Tuesday, September 21, 2010

Komunikasi memang penting

Bersempena dah masuk u, maka tugasan pun berlambak lah kena setelkan.Sebulan selepas ini sebelum masuk pertengahan bulan 11, aku rasa semua pelajar universiti akan sibuk.Aku sendiri pun dah mula pening dengan bertimbun tugasan yang sebelum ini terlalu malas nak tengok tapi akhirnya terpaksa tengok juga.Satu tugasan yang agak memeningkan kepala adalah mengenai komunikasi.Aku ambik minor komunikasi di sini jadi semester ini terpaksa lah belajar antara satu subjek pengenalan dalam bidang ini.Pensyarah bagi aku boleh tahan banyak cakap tapi yang menjadi masalah adalah tugasan yang dibagi. Memang banyak. Banyak dan susah.Macam terlalu dalam tugasan yang kena siapkan padahal ini subjek minor je.Apa-apa pun sambil-sambil duk cari bahan dan tulis sedikit mengenai tugasan komunikasi ini aku rasakan bidang komunikasi adalah satu bidang yang menyeronokkan. Kenapa aku katakan sedemikian? Kerana dalam pandangan aku, komunikasi dan bahasa saling berkait rapat dan dinamik. Dinamik disini kerana kedua-dua bidang ini akan selalu benda baru datang dan sentiasa diubah untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh, mengenai komunikasi media, media seiring dengan teknologi dan media berkait rapat dengan budaya. Jadi bidang komunikasi media akan selalu berubah dan bertambah. Dan itu bagi aku adalah sesuatu yang mencabar. Sama dengan bahasa. Kebanyakkan orang tak sedar bahawa bahasa sentiasa berubah. Bahasa adalah mengikut penuturnya. Jadi penutur itu sendiri yang menentukan hala tuju bahasa tersebut. Oleh itu, bahasa akan sentiasa mengalami perubahan, pengubahsuaian dalam usaha menyesuaikan dalam konteks semasa. Lihat saja bahasa Melayu kita yang sentiasa berkembang dan mengalami penambahan dari segi struktur, ayat dan perkataan. Jika semua ini tidak berlaku maka bahasa Melayu tidak mampu menyesuaikan diri dalam dunia moden yang lebih dimonopoli oleh Bahasa Inggeris.
Jadi apa yang aku nak sampaikan disini adalah , bidang komunikasi adalah satu bidang yang bagus.Aku tak menyesal mengambil minor dalam bidang ini dan akan berusaha sedaya mungkin.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share