Thursday, September 16, 2010

Khamis dah pun

Ok, hari ini dah hari Khamis.Kalau diikutkan perancangan awal mahu balik esok malam tapi atas sebab-sebab teknikal dan peribadi, maka mungkin akan bertolak ke KL hari Sabtu. Cadangan kali ini tidak lagi mahu bergerak sebelah malam tapi di siang hari.Aku tak kisah je mana-mana tapi betul juga sesetengah orang cakap apabila berada di jalanraya di waktu siang hari lebih selamat berbanding malam hari.Tambahan lagi, lampu kereta aku bukannya boleh kira mana.Sekejap cerah, sekejap malap.Harapnya perjalanan Sabtu ini akan berjalan lancar dengan keizinan dari-Nya.

Terasa 2 minggu berada di rumah kali ini betul-betul cuti. Betul-betul berbaloi. Tugasan dan kerja memang langsung tak ingat.Dekat-dekat nak balik KL baru teringat satu-satu kerja yang perlu diselesaikan.Hari ini dan esok memang kena kuatkan semangat kuncikan diri dalam bilik menghadap laptop dan selesaikan mana-mana kerja yang boleh.Tapi masalahnya bila dah ada dalam bilik kat rumah,katil betul-betul menggoda.Tak mengapa, akan cuba selesaikan juga mana-mana yang sempat, sekurang-kurangnya dapat setelkan 60% kerja dah kira berjaya.

Semalam cuba jailbreak iPod dan nampaknya macam dah berjaya.Selepas ini nak try guna dan tengok apa kelebihannya.Ramai yang kata bila dah jailbreak lagi lawa jadi iPod atau iPhone.Aku tak tau sebab tak pernah try dan sekarang baru try.Mula-mula aku ingatkan lama nak jailbreak rupanya sekejap je dan mudah je.

Oklah, mahu ke bandar sekejap, menghantar adik ke KB Mall. Oh Ya, selamat cuti Malaysia.2 minggu lepas kita dah sambut Merdeka sekarang cuti Malaysia pula? kalau macam tue orang Sabah, Sarawak tak boleh la sambut cuti Merdeka dan orang semenanjung tak boleh sambut cuti Malaysia. Kan senang kalau sambut satu cuti je. Kalau ada mat salleh tanya mula la gagap nak jawab mana satu cuti yang betul-betul untuk orang Malaysia.Dua-dua cuti? Ish..memang banyak sungguh cuti dalam negara kita kan.Satu Malaysia, Satu Cuti.

2 comments:

  1. Cuti sebulan pn masyuk jugok..haha..

    ReplyDelete
  2. Selamat pulang ke Serdang. Jangan lupa study, ada test kan nanti. Hahahaha, spoil mood raya la test ni kan.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share