Wednesday, October 6, 2010

Bagaimana cara kita pilih untuk lihat sesuatu

ada pepatah orang Inggeris cakap, " i don't see a glass half empty but i see a glass half full." lebih kurang macam tue la bunyinya aku pun tak ingat sangat dah. Apa yang pepatah nie nak cakapkan adalah kita semua manusia ini unik. Minda kita lain-lain dan setiap minda dan mata melihat sesuatu perkara itu berlainan. Ada lihat malam sebagai penghujung siang. Ada lihat malam sebagai permulaan sebelum masuk siang. Ada lihat sampah benda tak berguna, ada lihat sampah tempat rezeki. Ada yang tengok peperangan tempat perkuburan ramai-ramai, ada lihat peperangan tempat buat duit. Ada yang tengok bekas lombong sebagai sekadar bekas lombong, ada yang lihat bekas lombong sebagai tasik rekreasi. ada yang lihat sakit sebagai batasan untuk bekerja, ada yang tengok sakit sebagai rehat sebelum bekerja.Semuanya bergantung pada pandangan masing-masing. Positif atau negatif. Baik atau buruk. Penuh atau kosong. Sama macam konsep yin dan yang lah. Ada cerah ada gelap.kalau dulu konsep lelaki dan perempuan sahaja yang ada. Kalau dia bukan lelaki maknanya dia adalah perempuan tapi sekarang nie banyak dah puak-puak yang ambil keputusan nak duduk kat tengah-tengah. Ada yang bukan lelaki bukan juga perempuan. Ada yang bukan perempuan bukan juga lelaki. Spesies manusia baru nie aku sendiri pun tak paham yang bermain di minda mereka.
Ok, cukup untuk bahan buat kita berfikir petang ini. Mahu balik menghadap laptop. Minggu-minggu sebelum peperiksaan akhir nie banyak tugasan-tugasan yang ditangguhkan sebelum ini perlu dihantar jadi terpaksa berkerja keras menyiapkan semua yang ada dan aku rasakan masa buat tugasan ini lah juga waktu yang terbaik untuk mengulangkaji semua yang tertinggal. kalau nak harapkan hadap nota atau buku memang sangat susah lah. tapi disebabkan perlu siapkan tugasan maka terpaksa lah buka nota dan buku-buku balik.Minggu ini juga UPM sangat sibuk. Pesta Konvo hujung minggu ini. Sekarang ini pula berlangsung pertandingan interkolej. Bola sepak, basketball, hoki, nasyid , teater dan macam-macam lagi berlangsung. Pastu UPM pula jadi tempat penginapan universiti lain sempena boat race kat Putrajaya. Memang jalan penuh dengan bas-bas, kereta graduan dan pelajar sendiri. Jadi apa yang boleh dibuat dalam kesemua kesibukan ini? Beli burger King yang berharga RM1 untuk hari ini dan makan di bilik. meskipun terpaksa beratur panjang sebab semua nak rasa burger harga RM1 tetapi boleh dikatakan berbaloi jugak lah.Lepas makan, mata pun lali dan terlelap. Bangun pun dah nak dekat waktu kuliah. pergi masuk kelas pun mata bengkak lagi, otak kosong lagi.
Cukuplah merapu di waktu petang. Mengharap agar tidak hujan petang ini.

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.




Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.
 dipetik dari blog http://ammboi.blogspot.com/2010/10/senyum-pagi-awek-bogel-naik-beca.html

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share