Saturday, September 11, 2010

Raya tengok cerita

Selamat Hari Raya.Sekarang dah masuk raya kedua. Pagi nie lewat sket bangun. Semalam memang kena bangun awal sebab pergi semayang raya pagi.Semalam tak berjalan mana sekadar pergi rumah jiran. Mulanya ingatkan ayah mau pulang ke Pasir Putih tetapi rupanya tak sebab esok(Raya ketiga) baru pulang sempena dengan ada kenduri sedare kahwin.Esok juga kakak kawan aku depan rumah nie jadi pergilah.Lusa kawan aku masa sekolah rendah kahwin dan ada kawan aku bertunang di Pasir Putih juga. Tue baru yang member-member kenduri, kawasan kampung nie pun banyak juga kenduri minggu nie.Raya nie nampaknya kenyang makan nasi kenduri la jawabnya.

Semalam hanya melepak depan tv.Hendak keluar pun macam malas dan tak kan nak keluar sorang-sorang pulak.Jadi melayan la tv. Mula-mula layan la juga Sifu dan Tongga.Walaupun cite nie boleh aku cakapkan antara cite bangang pernah ditayangkan di Malaysia tapi aku sendiri tak tau kenapa aku tengok jugak. Mungkin cite nie sesuai kot dengan tema satu Malaysia sekarang.Filem Apek dan Nabil nie kan bermotifkan kaum Orang Asli jadi kaum Orang Asli pun penduduk Malaysia kan so bertepatan la tue dengan konsep Pak Najib Satu Malaysia.

Kemudian layan pula Jurassic Park dan Jangan Pandang Belakang Congkak. Jurassic Park yang mula-mula sekali. Filem dah lama tapi tetap best.Bagi aku filem nie lah antara filem yang berkaitan dengan makhluk-makhluk haiwan yang terbaik pernah ada.Aku rasa semua dah tengok filem nie dan kepada sesiapa yang tak tengok lagi tunggu je replay kat AXN nanti. Confirm Astro siarkan balik.
Filem Jangan Pandang Belakang Congkak kat TV3 pula boleh dikategorikan macam filem 'parody'. Lawak bodoh juga tapi tidak keterlaluan. Jalan cerita tetap ada tapi yang paling menarik sebab ada Lisa.heheh.

Habis semua tue aku pun masuk lah bilik. Mula-mula ingatkan mahu terus beradu tetapi bila lama baring atas katil mata tak tutup-tutup juga jadi bangun la buka laptop.Aku baru lepas 'download' filem The Hunted.Filem lama jugak nie , tahun 2003.

Masa aku di UTP aku layan filem nie.Filem nie jalan cerita dia ringkas.Aksi tak keterlaluan.Tapi motif yang mahu disampaikan oleh cerita nie best dan senang ditangkap oleh penonton.Pelakon pun geng otai Hollywood jugak nie iaitu Benicio Del Toro dan Tommy Lee Jones. Aku cadangkan tontonilah filem nie.

Itu lah dia serba sedikit raya pertama aku. Hari nie pagi-pagi dah bangun layan MLB sekejap.Aktiviti seterusnya? Rasanya mahu berkunjung ke rumah kawan-kawan. Malam nie pula ada game bola kat TV so macam ok gak melepak tengok bola kan. Sesiapa yang mahu melepak dengan aku ? Jom kita layan bola sama-sama.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share