Tuesday, September 14, 2010

Rendah sangat kah ?

Sempena hari raya nie, maka aku pun acap kali juga keluar lepak dengan kawan-kawan aku.Maklumlah semua dah kerja jauh-jauh jadi masa ini lah yang terbaik untuk berjumpa bertanya khabar. Dalam berborak-borak, satu isu yang dibualkan adalah mengenai keaktifan semasa menjadi mahasiswa.Kebanyakan kawan aku semasa semua menjadi mahasiswa tidaklah begitu aktif di dalam kampus. Yang aktif pun melibatkan aktiviti sukan seperti menjadi pemain futsal, bola sepak atau sukan-sukan lain untuk universiti. Tidak ramai yang aktif berpersatuan.Tapi ada seorang kawan aku yang memang giat aktif berpersatuan dan berpolitik.Dikhabarkan dia nie memang begitu aktif sehingga dia dikenali oleh orang-orang politik negara kita. Aku tak nak cakap kat sini siapa orang-orang politik tersebut tetapi apa yang aku boleh katakan memang orang politik ni semua orang kenal dan kawan aku nie memang aktif sehingga menghadiri penghimpunan agung UMNO jadi bayangkan sendirilah.
Jadi dalam kita borak mengenai aktif berpersatuan di universiti nie, adakah orang tak aktif masa di universiti tue boleh kita anggap sebagai bodoh atau pemalas? betul ke tanggapan macam tue? Dalam pandangan aku, mengikut konteks di UTP, UDM dan UPM, nak aktif di universiti bukannya tengok pada kebolehan. Sekadar tengok kepada kesanggupan. Kalau orang tue rajin maka aktif la dia. Satu lagi, sebab kawan-kawan.Aku tak tujukan kepada sesiapa dalam hal ini tapi sekadar meluahkan pandangan aku je. Apa yang aku tengok kebanyakan yang aktif pun bukannya handal sangat.Bukannya terrer sangat. Bukannya semua ada ciri-ciri kepimpinan pun.Aku kenal. Aku tahu. Aku pernah juga aktif sekejap.Tapi takde lah aktif sangat pun. Bukan nak berlagak pun kan.Tapi sebenarnya orang yang tak aktif nie malas je.Tue je sebab utamanya.Aku sendiri asyik terperuk je dalam bilik bila di kampus. Orang lain bukan main lagi hebat, buat program la, itu la ini la tapi aku, asyik-asyik bermesyuarat dengan laptop takpun bermesyuarat dengan kawan berbincang agenda kosong. Kawan aku sendiri ada yang aktif sangat-sangat kat kampus. Aku akui banyak kelebihan bila aktif di universiti. Seronok pun ada kan. Dapat kenal kawan-kawan baru.Tapi dalam kenal kawan-kawan baru pun jangan la lupa kawan-kawan lama kan.Pandai-pandailah bergaul. Kalau bagi orang lelaki pula, bila dah aktif tue senang la nak cari makwe.Orang tengok pun rasa gah je. Aku tak kutuk pun bagi yang aktif. Aku hanya kutuk dan rasa nak marah kat orang yang aktif dan kutuk pula orang yang tak aktif. Jangan rasa besar sangat bila dah dapat jawatan sikit-sikit dalam mana-mana organisasi. Jangan cepat lupa. Dunia nie kecik je. Kalau dah dapat jawatan dalam persatuan peringkat universiti pun dah nak berlagak aku tak tau la bila dah kerja esok dapat jawatan besar-besar. Aku kenal pelbagai ragam manusia. Aku tak heran pun kalau setakat sesetengah budak-budak yang baru jadi fasilitator untuk orientasi dah berlagak cakap semacam menghina orang lain yang tak aktif.kecik je program. Orang lain buat program besar takde pula nak berlagak. Orang lain buat program lagi hebat, lagi besar, malah siap keluar negara pun takde pula nak kutuk orang yang tak aktif. Baru nak kenal dunia dah pandai nak hina dan merendah-rendahkan orang lain. Orang lain dah makan garam awal. Aku berani katakan yang aku dan beberapa kawan aku lebih berkebolehan malah lagi mampu daripada sesetengah orang yang pegang jawatan kat dalam universiti tue.Aku tak tujukan kepada UTP, UDM, ataupun UPM. Kepada sesiapa yang terasa dengan tulisan aku kali ini aku tak berniat pun nak kenakan sesiapa.Sekadar meluahkan rasa di hati dan sekadar memperingati diri sendiri serta orang lain. Ia lah kan, aku nie pemalas. Duk terperap dalam bilik je. Orang ajak ikut serta program tak mahu ikut. Mahu ikut kepala sendiri. Sebenarnya bukan aku tak mahu ikut tapi perlaksanaan program tue biasanya tak betul.Sesiapa yang berada dekat dengan aku akan faham apa yang aku maksudkan disini. Orang lain mahu buat program, kita mahu buat juga tapi bila program dah berjalan menyusahkan peserta program. Aku bercakap atas pengalaman aku sendiri yang dah terkena. Kalau mahu buat program, buat la betul-betul. Buat program yang mencermin mahasiswa, taraf universiti, bukan buat program taraf budak sekolah rendah.
Sekali lagi aku memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tulisan aku ini terkena atas diri dia. Sekali lagi aku jelaskan disini, aku tak tujukan apa yang aku tuliskan tadi kepada sesiapa. Umum. Aku sekadar luahkan apa yang hati aku rasa. Pesanan aku hanya ringkas, jangan cepat menghina atau kutuk orang yang tak aktif. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Sekian.

