Monday, October 4, 2010

Cerita Lanun

Lanun..kalau dalam bahasa inggeris orang panggil pirate.Kenapa kita suka dengan pirate? padahal lanun nie sebenarnya jahat, pencuri dan kejam? Hollywood buat 3 filem blockbuster pasal lanun dalam trilogy Pirate of The Carribean.The curse of the black pearl yang mula-mula diikuti dengan Dead Man Chest dan terakhir At World's End.Bagi aku, filem yang mula-mula adalah yang paling best. Tapi berbalik kepada persoalan yang asal tadi.Kenapa ramai orang suka pada lanun?

Kalau bagi aku, mungkin kerana lanun ini asalnya daripada orang bawahan.kalau kat Malaysia ini ibarat orang kampung-kampung la. Diorang jadi lanun pun sebab terpaksa. Dah penat cari kerja kat pelabuhan takde maka nak senang maka merompak lah kapal-kapal.Bila lama-lama maka makin ramai lah yang jadi lanun sebab memang fitrah manusia mahu kaya dan senang dengan cepat. Perihal lanun nie sebenarnya bukan terjadi kat laut zaman dulu-dulu je.Sekarang pun masih banyak lanun-lanun kat atas darat nie. Lanun cetak rompak yang dahulu bermaharajalela kat Malaysia, lanun PATI, lanun Ah Long, lanun geng2 korporat pun ade jugak. Asal nama lanun mestilah diorang jahat, mencuri dan kejam. geng skim cepat kaya pun boleh kita panggil sebagai lanun sebab diorang nie suka cari mangsa-mangsa pastu pergi tipu dan kebas duit mangsa.

Tapi, dalam banyak-banyak perihal lanun, aku paling suka pasal one piece. One piece ni citer kartun jepun. Kira macam komik la. Sampai ke hari ini, manga One Piece adalah 600 terbitan.Jadi anda kira lah sendiri sudah berapa lama kartun nie disiarkan kat dunia ini. Seingat aku, aku mula-mula kenal dengan komik One Piece nie zaman sekolah menengah.Masa tue komik dia dalam bahasa Melayu dan dipanggil budak getah.dari sekolah menengah, masuk UTP, masuk UDM dan sekarang masuk UPM , one piece tetap ada dan aku tetap akan download dari internet tiap-tiap hujung minggu jika berpeluang.Kenapa komik nie best? sebab dalam komik ini, pencipta dia mengangkat taraf lanun sebab hero di lautan. Pencipta dia buat jalan cerita yang cukup mencabar dengan pelbagai ragam watak serta diselangi dengan elemen kehidupan dan komedi.Aku syorkan sesiapa yang minat dengan komik, baca la One Piece, malah aku berani katakan, One Piece nie lagi best dari Bleach yang sekarang ini semacam dah sampai ke penghujung dalam pertarungan yang tak pernah nak kalah.

Sekian dulu buat masa sekarang, mahu kembali ke katil.hehe.

1 comment:

  1. Aku ada jawapan kenapa citer lanun Hollywood menjadi kesukaan.

    1. Lanun dan pembantu lanun semua hensem-hensem belaka.

    2. Sebab lanun-lanun tu walaupun jahat tapi bengong, kalau Masy dia akan cakap cumel je. Wakakaka.

    3. Sebab lanun tu bukan lanun ahlong dan cetak rompak.

    Akhir kata, majulah lanun sedunia. Sorry bro, wa merepek.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share