sedikit coretan dari otak yang penuh.

p/s..Friends...one big word with thousands kind of definition, one big help bring  thousands kind of feeling..one simple saying give thousands kind memory.
 
 

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share