p/s..tapi kadang-kadang bila tak aktif nie menyusahkan juga, sebabnya semua universiti sekarang nie mahukan merit. Merit aku memang nazak untuk sem nie. Mungkin cari rumah sewa kat luar bagi semester selepas ini.

11 comments:

  1. baca post sambil angguk-angguk. setuju!
    merit? oh ho. janganlah kena duduk rumah sewa sem depan. tak mahu!saya tak punya kereta merah mahu pergi kuliah hari-hari >.<

    ReplyDelete
  2. Wahkaka. Sistem Merit lagi ke? Ala, takpe, ko ada kenderaan, leh duduk luar. Kasi chance bebudak takde transport duduk dalam. Btw, aku tak tau la dulu aku aktif ke tak. Mungkin aku golongan pertengahan aktif. Kadang-kadang aktif kadang-kadang tak. Tapi kadang2 bila involve benda-benda ni, mengajar kita something. Cuba ko try satu projek, mesti ko pastu rasa gian. Lebih-lebih lagi kalau projek tu ramai geng2 ko.

    ReplyDelete
  3. duduk dlm blk sudah...maen game, tgk movie, online...xtvt kolej?abaikan saja...kah3..

    ReplyDelete
  4. saye sgt~~~~~~~ stju dgn anda...heheheheh...btol3....sesape yg aktif 2 sbb diorg nk...klu xnk....msti xkn buat kn????tp kdg2 disbbkn peraturan or birokrasi...keterpaksaan 2 tetap ade....klu tetap pndirian kate xnk....kite tetap dgn pndirian kite ...btol x???nway, aktif xpe...jgn abaikn ape yg sepatutnye sudeyh...*peringatan utk diri sndiri...dh kne warning dgn parents....heheheheh* nway pali....i like this post.....it is ssssoooooooooooooooooooooooooooooootrue.... =D

    ReplyDelete
  5. izzah - angguk-angguk, geleng-geleng.kolej izzah takpe tak strict mane kot

    ReplyDelete
  6. grunge - ye ek bro.kalau dulu aku dah cuba buat program kat Terengganu tapi bila dah masuk KL nie macam dah malas pulak. Banyak buat program ke rumah member di luar UPM pulak.hahah

    ReplyDelete
  7. ainul - jom abaikan sama-sama. Join aktiviti makan je.hahah

    ReplyDelete
  8. zu - setuju bila ada orang setuju walaupun tak semestinya apa yang kita setuju itu sama dengan orang lain yang setuju dengan persetujuan kita tadi.Setuju tak?

    ReplyDelete
  9. waaaaaaaaaaaa...ape yg bnyk sgt stju nie pali...... =p

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share