Tuesday, October 19, 2010

2 Minggu lagi

Sekarang ini dah minggu ke 13.Minggu dpn minggu last untuk semester ini. 2,3 minggu nie memang teramat sibuk tapi masih lagi boleh main game, layan muvie.Walhal tugasan, presentation beratur tunggu  tapi apakan daya, memang lumrah pelajar yang malas iaitu membuat kerja last-last minit.Mula la terasa tertekan tapi apa-apa pun buat rilek sudah.
Malam esok separuh akhir pertama Piala Malaysia dan Kelantan akan bertandang ke Alor Setar.Kalau tengok pada persembahan kebelakangan ini, Kelantan dan Kedah dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang. Kelantan menumpaskan Selangor yang dilihat sebagai pasukan besar di negara ini sementara Kedah menumpaskan Terengganu, pasukan tangga ke 3 dalam liga super. Agak kecewa kerana jika Terengganu menang tempoh hari boleh la lihat derby pantai timur. Kedah tidak kurang juga impak nya pada sejarah bola sepak Kelantan. Hashim Mustapha dalam zaman kegemilangannya dulu masih menyimpan dendam pada tahun 94 apabila Kelantan disingkirkan Kedah dalam saingan Piala Malaysia. Waktu itu aku masih kecil, dalam darjah 4 tapi masih berbekas memori apabila ayah aku membawa aku pusing-pusing stadium waktu petang sebelum bermula perlawanan. Malangnya Kelantan kalah pada perlawanan itu disebabkan kesilapan pengadil.Yang lepas itu dibiarkan sahaja.Malam esok penentu sebelum perlawanan timbal balik sabtu ini di Kota Bharu.Sudah merancang-rancang mahu beli tiket final di Shah Alam menentang Negeri Sembilan. Pasti seluruh Kelantan mahu melunaskan pembalasan tahun lepas kecundang kepada Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia tahun lepas. Tahun ini mahu buktikan Kelantan memang wajar digelar Red Warriors

p/s..berkira-kira mahu extend sem tapi berbaloi kah? hahaha.tak berbaloi langsung.layan je

2 comments:

  1. mls nak layan bola.. hahaha... jgn extend x baik.. huhu

    ReplyDelete
  2. hahah..taw je...kedah terrer men bola taw...kedah pantang kalah..(^^)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share