Friday, October 22, 2010

Ciplak

Dalam kesibukan pelajar menyiapkan tugasan dalam minggu-minggu menghampiri kepada peperiksaan akhir ini, tidak dapat tidak satu perkara yang sangat dititikberatkan pensyarah adalah plagarism. Rasanya semua dah tahu mengenai plagarism ini dan tipu kalau pelajar zaman sekarang beritahu bahawa semua kerja yang dia buat tidak tiru dari mana-mana sumber. Dalam dunia IT sekarang sumber maklumat lebih senang didapati tetapi senang juga untuk diciplak. Sebagai contoh yang paling mudah adalah wikipedia. Ada pensyarah aku dulu tidak begitu menggemari sumber dari Wikipedia ini kerana jika diteliti, sesiapa sahaja boleh menghasilkan artikel dalam wikipedia tetapi setelah lama semua orang tidak dapat tidak perlu menerima wikipedia sebagai satu sumber maklumat. Dan daripada wikipedia ini amat senang untuk mengambil bulat-bulat maklumat didalamnya dan menjadikan hasil itu sebagai hasil kerja kita. Sebenarnya banyak cara yang perlu dilakukan untuk mengelak daripada plagarism ini. Seorang pensyarah aku sendiri mencadangkan kepada pelajarnya supaya menggunakan internet dengan bijak iaitu bukan sahaja untuk mencari maklumat tetapi juga mencari dan menilai sendiri hasil kerja yang telah dilakukan agar betul dari segi quotation dan citing hasil kerja orang lain. Aku sendiri pun bila dah malas akan copy paste je daripada sumber-sumber yang ada. Paraphrase? Kebanyakkan pelajar hanya melakukkan sedikit parapharase dan cara paraphrase yang paling senang adalah dengan hanya menukar word atau perkataan tetapi paraphrase sebenarnya lebih daripada itu. Plagarism sebenarnya satu perbuatan yang tak beretika dan perlu diambil serius kerana perbuatan ini sama seperti mencuri tetapi matlamat tidak menghalalkan caranya.
Sekian untuk coretan ringkas petang ini. Baru menikmati hujan di sini dan berkira-kira mahu melihat kerja yang ada.Tinggal lagi seminggu sebelum semuanya selesai dan hati sudah berkira-kira mahu menikmati cuti.Malam esok perlawanan penting antara KELantan dan Kedah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share