Monday, September 13, 2010

Perihal raya di Kelantan

Alhamdulillah, hari nie dah masuk raya ke 4.Sekejap je masa berlalu.Hari ini dan esok mungkin dah ramai anak-anak Kelate yang pulang setelah habis cuti. Bagi murid-murid tahun 6 pula mesti dah semakin berdebar sebabnya minggu depan dah bermula UPSR. Bagi pelajar Universiti, bermula khamis atau jumaat mesti ramai dah balik ke kampus masing-masing.

Suasana raya di Kelate meriah seperti tahun-tahun sebelum ini bagi pandangan aku.Cuma aku rasa tahun ini semacam semangat bermain mercun lebih 'menggila' berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.Saban malam pasti kedengaran bunyi bunga api dan mercun di sekitar Kota Bharu dan kampung-kampung.

Raya tahun nie di Kelantan lagi meriah sebabnya malam esok pasukan Kelantan akan memulakan edisi merebut Piala Malaysia menentang tidak lain tidak bukan penyandang Juara Piala Malaysia iaitu Negeri Sembilan. Aku jangkakan malam esok Stadium Sultan Muhammad Ke 4 akan penuh dengan penyokong skuad Si Kijang.Aku sendiri pasti akan berada dalam stadium malam esok dan pagi esok mahu bangun awal-awal beratur membeli tiket yang pasti akan habis macam pisang goreng panas.

Beraya di Kelantan kalau tidak terkandas didalam kesesakan lalulintas memang tak sah.Tiap-tiap tahun pasti kesesakan lalulintas yang teruk berlaku di sekitar daerah-daerah dan dalam bandar Kota Bharu sendiri.Sebelum hari raya, bandar Kota Bharu memang teruk sangat keadaan trafik.Semua orang mahu membuat persiapan terakhir. Kawasan tumpuan seperti pasar besar, bank-bank, bazaar buluh kubu, pusat membeli belah serta pasar borong Wakaf Che Yeh memang teramat ramai pengunjung.Bermula raya kedua, jalan-jalan menghubungkan daerah-daerah utama kelantan pula yang mengalami kesesakan yang teruk. Semalam aku pergi ke rumah kawan di Kampung Chicha Tinggi ( untuk orang yang tidak kenal, kampung ini terletak di Lati, Pasir Mas). Jambatan Salor yang menghubungkan Kota Bharu dan Pasir Mas memang sesak teruk.Kawan aku terkandas dalam kesesakan itu selama 2 jam.Jalan menghala ke Tanah Merah dan Jeli jugak dikhabarkan sesak.Jalan ke Tumpat melalui Jambatan Sultan Yahya Petra turut mengalami kesesakan tapi diceritakan tidak seteruk yang sebelum-sebelum ini.Hari ini pula, jalan dalam bandar Kota Bharu mula sesak.Hari ini kebanyakan pekerja awam dah mula berkerja jadi bertambah teruk kesesakan jalan raya.Dari pandangan aku, jalan raya sesak raya kali ini disebabkan ramai adakan kenduri kahwin.Maklumlah cuti raya kali ini sama dengan cuti sekolah jadi ramai ambil kesempatan adakan majlis kahwin.Aku sendiri terima 2,3 jemputan kahwin dari kawan-kawan sekolah pada musim raya kali ini.Tadi aku baru menghadiri majlis pertunangan kawan aku di Pasir Putih. Jalan menghala ke Pasir Putih pun turut sesak tapi tidak teruk sangat.

Dan dalam bercakap mengenai raya di Kelantan kali ini, yang bertambah unik dan istimewa adalah kerana aku baru mengetahui yang Tengku Mahkota Faris Petra telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan. Daulat ke atas duli yang maha mulia Sultan Kelantan yang baru. Semoga Sultan Faris dapat membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Kelantan. Tuanku Sultan sebelum ini dikenali ramai sebagai mesra rakyat. Jika tidak percaya tengok saja gambar-gambar di bawah ini.

Aku sendiri pernah berpeluang bersalaman dengan baginda setelah selesai bersembahyang terawih di Masjid Muhammadi beberapa tahun lepas.Aku juga merasa bangga dengan pertabalan Tengku Mahkota Muhammad Faris Petra menjadi Sultan kerana dulu aku bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.Tahun ini dah masuk 9 tahun aku tinggalkan sekolah.

Sekolah tersebut membawa seribu satu kenangan dan banyak mengajar aku dalam mempersiapkan diri menghadapi dunia luar.

Daulat ke atas Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra.

Dalam menyambut hari raya kali ini, negara kita digegarkan juga dengan kes profil tinggi iaitu kes kehilangan dan jenayah jutawan kecantikan Sosilawati.Aku baca dari akhbar yang penjenayah sudah diberkas dan seorang peguam yang bergelar datuk. Memang kejam cara dia membunuh 4 mangsa termasuk Sosilawati, pembantunya dan pegawai bank CIMB iaitu dengan memukul, membunuh kemudian membakar mayat mangsa.Setelah itu abu mayat tersebut dibuang ke dalam sungai di Selangor.Bila baca kes tersebut seakan-akan macam kes dalam CSI.Tapi betul lah pepatah cakap kan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dan akhirnya pihak polis dah berjaya memberkas suspek dan mahkamah akan mengadili kesemua penjenayah yang terbabit dalam kes tersebut.

Begitulah serba sedikit perihal raya di Kelantan.Aku sendiri terasa letih setelah asyik memandu dua, tiga hari kebelakangan ini.Hari ini mahu berehat saja di rumah sambil cuba-cuba tengok tugasan-tugasan yang langsung tidak buat lagi sebelum balik ke UPM.Hari Rabu atau Khamis nanti memang perlu menyiapkan separuh kalau tidak semuanya semua tugasan yang ada kalau tidak nanti kelam kabut apabila dah berada di UPM. Duit raya? Sudah besar panjang, jadi sudah tidak berjaya mendapat duit raya yang banyak. Duit raya yang dapat pun sudah habis mengisi minyak dan topup serta membeli jersey Inter baru-baru ini. Akhirnya aku berjaya juga mendapatkan jersey Inter yang baru dengan harga yang berpatutan. Berhari raya dengan jersey Inter.Semacam sudah menjadi satu tradisi tiap-tiap tahun bagi aku.Sekian dulu buat kali ini. Selamat Hari Raya dan berhati-hati di jalan raya.

p/s - simpan kuih / biskut raya banyak nanti boleh makan di kampus.Raya-raya juga kan tapi jangan dilupai tugasan yang ada. Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang sudi menjemput aku ke rumah mereka dan bagi mereka yang aku tidak sempat beraya, minta maaf banyak-banyak dan aku janji raya tahun depan jika diizinkan Allah aku akan berkunjung. Raya sebulan kan?

1 comment:

  1. kenen kawe ko jersi inter nih..aritu jupo kat bazar muar, ore tu jual 40 lbh..gilos..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share