Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut Hari Lebaran


Malam ini berkumandang lah takbir di corong-corong radio dan televisyen.
Malam ini masjid-masjid serta surau bertahmid, bertasbih serta bertakbir beramai-ramai ke hadrat Ilahi.
Pagi esok semua berpusu menunaikan solat Aidilfitri
Tengah hari esok jangan lupa solat Jumaat juga.
Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya esok kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Hari yang penuh kemaafan. Hari ini semua akan sibuk membuat persiapan.
Dikesempatan ini aku dengan ikhlasnya memohon maaf daripada semua yang mengenali aku serta pembaca-pembaca blog ini. Andai aku ada menulis, bercakap yang membuat orang terasa atau gurauan yang kurang sesuai, aku memohon maaf dan insyaAllah aku akan cuba berhati-hati lagi di masa depan.
Aku juga berpesan kepada diri aku serta kita semua dalam kita menyambut Aidilfitri esok dan sebulan selepas ini, kita perlulah juga mengingati kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada Mohd Zulfadli Mat Husin

p/s Alhamdulillah sudah selesai sebulan berpuasa, andai diberikan nyawa lagi dipertemukan lagi Ramadhan tahun depan.

4 comments:

  1. selamat hari raya..drp farahrahim

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya. Jom main mercun. Wahahaha.

    ReplyDelete
  4. Farah - selamat hari raya juga.maaf zahir batin

    ainul - selamat hari raya nul

    grunge - jom.mercun bom dan roket baru ada feel

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share