Wednesday, September 1, 2010

Nak citer sket sebelum tido..tido dalam biru dan hitam


Baiklah, saya nak bernukil mengenai Inter Milan kali ini. Kenapa Inter Milan? Kenapa sokong Inter? Saya sejak tahun 90 an lagi sokong Inter. Zaman Ivan Zamorano main kat Inter lagi. Zaman Ronaldo dan Alvaro Recoba main sama-sama dulu. Kalau dulu susah nak ikuti perkembangan Itali nie.Maklumlah masa sekolah, masa tue Internet tak meluas macam sekarang. Astro pun baru berjinak-jinak kat Malaysia. Meskipun begitu,saya tetap penyokong setia Inter.Kalau tengok dalam soccernet, semua orang pilih EPL, tak tau la berapa orang yang minat dengan kelab Itali padahal kelab Itali nie lebih Berjaya daripada Arsenal dan Chelsea. Kita ambik contoh Inter dan bandingkan dengan Arsenal. Inter musim lepas rangkul treble lagi.Arsenal pernah menang Champions League? Chelsea pernah menang? Chelsea tue harap duit Abramovic je tapi masih tak Berjaya kat Eropah pastu boleh pulak Billionaire Rusia tue pecat Mourinho dan tengok apa jadi bila Mourinho bawa Inter musim lepas?. Forza Inter
Ok, cukup lah cakap bab sejarah.Mesti panas hati je penyokong Arsenal dan Chelsea kalau dengar. Liverpool?Takpe kelab tue dah banyak menang masa zaman Ian Rush dulu. Inter dah 5 musim tawan liga Itali.Boleh dikatakan tiada saingan. Kalau ada pun dari Roma je.Musim terbaru nie pun saya rasa lebih kurang sama je. Tapi yang menjadi kemusykilan atau halangan bolehkah Rafa bawa Inter? Kalau tengok rekod Rafa kat Liverpool nie macam hancur sikit. Awal-awal nie mungkin ok lagi tapi lepas nie kalau Rafa dah start bawa Ngog dan Kuyt ke Milan maka melepas lah Inter hendak tawan Liga Itali nie.Di Eropah rekod Rafa boleh kata agak bagus la.Harapnya musim nie Inter boleh pertahan takhta Eropah tue.
Saingan Inter di Itali musim ini agak mencabar jugak. AC Milan, musuh seteru yang berkongsi stadium dengan Inter dah beli Zlatan dan Robinho. Skuad orang tua betul-betul dah tak sanggup tengok Inter selalu duk bersorak kat atas jalan Milan jadi President diorang merangkap Perdana Menteri rela labur banyak duit bawa masuk bekas musuh lama, Zlatan dan budak masalah, Robinho dengan harapan dapat la tolak Inter dari takhta Itali. Inter pula, setakat tulisan ini dibuat tak beli sesiapa pun. Moratti, President Inter kata  pasukan nya masih kuat dan tak perlu sesiapa pun. Skuad masih macam dulu Cuma buang seorang lagi budak imigran bermasalah, Balotelli ke Manchester City. Mungkin Moratti akan beli pemain masa bulan Januari nanti. Kalau tengok persembahan awal Inter musim ini agak goyah. Kalah dengan Atletico Madrid dan seri dengan Bologna.Tapi awal-awal nie tak mengapa lagi. Semua pemain mungkin tengah pening dengan taktik Rafa. Rafa pun masih tersalah cakap English lagi kat Milan. Sebab tue banyak pemain tak faham apa taktik dia nak.Apa-apa pun saya masih tetap yakin Inter leh pertahan takhta di Liga Itali.
Forza Inter

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share